Berita›Luar Negara

Jepun Tawar US$1 Bilion Kepada Bangladesh, Naik Taraf Landasan Kereta Api
Jepun Tawar US$1 Bilion Kepada Bangladesh, Naik Taraf Landasan Kereta Api NEW DELHI, 30 Mei (Bernama) — Jepun akan menyediakan sebanyak US$1 bilion kepada Bangladesh sebagai sokongan belanjawan dan untuk menaik taraf landasan kereta api utama. Pakej kewangan itu dipersetujui semasa lawatan pemimpin sementara Bangladesh Muhammad Yunus ke Tokyo sewaktu beliau mengadakan perbincangan mengenai isu […]

Sepanyol Slovenia Seru Genjatan Senjata Segera di Gaza, Sekatan Terhadap Israel
MADRID, 30 Mei (Bernama-WAFA) — Sepanyol dan Slovenia pada Khamis menggesa gencatan senjata serta-merta di Semenanjung Gaza serta pelaksanaan sekatan terhadap Israel, semasa sidang media bersama yang diadakan di sini oleh Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dan rakan sejawatannya dari Slovenia, Robert Golob. Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Sanchez menyatakan bahawa kedua-dua kerajaan bersetuju untuk […]

China Setuju Mulakan Proses Sambung Semula Import Makanan Laut Jepun – Tokyo
China Setuju Mulakan Proses Sambung Semula Import Makanan Laut Jepun – Tokyo TOKYO, 30 Mei (Bernama-Kyodo) — Kerajaan Jepun pada Jumaat memaklumkan bahawa China telah bersetuju untuk memulakan prosedur bagi menyambung semula import makanan laut dari Jepun, sekali gus menamatkan larangan yang dikenakan susulan pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima […]

Atlet Thailand Berusia 105 Tahun Raih Pingat Emas Acara Lari Pecut
Atlet Thailand Berusia 105 Tahun Raih Pingat Emas Acara Lari Pecut Seorang atlet veteran dari Thailand, Sawang Janpram, 105, mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter. Kejayaan itu diraih dalam kejohanan World Masters Games di Taipei, dengan catatan masa 38.55 saat. Beliau juga merupakan satu-satunya peserta dalam kategori umur 100 […]

Penyokong Indonesia Potong Jaring, Cungkil Rumput Di Stadium GBLA
Penyokong Indonesia Potong Jaring, Cungkil Rumput Di Stadium GBLA Polis Indonesia telah menahan dua individu yang terlibat dalam kejadian merosakkan kemudahan di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) selepas perlawanan Liga 1 antara Persib Bandung menentang Persis Solo pada Sabtu lalu (24 Mei). “Seorang suspek telah memotong jaring gawang manakala seorang lagi suspek didapati mencungkil […]

Detik Runtuhan Glasier Musnahkan Sebahagian Kampung Di Switzerland
Detik Runtuhan Glasier Musnahkan Sebahagian Kampung Di Switzerland SWITZERLAND — Sebahagian Perkampungan Blatten di Switzerland musnah selepas glasier gergasi jatuh dari kawasan gunung ke lembah, lapor BBC. Menurut laporan, 300 penduduk tempatan telah dipindahkan 19 Mei lalu selepas pakar geologi yang memantau kawasan itu memberi amaran bahawa glasier kelihatan tidak stabil. Susulan itu, tiada yang […]

Mahkamah AS Sekat Tarif Import Trump
Mahkamah AS Sekat Tarif Import Trump Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyekat sebahagian besar tarif import yang dicadangkan Donald Trump daripada berkuat kuasa, lapor AFP. Intitusi undang-undang itu juga memutuskan bahawa Trump telah melampaui kuasanya dengan levi global menyeluruh. Langkah ini menandakan kemunduran yang ketara dalam tampuk kepimpinan Trump. Perang perdagangan global […]

Elon Musk Angkat Kaki, Tinggalkan Pentadbiran Trump
Elon Musk Angkat Kaki, Tinggalkan Pentadbiran Trump Bilionair, Elon Musk mengucapkan selamat tinggal kepada Rumah Putih selepas memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan ketuai pasukan petugas penjimatan kos yang ditubuh oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Menerusi catatan di laman X, Musk mengucapkan terima kasih kepada Trump atas peluang yang diberikan kepadanya dalam Jabatan Kecekapan […]

Paraglider ‘Terperangkap’ Dalam Awan Pada Ketinggian Hampir 9,000 Meter
Paraglider ‘Terperangkap’ Dalam Awan Pada Ketinggian Hampir 9,000 Meter Seorang paraglider dilaporkan mengalami detik mencemaskan apabila ‘terperangkap’ ke dalam pusaran awan. Mangsa kemudiannya diterbangkan setinggi 8,598 meter dari paras laut di kawasan Pergunungan Qilian, yang terletak di sempadan wilayah Qinghai dan Gansu, barat laut China. Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu kini sedang disiasat […]

Indonesia Sedia Jalin Hubungan Diplomatik Jika Israel Iktiraf Kemerdekaan Palestin
Indonesia Sedia Jalin Hubungan Diplomatik Jika Israel Iktiraf Kemerdekaan Palestin Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan kesediaan negaranya untuk menjalin hubungan diplomatik jika Israel mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Kenyataan tersebut dibuat Prabowo dalam satu sidang media bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, di Istana Merdeka, Jakarta. Dalam kenyataan itu, Prabowo menegaskan bahawa […]

