Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Ini Ujian Untuk Kita Semua”, Wanita Sebak, Dikunjungi Lelaki Minta Nak Mesin Rumput Depan Rumahnya, Gigih Buat Kerja Tengah Panas Terik Demi Upah

Aqmal Ezany
Gambar:

Di kala wabak pandemik COVID-19 sedang melanda negara kita dan juga dunia ini, ramai orang terkesan dan terdesak untuk meneruskan kehidupan.

Ada yang kena potong gaji, ada yang kena buang kerja dan ramai yang terhimpit dengan hutang piutang.

Justeru daripada itu, kita haruslah sentiasa bersyukur kerana masih lagi mampu untuk memastikan bahawa makanan di atas meja kita sentiasa terhidang berbanding dengan mereka di luar sana yang berbeza nasibnya.

Oleh yang demikian, sebagai golongan masih lagi mampu, kita perlulah membantu mereka yang kurang bernasib baik ini semampu yang kita boleh bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok bernama @shashaadilla ini, dia telah didatangi oleh seorang lelaki di rumahnya yang memohon untuk memotong rumput di halaman rumahnya kerana ketiadaan duit.

Oleh kerana dia baru sahaja berpindah di kawasan perumahan tersebut, dia pada awalnya mendakwa bahawa agak berasa takut kerana tidak tahu niat sebenar lelaki itu.

Sungguh pun begitu, dia hanya bertawakkal sahaja kerana mahu membantu lelaki tersebut bekerja dan mendapatkan upah.

Menurutnya melalui kapsyen di dalam video tersebut, lelaki itu pada mula-mula mengunjungi rumahnya, dia tidak datang meminta duit, sebaliknya datang dengan tujuan untuk mesin rumput di rumahnya itu.

Bermula dari pagi sehingga petang tanpa menghiraukan terik panas matahari, lelaki tersebut terus tekun berusaha menghabiskan kerjanya.

Sesudah selesai menyiapkan kerjanya, lelaki tersebut pun diberikan upahnya.

Di musim yang penuh dengan dugaan ini, ramai orang yang terkesan. Ada yang mencari duit bukan untuk hidup kaya, namun untuk memastikan keperluan harian itu sudah mencukupi.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang betul-betul memerlukan atau dalam kesusahan, bantulah mereka. Walaupun sedikit, mungkin sedikit itu besar nilainya pada mereka.

Sumber: shashaadilla