Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)Sederhana Tapi Bahagia, Tular Rakaman Lelaki Layani Anaknya Makan Bikin Ramai Rindu Pada Ayah

Amira
Gambar: TikTok

Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Pokoknya, bersyukur.

Tak semestinya perlu ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, malah, jika bersantai di warung tepi jalan pun sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya.

Memetik Suara.com, rakaman mereka berdua telah dikongsikan seorang pengguna bernama @mummyyi di TikTok.

Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki separuh abad itu menyuap anaknya makanan dipercayai mi sebelum ia jatuh ke lantai.

Tidak marah, malah lelaki itu hanya tersenyum mesra melihat anak perempuannya itu dengan pandangan kebapaan.

Gelagat mereka itu telah menyentuh hati orang ramai yang mendoakan dua beranak tersebut.

Rindu ayah

Dulu makan dengan ayah, tapi cuma aku yang makan sebab duitnya tak cukup

Rindu, dulu sering diajak ke warung

Sumber: Suara.com, TikTok