Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Nak Ajak ‘Picnic’, Dua Gadis Guna Slaid Untuk Minta Izin Dari Suami Sahabat, Siap Ada Dokumen Sokongan

Gambar: TikTok calonbinisolehot

Salah satu bentuk untuk taat kepada suami bagi seorang isteri adalah dengan meminta izin untuk melakukan sesuatu aktiviti di luar pengetahuannya.. Walau sekecil mana pun perkara itu, isteri tetap kena minta izin.

Dipercayai untuk mengajak rakan mereka untuk pergi berkelah, dua orang gadis menyediakan slaid untuk meminta keizinan suami kepada rakan mereka.

Lebih menarik lagi, apabila slaid berkenaan mempunyai tujuan perkelahan tersebut dan maklumat-maklumat tambahan seperti lokasi piknik, makanan yang disediakan dan jarak tempat piknik yang tidak begitu jauh dengan lokasi kediaman si isteri.

Bukan itu sahaja, kedua-dua sahabat itu turut berkongsikan kad vaksinasi Covid-19 di dalam tayangan slaid itu bagi meyakinkan si suami bahawa perancangan perkelahan mereka itu adalah selamat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara kreatif tersebut, anda boleh menonton video di bawah.

Video viral yang mendapat tontonan 2.4 juta penonton itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Gambar: TikTok calonbinisolehot
Gambar: TikTok calonbinisolehot
Gambar: TikTok calonbinisolehot

Sumber: suaramalang.id