Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Kongsi Nama Unik Cuit Hati Ramai
Umum mengetahui, nama merupakan identiti penting yang diberikan kepada individu sejak lahir. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tanda pengenalan diri, malah membawa makna tertentu pada diri setiap orang.
Lebih-lebih lagi jika nama itu dipilih sendiri oleh kedua orang tua sebelum didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi.
Namun, berbeza pula kisah seorang wanita yang mempunyai nama yang unik berbanding orang lain.
Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @patinsar, namanya, Nurul Patin Sarhana Razid mencuri perhatian ramai selepas memuat naik gambar di platform berkenaan.
Bercerita mengenai namanya, Nurul Patin, 27, berkata pada awalnya, keluarganya ingin mendaftarkan nama sebenar, Nurul Fatin Farhana Razid yang sudah ditulis dalam kertas.
Bagaimanapun, sewaktu bapanya ingin membuat pendaftaran, kertas berkenaan secara tidak sengaja hilang.
“Sebenarnya mak bagi nama Nurul Fatin Farhana, tapi ayah saya yang pergi daftar ke JPN. Mak dah siap tulis nama sebenar saya tu dekat kertas tapi ayah hilangkan kertas masa sarapan dekat kedai kopi.
“Jadi masa daftar dekat JPN, ayah letak Patin Sarhana asal kena dengan bunyi. Lagi-lagi ayah kaki pancing memang ingat ikan patin je lah,” ucapnya dengan nada terhibur.
Tambahnya, meskipun mempunyai nama lain yang daripada lain, namun dia tidak pernah merasa tersinggung dengan pemberian nama tersebut malah berbangga dengannya.
https://www.tiktok.com/@patinsar/photo/7526438144447696136?lang=bn-IN
“Setakat ini saya tdak pernah tersinggung pun kalau digelar ikan patin. Kalau orang panggil saya Fatin, saya akan betulkan Patin, lepastu bagi contoh ikan patin.
“Pernah orang tanya juga kenapa semasa kecil, tak tukar atau betulkan, tapi mak cakap takpelah dah alang-alang memang ayah hobi mancing. Jadi biar lah saya meraikan hobi ayah saya dekat nama saya” ucapnya lagi.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai namanya yang unik.
Berikut antara komen pengguna;
“Patin masak apa hari ni,”seloroh seorang pengguna.
“Maaf, saya terhibur,” komen seorang lagi.
Sumber: TikTok @patinsar