Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa hari lalu, berita tentang kehilangan seorang wanita pada 5 Mac 2021 lalu terbongkar apabila ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya. Pemergian Allayarhamah Nik Khatijah Nik Mud sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam kepada sahabat-sahabat IKRAM.
Perkara duka ini disampaikan oleh Pertubuhan Ikram Putrajaya menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga almarhumah Nik Khatijah Nik Mud buat pemergian sahabat seperjuangan kami, warga Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sesungguhnya kami menyaksikan amal mu yang tidak mengenal penat. Semoga Allah redho denganmu..
إنا لله و إنا إليه راجعون. اللهم اغفـر لها وارحمها و اعفعنها واكرم نزلها ووسع مدخلها واغسلها بالماء والثلج والبرد و نقها من الخطايا كما ينق الثوب الابيض من الدنس و أبدلها دارآ خيرآ من دارها و أهلآ خيـرآ من أهلها و زوجآ خيـرآ من زوجها و قها فتنة القبر وعذاب النار
Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik.
Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.
Sumber: Pertubuhan IKRAM