Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sesetengah orang tetap ‘muda’ biarpun umur sudah mencapai usia senja. Ada sahaja eksperimen atau aksi keanak-anakan yang membuatkan orang di sekeliling tidak kering gusi, malah terhibur dengan sikap bersahaja dan jenaka mereka.
Mungkin benar-benar menghargai ‘inner child‘ di dalam dirinya, seorang lelaki warga emas mendapat perhatian orang ramai dengan bermain buaian di taman permainan.
Malah, lelaki yang dipercayai berusia 70-an itu sempat membuat aksi ‘flip’ dan mengakhirinya bagaikan juara.
Gelagat lelaki itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang kagum, terhibur dan memuji sikap lelaki itu yang seakan mempunyai pendekatan ceria menghadapi kehidupan.




