Berita›Luar Negara
Kedutaan Korea Selatan Di Ukraine Gesa Rakyatnya Siap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan
SEOUL, 25 Feb (Bernama) — Kedutaan Korea Selatan di Kyiv pada Jumaat menasihati rakyatnya siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku berikutan kebimbangan serangan tentera Rusia ke atas pelbagai kemudahan di Ukraine. “Terdapat kemungkinan kejadian huru-hara di Kyiv dan bandar-bandar utama yang lain, termasuk gangguan bekalan elektrik dan komunikasi, kebakaran dan letupan, manakala pelakunya […]

“Kali Terakhir Kyiv Hadapi Seperti Ini Semasa Serangan Nazi Tahun 1941” – Menteri Luar Ukraine
Pada hari kedua sejak Rusia melancarkan serangan terhadap Ukraine, beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di ibu kota Kyiv semenjak pagi tadi. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menyifatkan serangan roket terhadap Kyiv sebagai serangan yang ‘mengerikan’. “Serangan roket yang mengerikan menghentam Kyiv. Kali terakhir ibu negara kami (Kyiv) mengalami perkara seperti ini pada tahun 1941 semasa […]
Pemimpin G7 Bakal Kenakan Sekatan “Lebih Ketat” Terhadap Rusia
BERLIN, 25 Feb (Bernama) — Pemimpin negara anggota G7 pada Khamis sepakat mengenakan sekatan tambahan lebih “ketat” ke atas Rusia berikutan pencerobohan ke atas Ukraine, lapor Jiji Press. “Kami (G7) akan mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan lebih ketat. Kami menyeru semua pihak dan masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu,” ,” menurut kenyataan bersama pemimpin G7 […]
Serangan Makin Mendekat, Tentera Rusia Sudah Berada Kira-Kira 32KM Dari Kyiv
Terkini, melalui hantaran Twitter @The Spectator Index, pasukan ketenteraan Rusia telah memasuki Ukraine malalui Belarus kira-kira 20 batu (32 kilometer) dari Kyiv. Hal ini disampaikan pegawai tertinggi, Biden kepada Ahli Parlimen Dewan dalam satu taklimat. Para pegawai menyifatkan ‘gerakan’ itu dibuat dengan matlamat mengepung bandar Ukraine serta berpotensi menjatuhkan negara berkenaan. BREAKING: Russian military vehicles […]

Ukraine Dakwa Satu Platun Tentera Rusia Menyerah Diri, Tak Tahu Dihantar Untuk Menyerang Ukraine
Sepasukan tentera Rusia didakwa menyerah diri dan mengakui mereka tidak tahu bahawa mereka dikerah untuk menyerang Ukraine. Kedutaan Ukraine di Amerika Syarikat mendakwa sekumpulan tentera Rusia dari Briged Rifel Bermotor ke-74 telah menyerah diri di Chernigov, Ukraine pada Khamis. Berdasarkan laporan soal siasat, tentera Rusia ini menyerah diri kerana mereka mendakwa mereka menyangka dihantar ke […]

Pilu, Foto-foto Kemusnahan & Menyayat Hati Rakyat Ukraine Selepas Beberapa Serangan
Seperti yang diketahui umum krisis pergolakan antara Russia dan Ukraine dilihat masih tiada jalan penyelesaiannya. Serangan demi serangan saling dilakukan oleh kedua-dua pihak. Malah beberapa siri letupan dilapor berlaku di Ukraine hari ini setelah presiden Russia iaitu Vladimir Putin mengistiharkan perang terhadap negara tersebut. Susulan serangan itu, Ukraine dilapor mengalami beberapa kemusnahan. Pilunya, ia bukanlah […]

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich Dilapor Dihalang Menetap Di Britain
Pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Chelsea, Roman Abramovich yang juga berbangsa Rusia-Yahudi dilapor dihalang daripada menetap di Britain, lapor Daily Mail. Menurut laporan, jutawan terkenal itu dikatakan tidak lagi kelihatan di rumah kelab bola sepak berkenaan yang terletak di barat daya London, Stamford Bridge hampir beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini, Abramovich pernah menarik […]

