Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita mengandung pencuri
Kredit: Bernama

Wanita Sarat Mengandung Kejar Pencuri Sejauh 50 Meter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Wanita Sarat Mengandung Kejar Pencuri Sejauh 50 Meter

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) — Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan, nekad mengerah kudrat berlari sejauh 50 meter mengejar pencuri yang melarikan beg tangannya ketika dia berada di dalam tandas di sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, malam tadi.

Usaha wanita berusia 37 tahun dan memiliki dua anak itu berbaloi apabila suspek lelaki berusia 22 tahun berjaya diberkas dengan bantuan orang ramai yang turut mengejar lelaki terbabit selepas mendengar jeritan mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita terbabit yang bekerja sebagai operator kilang pada 10.57 malam.

Beliau berkata semasa kejadian, mangsa telah pergi ke pasar raya itu berseorangan untuk membeli persiapan bersalin bagi menyambut kelahiran anak ketiga.

“Semasa mangsa berada di tandas wanita, beliau menyedari beg sandangnya yang di sangkut di pintu tandas telah dilarikan oleh suspek.

“Mangsa kemudian bergegas keluar dari tandas dan bertindak mengejar serta menjerit meminta bantuan orang ramai, sebelum lelaki itu berjaya ditangkap bersama beg sandang milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Shah Alam untuk menunggu waktu melahirkan anak.

Mohd Iqbal berkata siasatan mendapati lelaki yang bekerja di sebuah syarikat penapis air itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman hingga 2 Mei untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fairunizam Puasa menerusi talian 013-6616 845 bagi membantu siasatan,” katanya.

BACA: Leftenan Muda Chan Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina Tamatkan Kursus Asas Komando GGK 2024

Sumber: Bernama