Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Waspada, Hujan Lebat Dijangka Badai Enam Negeri Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda enam negeri hingga jam 1 pagi ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang.
Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang.
MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Bentong dan Temerloh di Pahang.
Di Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong) dan Limbang.
Manakala, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau).
Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.