Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Wanita OKU diculik warga asing
Gambar: Sinar Harian

Wanita OKU Ditemukan Di Asrama Warga Asing Dipercayai Diculik

Iqbal Yasir

Wanita OKU Ditemukan Di Asrama Warga Asing Dipercayai Diculik

MELAKA, 3 Okt (Bernama) — Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai diculik ketika keluar berjoging, ditemukan di sebuah bilik asrama warga asing di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa OKU lembam berusia 22 tahun itu diselamatkan ibu dan jirannya pada 7.30 malam ketika keluar mencarinya di sekitar kawasan terbabit.

“Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui belakang sebuah rumah berhampiran kediamannya, dua lelaki warga Bangladesh berumur 20 dan 36 tahun telah menarik mangsa ke dalam rumah itu dan memukul kepala menggunakan tukul besi.

“Selepas itu, mangsa tidak sedarkan diri … tangan dan kaki mangsa juga diikat menggunakan wayar pengecas telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa dikatakan telah keluar berjoging di kawasan berhampiran rumahnya, setelah lama tidak pulang ke rumah, emak mangsa dan jirannya mencari mangsa di kawasan berhampiran dan bertanyakan kepada penghuni lain sebelum menjumpai mangsa di dalam bilik tidur di rumah terbabit.

“Rumah itu dipercayai dijadikan tempat tinggal warganegara asing yang bekerja sebagai buruh binaan … siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan darah, namun polis menemukan sebatang tukul besi dan wayar pengecas telefon yang dipotong di bilik terbabit,” katanya.

Christopher berkata bagaimanapun, tiada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu dan saksi bebas yang melihat kejadian berlaku.

Beliau berkata dua suspek warga asing terbabit berjaya ditahan di tepi jalan di Batu Berendam semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Mangsa yang mengalami cedera di kepala sedang dirawat di Hospital Melaka serta berada dalam keadaan stabil dan tidak serius,” katanya.

BACA: Gerai Burger Viral IShowSpeed Dipercayai Telah Disita

BACA: Lelaki Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

BACA: Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan

Sumber: BERNAMA