Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Terkejut Lepas Disergah, Aksi Kucing ‘Balas Dendam’ Pada Tuannya Ini Buat Ramai Terhibur

Bila dah namanya kucing, pasti akan ada saja situasi yang melucukan berlaku walaupun ketika haiwan comel itu berada dalam keadaan marah. Tanpanya, rumah mungkin akan bertukar sunyi sepi dan mungkin sudah tidak ceria lagi.

Bercakap mengenai kucing, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan detik-detik lucu seekor kucing yang cuba untuk ‘membalas dendam’ terhadap tuannya.

Menerusi video itu, si bulus tersebut terlebih dahulu dilihat telah disergah oleh tuannya ketika sedang menuruni tangga sehingga membuatkannya terkejut dan melompat.

Tidak lama selepas itu, ia dipercayai meniru aksi tuannya dengan melakukan hal yang sama tetapi nampaknya misi ‘balas dendamnya’ itu tidak terlalu berjaya kerana tuannya dilihat sudah menjangkakan ‘serangan’ itu.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik di Twitter itu telah mendapat sebanyak 244.3 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur melihat telatah kucing itu.

Sumber: kochengfess