TERKINI: Tentera Russia Sudah Masuk Chernobyl, Pihak Ukraine Bagi Amaran Pertempuran Mungkin Boleh Musnahkan Fasiliti Simpanan Nuklear
Tentera Russia dilapor sudah memasuki kawasan berdekatan loji jana kuasa nuklear Chernobyl sebentar tadi, umum Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko. Merujuk laporan Mirror, Anton Gerashchenko berkata, penceroboh-penceroboh Russia dari wilayah Belarus telah bergerak masuk ke dalam kawasan zon AES Chernobyl. Dalam masa sama, pertempuran yang berlaku antara Russia dan Ukraine di kawasan berdekatan […]

TERKINI: (Video) Asap Berkepul, Detik-detik Lapangan Terbang Di Ukraine Saat ‘Dibedil’ Helikopter Dipercayai Mi-8 Rusia
Lapangan Terbang Kyiv Hostomel yang merupakan tapak dimana syarikat penerbangan Antonov beroperasi dilapor diserang hari ini. Menerusi satu rakaman video di Youtube menunjukkan serangan daripada helikopter yang dipercayai Mi-8 dari Rusia itu telah menyebabkan sebuah pesawat tentera Ukraine, Antonov An-225 terhempas. Berdasarkan laporan lepas, pesawat tentera Ukraine Antonov An-26 telah terhempas berhampiran ibu kota, Kyiv […]
Mantan Presiden Amerika, George W. Bush Kecam Tindakan Rusia Serang Ukraine
Bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-43, George W. Bush dalam satu kenyataan berkata tindakan agresif Rusia ke atas Ukraine merupakan salah satu krisis keselamatan paling teruk di benua Eropah sejak Perang Dunia II. Pandangan beliau itu dikongsikan oleh seorang wartawan politik senior, Aaron Blake melalui laman Twitter sebentar tadi. Dalam kenyataan itu, Bush juga berkata […]

TERKINI: Ukraine Belum Reda, Ruang Udara Taiwan Pula Diceroboh 9 Pesawat China
Keadaan krisis yang semakin hangat antara Russia dan Ukraine masih lagi tidak menemukan jalan pengakhiran. Kini, timbul pula isu ruang udara Taiwan yang didakwa telah dicerobohi oleh China. Menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan, beberapa buah pesawat udara dipercayai milik China dilapor telah memasuki ruang udara negara tersebut. “Sembilan pesawat PLA (Y-8 RECCE dan J-16*8) telah […]
Kenapa Rusia Serang Ukraine?
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan dua alasan utama kenapa Rusia serang Ukraine dengan memasuki Donbas, wilayah yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Moscow. Dakwaan Ukraine akan menyerang wilayah Donbas Memetik daripada laporan media tempatan, alasan pertama kenapa Rusia serang Ukraine adalah kerana pemimpin pemisah pro-Moscow telah meminta bantuan selepas mendakwa Ukraine akan menyerang wilayah mereka. Jelasnya […]
Harga Minyak Dunia Melonjak 8 Peratus Selepas Rusia Serang Ukraine, Harga Minyak Brent Lepasi RM 420 Per Barel
Harga minyak mentah melonjak pada Khamis berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan harga Brent mencecah USD 100 (RM 420) setong buat kali pertama sejak 2014, lapor CNBC. Serangan itu dijangka mempunyai implikasi yang meluas untuk pasaran tenaga memandangkan Russia merupakan pengeluar gas asli kedua terbesar di dunia dan salah satu negara pengeluar minyak terbesar […]
Pesawat Tentera Ukraine Bawa 14 Penumpang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 5 Dipercayai Terkorban
Sekurang-kurangnya 5 orang penumpang dipercayai maut selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kyiv. Memetik daripada laporan khas dari Indiatoday, kejadian ini disahkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine yang menyatakan pesawat yang membawa 14 penumpang tersebut terhempas berhampir ibu negara, Kyiv. Tidak dapat dipastikan punca kemalangan tersebut. Difahamkan, kira-kira 40 orang tentera Ukraine dilapor terkorban setakat […]

