Kebiasaannya, kita sering melihat gelagat kucing atau anjing bersama pemiliknya. Tetapi, jarang sekali haiwan seperti ayam ‘menghiasi ruang’ di dalam media sosial.
Untuk pengetahuan korang, setiap ayam tak semestinya dipelihara dan diletakkan di dalam reban sahaja. Ada yang sebenarnya menjadi ‘peneman riadah’ buat pemiliknya.
Seperti video yang tular di Facebook baru-baru ini, seorang lelaki melakukan ‘eksperimen’ pada ayam miliknya dengan memakaikan ‘kasut roda’ pada haiwan itu.
Menerusi video itu, lelaki itu mengukur saiz kaki ayam terlebih dahulu sebelum mencipta sendiri kasut roda tersebut dengan menggunakan mesin khas.
Setelah ia dilihat muat dan sesuai dengan kaki ayam itu, mereka terus melakukan ‘latihan’ bersama-sama.
Pada permulaannya, ayam tersebut dilihat masih lagi tidak terbiasa dengan penggunaan roda tersebut tetapi lama kelamaan ia sudah ‘mahir’ menggunakannya.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 452 ribu tontonan dan 6.5 ribu perkongsian di Facebook.
Sumber: Jolie Ainsley