Individu tertua di Jepun, Shigeko Kagawa, meninggal dunia pada usia 115 tahun, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun hari ini.
Kagawa, yang menetap di wilayah Nara, barat Jepun, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu.
Susulan pemergiannya, gelaran individu tertua di Jepun kini disandang Fuyo Kishimoto, 114, dari Kyoto yang turut terletak di barat negara berkenaan.
Kementerian berkenaan memaklumkan perkara itu hari ini.

