Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Terima Hadiah
Kredir: CNA

Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan

Athirah

Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran mengaku bersalah menerima hadiah berharga dalam tempoh tujuh tahun, daripada dua ahli perniagaan yang dianggap rakannya.

Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 bulan selepas Iswaran, 62, membuat pengakuan bersalah dalam prosiding yang berlangsung hari ini.

Mengikut pertuduhan, Iswaran didakwa menerima hadiah berharga daripada dua ahli perniagaan yang dianggap rakannya, bernilai kira-kira RM1.3 juta dalam tempoh tujuh tahun lepas.

Pengakuan bersalah itu sekaligus memendekkan tempoh perbicaraan yang sepatutnya melibatkan 56 saksi pendakwaan akan dipangggil.

Menurut CNA, peguam utama yang mewakili Iswaran, Davinder Singh berhujah dengan hukuman penjara tidak lebih lapan minggu diberikan kepada anak guammnya.

Manakala Timbalan Peguam Negara, Tai Wei Shyong memohon hukuman penjara antaran enam hingga tujuh tahun diberikan.

Bagaimanapun, Hakim Vincent Hoong dalam keputusan penghakiman berkata beliau telah mempertimbangkan hujahan mengenai hukuman daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Namun akhirnya dia “tidak dapat bersetuju dengan kedua-dua pendirian yang diambil”.

“Saya berpendapat adalah wajar untuk menjatuhkan hukuman yang melebihi kedudukan kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa menerima mana-mana hujahan akan menyebabkan hukuman tidak tepat akan dikenakan.

Kronologi kes S. Iswaran

Menurut CNA, Iswaran didakwa menerima pelbagai barangan berharga daripada pemegang saham majoriti Singapore GP diantara November 2015 hingga Disember 2022.

Antara barangan yang didakwa diterimanya termasuklah tiket konsert, perlawanan bola sepak dan juga perlumbaan Formula 1.

Selain itu, beliau juga didakwa menerima beberapa botol minuman beralkohol daripada seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam sektor pembinaan.

Ketika menerima hadiah-hadiah berkenaan, Iswaran memegang portfolio yang mempunyai hubungan rasmi dengan kedua-dua individu berkenaan.

Syarikat kepada ahli perniagaan yang terlibat dalam pembinaan itu dikatakan memeterai kontrak bernilai S$325 juta dengan Agensi Pengangkutan Darat Singapura pada 2016. Iswaran kemudian menjadi Menteri Pengangkutan pada 2021.

Manakala seorang lagi rakannya iaitu pemegang saham majoriti Singapura GP pula terlibat dalam dua perjanjian pemudah cara dengan Lembaga Pelancongan Singapura untuk menguruskan penganjuran F1 di negara berkenaan.

Ketika itu, Iswaran merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu F1, yang ditubuhkan kerajaan Singapura untuk menyelia F1 sebagai projek nasional.

Pihak pendakwaan bagaimana pun bersetuju bahawa Iswaran tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang berkaitan dengan kontrak dimeterai dengan Agensi Pengangkutan Darat Singapura.

Manakala “tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa kontrak F1 telah distrukturkan untuk merugikan kerajaan”.

Kes terbongkar apabila CPIB menyiasat perkara berasingan

Kes itu terbongkar pada Mei 2023 apabila Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyiasat perkara berasingan melibatkan pemilik saham majoriti Singapore GP.

Pasukan penyiasat turut merampas manifes penerbangan untuk penerbangan keluar dengan jet peribadi milik individu tersebut.

Siasatan kemudian mengenalpasti Iswaran berada dalam penerbangan bernilai S$10,410 itu, yang berlepas dari Singapura ke Doha pada 10 Disember 2022.

Perjalanan tersebut, termasuk penginapan semalaman di Four Seasons Hotel Doha dan penerbangan kelas perniagaan untuk pulang telah dibiayai oleh Singapore GP atas arahan pemilik saham majoriti berkenaan.

Iswaran tidak melaporkan perjalanan itu kepada kerajaan, malah beliau telah memohon cuti kecemasan bagi tujuan peribadi untuk menjadi tetamu atas kepada pemilik saham majoriti tersebut.

Apabila pemilik saham majoriti berkenaan mendapat berita tentang rampasan senarai penumpang itu, dia bertindak menghubungi Iswaran dan memberitahu perkara terbabit.

Iswaran kemudian meminta kepada pemilik saham majoriti itu supaya Singapore GP menghantar bil perbelanjaan perjalanan ke Doha kepadanya. Malah, Iswaran turut bertindak membayar S$5,700 untuk penerbangan pulang.

Tindakan Iswaran meminta Singapore GP menghantar bil selepas mendapat tahu mengenai siasatan CPIB dan kemudian membayar sebahagian kos penerbangan dianggap sebagai usaha untuk menyembunyikan perbuatan asalnya.

Difahamkan, perbuatan Iswaran didakwa sebagai menghalang proses keadilan.

BACA: Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang

Sumber: CNA