Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah.

Beberapa Negeri Dijangka Hujan Lebat

“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama.

“Sementara di Kelantan dan Terengganu masing-masing hanya satu daerah diramal hujan iaitu Kuala Krai dan Besut.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Betong), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song dan Bukit Mabong).

“Selain di Sabah pula termasuk Sandakan (Telupid, Paitan, Kinabatangan, Labuk & Sugut dan Tongod), Tawau (Lahad Datu), Pantai Barat (Ranau), Pedalaman (Pensiangan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi ini.
  • Amaran itu melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan