Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

(Video) Kali Terakhir Jumpa Anak Umur 3 Tahun, Pertemuan Dua Beranak Ini Buat Ramai Tersentuh

Eyla Azri
Gambar via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menjalani hubungan secara jarak jauh atau long distance relationship (LDR) tentunya tidak mudah, tambahan pula bagi pasangan suami isteri.

Memiliki ahli keluarga yang tinggal jauh dari pandangan pasti menimbulkan rasa rindu yang mendalam, apatah lagi jika sudah lama tak bersua muka.

Begitulah situasi yang berlaku kepada anak dan ayah ini. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan ditambah pula dengan fasa pandemik, dua beranak ini terpaksa berpisah sehingga empat tahun.

Momen pertemuan mereka yang mengharukan ini telah dirakam oleh sang isteri dan diunggah di laman TikTok miliknya sehingga meraih lebih 600 ribu tontonan oleh warganet.

Dalam video tersebut, si anak awalnya kelihatan terpinga-pinga melihat seorang lelaki menyapanya. Namun, reaksi kanak-kanak lelaki itu berubah setelah mengetahui lelaki berkenaan adalah ayahnya yang telah bertahun-tahun terpisah.

Pemilik video yang dikenali sebagai Nana ketika dihubungi berkata, anak lelakinya yang kini berusia tujuh tahun, berjumpa ayahnya pada kali terakhir pada tahun 2018 sebelum suaminya bekerja di Australia.

Selama empat tahun terpisah, dua beranak itu hanya berhubung melalui panggilan video sejak anaknya berusia tiga tahun.

“Tahun 2018 saya pergi sana (Australia) satu family bercuti. Lepas tu suami terus stay sana bekerja sampai tahun 2022,” jelas Nana.

Tambahnya, sang suami mengambil keputusan menetap di sana dan bekerja dalam sektor pengilangan, di samping melakukan kerja sampingan sebagai penghantar makanan.

“Menitis air mata”

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut terharu dengan pertemuan anak dan ayah ini yang telah sekian lama terpisah. Tak kurang juga yang memuji ketabahan keluarga ini yang terus kuat ‘menempuh’ fasa LDR.

Sumber: TikTok Nana Feedow