Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Walau Kaki Kudung Terkena Ledakan Bom, Pemuda Syria Ini Tenang Kerana Al-Quran Sentiasa Bersama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Negara Islam Syria seperti yang diketahui ramai sedang mengalami pergolakan terburuk. Perkara itu telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Setiap hari, tangisan kanak-kanak kedengaran apabila kehilangan keluarga tercinta. Tiada lagi tempat untuk bergantung hidup dan mengadu kasih kerana semuanya telah menjadi korban peperangan.

Menerusi perkongsian daripada saudara Taufiq Razif di akaun Facebook miliknya, beliau berkongsikan pengalamanya bertemu dengan seorang pemuda Syria yang tabah menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa dirinya itu.

Pemuda di sebelah kanan saya ni namanya Qassim. Perasan tak apa yang tak kena dengan kaki Qassim ni?

Kaki Qassim pernah terkena ledakan bom. Bahagian peha, lutut hingga ke pertengahan betisnya terpotong dan hancur.

Ya, kakinya takkan kembali normal lagi buat selama lamanya tetapi ada satu benda yang saya perasan pada diri Qassim ni, dia sangat tenang. Sangat sangat tenang.

Ada saya jumpa seorang pakcik tua di sana yang anaknya baru sahaja mati. Mengejutkan lagi, mati pula 3 orang sekaligus dan kaki isterinya hancur lebur dibom!

Lebih mengejutkan saya, pakcik tu pun nampak tenang! Tak ada langsung tanda stress di wajahnya. Saya jadi pelik la kan. Kaki hancur, anak mati, isteri kudung. Tak sedih ke depa ni?

Tiba tiba saya perasan, eh kebanyakan meja pelarian di tempat tersebut ada satu benda yang kita semua pun ada, Al Quran!

Boleh kata hampir semua meja depa ni ada Al Quran! Patutlah tenang semacam! Allah, sebak. Serius sebak. Patutlah Qassim dan pakcik ni tenang semacam rupanya bacaan harian mereka semua ni adalah Al Quran!

Sebak. Tiba tiba saya jadi teringat satu ayat daripada surah Ar Ra’d.

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar Ra’d : 28)

Aah la. Betul sungguh ni. Terbukti depan mata kebenaran ayat ni! Speechless betul saya.

p/s : Mereka dah dapat syurga di dunia dulu dah = ( ketenangan) sebelum mereka dapat syurga di akhirat.

Taufiq Razif Syria, 10 Januari 2020

Sumber: Taufiq Razif