Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Disamping mengenali huruf Arab, membaca al-Quran memerlukan pemahaman terhadap hukum tajwid yang agak kompleks.
Pembelajarannya mungkin memerlukan masa yang agak lama dan berterusan agar dapat membaca al-Quran dengan baik.
Walaubagaimanapun, seorang penyanyi Amerika, Jennifer Grout telah membuatkan orang ramai terpesona mendengar lantunan ayat Kursi yang lancar dari bibirnya.
Bahkan, Jennifer turut membaca ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan bersahaja.
Penyanyi kelahiran Boston, Amerika ini pernah memukau juri Arabs Got Talent apabila mempersembahkan lagu bahasa Arab sehingga menjadi peserta bukan Arab pertama yang melayakkan diri ke peringkat akhir.
Beliau juga pernah melantunkan ayat suci Al-Quran sebelum ini.
Dilahirkan dalam keluarga pemuzik, Jennifer mula meminati muzik Arab pada 2010 ketika menyambung pelajaran di Kanada.
Terinspirasi dengan pemuzik Lubnan, wanita ini kemudiannya mula menjinakkan diri dengan muzik Arab dan membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas graduasi.
Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan memeluk agama Islam.
Sumber: Step Feed