Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kita Pemain ke-12 Wajib Beri Sokongan Penuh Kepada Harimau Malaya” – Dato’ Seri Dr. Zulkifli

Gambar: Bernama

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada perjuangan skuad Harimau Malaya dalam aksi pusingan dua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia malam ini.

Seruan bagi menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara dalam merebut kedudukan kedua dalam kumpulan G tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram rasminya semalam ketika mengadakan lawatan ke Wisma FAM.

Beliau turut berkesempatan bergambar bersama gambar KBDYMM SPB YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam lawatan tersebut.

Beliau yang juga turut meminati suka bola sepak menyeru agar kesemua pemain ke-12 memberikan sokongan penuh kepada skuad bola sepak negara malam ini.

“Ayuh semua #EkorHarimauMalaya. Kita pemain ke-12 wajib beri sokongan penuh kepada #HarimauMalaya”, tulisnya dalam foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Sumber: Drzulkifli.albakri