Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Habis Selama Ni Aku Belajar…” ‘Teknik’ Memaku Mudah Ini Buat Ramai ‘Tepuk Dahi’

Kerja bertukang sememangnya sangat sinonim dengan golongan lelaki. Pun begitu, ada juga golongan perempuan yang mahir dalam ‘bidang’ tersebut.

Kemahiran sangatlah diperlukan dalam kerja-kerja ini. Bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga, malah boleh menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Peralatan yang digunakan juga perlulah difahami dengan betul supaya dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, terdapat cara yang betul untuk memaku dengan mudah.

Dalam video yang berdurai selama 15 saat itu menunjukkan cara yang betul untuk memaku yang betul. Anda perlu meletakkan paku pada bahagian atas kepala tukul. Di mana bahagian itu memang dikhaskan untuk meletak paku.

Apa yang lucunya, lelaki yang berkongsi video ini berkata “Habis selama ini aku belajar KH kat sekolah tu apa benda”.

Walau bagaimanapun, tidak semua penukul mempunyai reka bentuk seperti itu. Oleh itu, tukang yang hendak memaku tetap perlu memegang paku menggunakan tangan yang lagi sebelah.

Sumber :Twitter