Imej Burung Misteri Di Matahari Cetus Tanda Tanya, Saintis Tampil Jelaskan
Imej Burung Misteri Di Matahari Cetus Tanda Tanya, Saintis Tampil Jelaskan Moscow – Pelbagai spekulasi tercetus apabila tular di media sosial berkenaan imej yang memaparkan objek misteri berbentuk burung yang dirakam berhampiran Matahari. Penemuan tersebut disahkan oleh Makmal Astronomi Suria di Institut Kajian Angkasa Rusia (IKI RAS) pada Isnin. Berdasarkan laporan Russian News Agency, ahli […]

Tak Dibenar Naik Pesawat, Kisah Perjalanan Al Gaddafi Tunai Haji Buat Ramai Sebak
Tak Dibenar Naik Pesawat, Kisah Perjalanan Al Gaddafi Tunai Haji Buat Ramai Sebak MEKAH — Seorang lelaki warga Libya, Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi mencuri perhatian ramai apabila hampir terlepas peluang menunaikan ibadah Haji selepas ditahan di lapangan terbang kerana isu keselamatan, lapor ABP News. Menurut laporan Gulf News, kejadian bermula apabila Amer ditahan […]

Penyanyi Lagu ‘Anak’ Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun
Penyanyi Lagu ‘Anak’ Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun MANILA — Penyanyi dan penulis lagu Filipina, Freddie Aguilar, yang terkenal dengan lagu hit antarabangsa “Anak”, meninggal dunia pada usia 72 tahun di Manila, lapor AFP. Menurut media tempatan, beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Philippine Heart Center, menerusi hantaran media sosial oleh […]

Umat Islam Di Indonesia Sambut Aidiladha Pada 6 Jun – Kementerian Agama
Umat Islam Di Indonesia Sambut Aidiladha Pada 6 Jun – Kementerian Agama JAKARTA, 27 Mei (Bernama) — Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama Nasaruddin Umar. Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya […]

Nak Baling Ke Rumah Bekas Teman Wanita, Bom Tangan Meletup Dalam Genggaman
Nak Baling Ke Rumah Bekas Teman Wanita, Bom Tangan Meletup Dalam Genggaman SURAT THANI, THAILAND: Seorang lelaki meninggal dunia selepas bom tangan yang dipegangnya meletup dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Surat Thani Thailand pada Ahad lalu. Mangsa, 35, dipercayai berniat membaling bom tersebut ke rumah bekas teman wanitanya setelah pujukannya untuk berbaik […]

Roman Shogdzhiev Pemain Catur Termuda Dapat Gelaran International Master
Roman Shogdzhiev Pemain Catur Termuda Dapat Gelaran International Master Moscow – Sejarah baharu tercipta dalam dunia catur apabila pemain muda dari Rusia, Roman Shogdzhiev, dinobatkan sebagai Pemain Catur Antarabangsa (IM) termuda dalam sejarah. Menurut Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), Roman yang baru berusia 10 tahun, tiga bulan dan 21 hari itu memecahkan rekod terdahulu lima bulan lebih […]

Pelakon Korea Selatan, Choi Jung Woo Meninggal Dunia
Pelakon veteran Korea Selatan, Choi Jung Woo dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun. Memetik Koreaboo, berita duka itu telah dimaklumkan oleh agensi mendiang, Bless ENT dalam satu kenyataan hari ini. “Pelakon Choi Jung Woo telah meninggal dunia. Punca spesifik kematian masih belum didedahkan,” kata agensi itu. Bagaimanapun, pelakon itu dilaporkan bergelut dengan penyakit kronik […]

Arab Saudi Lihat Anak Bulan Zulhijjah Hari Ini, Penentu Hari Arafah & Aidiladha
Arab Saudi Lihat Anak Bulan Zulhijjah Hari Ini, Penentu Hari Arafah & Aidiladha MAKKAH, 27 Mei (Bernama) — Kerajaan Arab Saudi menetapkan hari ini (27 Mei) bersamaan 29 Zulkaedah 1446H sebagai tarikh rasmi untuk melihat anak bulan Zulhijjah. Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata Kerajaan Arab Saudi akan menjalankan cerapan anak bulan bagi […]

Pilu Di Gaza, Doktor Hilang 9 Anak Sekelip Mata
Pilu Di Gaza, Doktor Hilang 9 Anak Sekelip Mata Khan Younis – Seorang pakar pediatrik, Dr Alaa al-Najjar, 35 tahun, kehilangan sembilan daripada 10 anaknya dalam serangan udara Israel di Gaza, Jumaat lalu. Menurut laporan CNN, serangan itu menyasarkan kediaman keluarga beliau di Khan Younis, ketika Alaa sedang bertugas di Kompleks Perubatan Nasser, selatan Gaza. Tujuh […]

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Lulus Cadangan Kibar Bendera Palestin Di Ibu Pejabat, Pejabat WHO
Perhimpunan Kesihatan Sedunia Lulus Cadangan Kibar Bendera Palestin Di Ibu Pejabat, Pejabat WHO GENEVA, 27 Mei (Bernama) — Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Isnin meluluskan usul bagi membenarkan bendera negara pemerhati bukan ahli dikibarkan di ibu pejabat dan pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Anadolu Ajansi (AA). Langkah itu membuka jalan untuk bendera Palestin dikibarkan […]