Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Si Bulus Alami ‘Dental Tartar’, Rupanya Macam Ni Proses ‘Scalling’ Gigi Pada Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Umum yang semua tahu, setiap enam bulan kita disarankan untuk melakukan ‘scalling‘ bagi memastikan keadaan gigi kita sentiasa sihat dan bersih. Ia juga untuk menghindari mulut daripada berbau dan mengakibatkan gigi kita rosak.

Namun, bukan hanya manusia saja yang memerlukan rawatan ‘scaling’ untuk kesihatan mulut. Menerokai perkongsian seorang doktor veterinar, Dr Syazani, beliau menerangkan bagaimana proses ‘scalling’ pada seekor kucing.

Menerusi video yang dimuat naik ke TikToknya, Tuahvet, beliau menjelaskan keadaan gigi seekor kucing yang diberi nama Panjang. Menurutnya, keadaan mulut Si Panjang ketika itu mengalami dental tartar.

“Giginya mempunyai tartar dan ianya keras dan telah mendatangkan kecederaan pada mulut kucing seterusnya jangkitan bakteria.

“Kalau boleh untuk kucing-kucing yang ada dental tartar, kena kerap sikitlah melakukan pemeriksaan untuk kesihatan kucing. Sekurang-kurangnya 6 enam bulan sekali,” jelasnya.

Untuk penjelasan yang lebih teliti, anda boleh tonton video dari Tuahvet yang kami kongsikan di bawah. Semoga bermanfaat.

Sumber: Tiktok Tuah Vet