(Video) TERKINI: Tentera Ukraine Tangkap Dua Penceroboh Russia, Salah Seorangnya Baru Berusia 20 Tahun
Dua penceroboh tentera Russia yang dipercayai terlibat dalam pencerobohan ke atas Russia hari ini dilapor berjaya ditawan sebentar tadi. Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan penahanan dua penceroboh tersebut menerusi satu laporan ringkas di Twitter sebentar tadi. “Tentera Ukraine dari Brigef Mechanized Ke-93 telah menangkap dua penceroboh Russia,” maklum jabatan tersebut. Berdasarkan laporan itu, turut dirampas ialah […]
Seru Rakyat Bersedia Pertahan Tanah Air, Presiden Ukraine Pesan, “Kami Akan Beri Senjata Kepada Sesiapa Yang Mahu Berjuang”
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy hari ini menyeru rakyat Ukraine bersedia untuk berperang dan akan membekalkan senjata kepada sesiapa sahaja yang mahu keluar mempertahankan negara daripada pencerobohan Rusia. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa Ukraine telah memutuskan hubungan dengan Rusia susulan insiden pencerobohan tersebut. ”Kami akan berikan sejanta, kepada sesiapa sahaja yang mahu berjuang. Bersiap sedialah […]

TERKINI: Finland Sedia Terima Pelarian Ukraine Jika Perang Semakin Teruk – Marin
Finland dilapor sedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine sekiranya peperangan menjadi semakin genting, lapor Aljazeera. Perdana menterinya, Sanna Marin menganggarkan akan ada sejumlah besar pelarian dari Ukraine yang cuba melarikan dari ke Kesatuan Eropah. “Kementerian Dalam Negeri (Finland) dalam bahagiannya sedang bersedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine,” kata Marin, memetik Aljazeera. Dalam pada itu, Marin dan juga […]
TERKINI: Ukraine Lapor Sekurang-kurangnya 40 Askarnya Terkorban & Berdozen Lagi Cedera Setakat Ini
Penasihat Presiden Ukraine memaklumkan lebih 40 orang tenteranya terkorban dan berdozen-dozen lagi cerdera setakat ini sejak Rusia memulakan serangan pada pagi Khamis. Sebanyak 10 orang awam juga dilaporkan terbunuh. Memetik daripada laporan Livemint mendakwa tentera Rusia telah melancarkan serangan peluru berpandu dan senjata berat secara bertubi-tubi ke arah beberapa lokasi di Ukraine sejak awal pagi […]

TERKINI: Presiden Ukraine Seru Rakyat Keluar Berperang
Berikutan krisis pergolakan antara Russia Dan Ukraine yang semakin genting ketika ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengarahkan semua rakyat mereka bersedia untuk berperang. “Zelenskyy telah menyeru semua rakyat yang bersedia untuk mempertahankan negara daripada tentera Russia dan tampil berdepan dengan mereka. “Beliau mengatakan Kyiv akan mengeluarkan dan memberikan senjata kepada semua orang yang ingin berdepan […]

Pilu, Anak Jadi Saksi Ibu Meninggal Dunia, Maut Dihempap Barbel 180kg Di Gym
Seorang wanita maut ketika cuba untuk mengangkat barbel seberat 180 kilogram di sebuah gym di Mexico City, Mexico. Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang melaraskan berat plat pemberat tersebut sebelum wanita berkenaan mengangkatnya. Barbel tersebut bagaimanapun terjatuh menghempap lehernya ketika dia mencuba untuk mengangkat berat tersebut dan didakwa meninggal dunia […]