Berita›Luar Negara

Kali Terakhir Dilihat Sekitar Tahun 1840, Burung Murai Berkulit Hitam Muncul Lagi Selepas 170 Tahun
Seekor burung kali terkahir dijumpai pada 170 tahun yang lalu di hutan Borneo. Apa yang mengejutkan, ianya dilihat sekali lagi di kawasan hutan yang sama. Hampir dianggap sudah pupus, burung spesies Murai berkulit Hitam ini pernah didokumentarikan sekitar tahun 1848. Namun selepas itu, usaha untuk mencarinya tidak diteruskan lagi. Namun, lewat tahun lepas, dua lelaki […]
Viral Foto Ikan Koi Dimasak Gulai, Ramai ‘Menangis’ Tengok Resepi Ini
Ikan hiasan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Salah satu jenis ikan hiasan yang digemari adalah ikan koi yang diketahui mempunyai keunikan tersendiri seperti gaya dan bentuknya. Ramai orang yang sanggup membelanjakan ratusan dan ribuan ringgit untuk membeli ikan tersebut. Pun begitu, berbeza pula dengan ikan koi yang tular di Indonesia. […]
Menabung Duit Sampai Berkarung-karung Guni, Lelaki Terpaksa ‘Jemput’ Jiran-jiran Datang Tolong Kira
Seorang warga emas berusia 81 tahun di Payakumbuh, Sumatera Barat tular di media sosial kerana menyimpan banyak wang di rumahnya. Menurut Tribunnews, pada awalnya, hanya sekarung sahaja wang ditemui. Namun selepas rumahnya dibersihkan, terdapat berkarung-karung lagi wang yang ‘dibongkar’. Warga emas yang bernama Palyuri atau lebih dikenali sebagai Biyok itu menyimpan wang di rumahnya di […]
Takut Dibuang Dalam Tong Sampah, Lelaki Menyamar Jadi Abang “Delivery” Donut & Hantar Terus Resume Ke Tangan Boss
Seorang lelaki di San Fransisco, Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai apabila dia menghantar resume untuk permohonan kerjanya dengan cara paling kreatif. Lukas Yla, 25, seorang pakar pemasaran yang berhijrah dari Lithuania itu pada awalnya sedang berusaha mencari kerjaya impian baharunya di sana. Bagaimanapun, dia menyedari bahawa peluang kerjaya di bandar itu agak terhad, sudah tentu […]

Kenali Pasangan Saintis Muslim Ini, Pengasas Vaksin Covid-19 Pfizer Yang Jadi Pilihan Seluruh Dunia
Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser. Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang […]
(Video) Ditonton Lebih 3 Juta Kali, Geng Ini Buat ‘Magnet Fishing’ & Apa Yang ‘Dipancing’ Memang Mengejutkan
Jika dulu, sungai adalah sumber air utama yang bersih untuk kegunaan segala hidupan termasuk manusia dan haiwan. Namun ianya sudah berbeza pada hari ini apabila kebanyakan sungai tidak sebersih dulu, ditambah lagi dengan pencemaran akibat buangan sisa pepejal mahupun cecair. Tidak mustahil, sungai juga dijadikan tempat membuang benda-benda tertentu, salah satunya dipercayai untuk menghilangkan barang […]
(Video) Seram, Rakaman Budak Didakwa ‘Ditarik’ Ke Bawah Katil Sambil Memanggil Ibunya Seperti Sedang Takut
Satu video TikTok yang memaparkan detik-detik seorang kanak-kanak didakwa ditarik di bawah katilnya telah menjadi tular di media sosial. Bapanya, telah berkongsikan klip video yang dirakam dari bilik tidur anaknya itu pada Isnin. Pada tepat waktu 11:37 malam, kanak-kanak itu difahamkan terjaga, berjalan-jalan dan merangkak ke bawah katilnya. Kanak-kanak itu secara tiba-tiba kelihatan takut, mula […]
Dua Renjer Maut Dalam Letupan Bom, Insiden Berbalas Tembakan Di Narathiwat
NARATHIWAT, 25 Feb (Bernama) — Dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand. Ketua Polis Ra-ngae Piyapak Thongpanlertkun berkata dalam kejadian pada 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat […]

(Video) Lebih 18 Juta Tontonan, Reaksi Ikan Pari Seakan ‘Ketawa’ Ketika Digeletek Bikin Terhibur
Jika sebelum ini anda pernah melihat gelagat katak yang seakan terkekek-kekek apabila digeletek, kali ini mari kita lihat reaksi ikan pari pula apabila diperlakukan dengan cara serupa. Dengan anatomi tubuhnya seakan wajah manusia, reaksi haiwan ini membuatkan ramai penonton terhibur apabila ia terlihat seperti sedang tersenyum dan menguncup kegelian. Video yang dimuatnaik Christian Hofstedt di […]
Cuaca Panas, Puluhan Hektar Kawasan Hutan Di Batam Terbakar
Puluhan hektar tanah dan kawasan hutan dilaporkan telah berlaku dan tersebar di Kota Batam, Kepulauan Riau, sejak awal 2021. Menurut Antara News, Ketua Perkhidmatan Bomba Kota Batam, Azman, mengatakan bahawa pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 lokasi hutan yang terbakar termasuk di Pulau Penyangga. “Lokasinya lebih dari 10 termasuk di kawasan seluas 10 hektar di […]
Mike Tyson Rancang Besarkan Empayar Ganjanya, Mahu Bina Resort Mewah & Universiti Bertemakan Ganja
Bagi yang tidak tahu, lagenda sukan tinju yang terkenal dengan pukulan kalah mati, Mike Tyson, telah menjual produk ganja sejak 2016 lagi melalui label Tyson Holistic. Menurut laporan The Sun.co pada 2020, Tyson dipercayai memperoleh sekitar £ 500,000 (lebih RM2 juta) sebulan melalui perniagaannya itu yang menawarkan strain ganja premium, makanan, dan ekstrak. Ingin meluaskan […]
Austria Cadang Perkenal ‘Passport Hijau’ Untuk Individu Sudah Vaksin
MOSCOW, 25 Feb – Austria akan menyerahkan satu proposal kepada Majlis Eropah untuk memperkenalkan “pasport hijau” bagi mereka yang sudah menerima vaksin COVID-19 atau telah menjalani ujian baharu, lapor Agensi Berita Sputnik. “Kami memerlukan ‘pasport hijau’ untuk mereka yang telah divaksin,” kata Canselor Sebastian Kurz kepada ORF. Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, setakat ini hampir 448,000 kes disahkan […]
(Video) Comel, Aksi Kucing Panjat Belakang Biri-biri Belanja Urut “Free”, Biri-biri Pula Buat Muka ‘Layan’
Bila dah namanya kucing, ia pasti akan menimbulkan pelbagai ‘masalah‘ yang kelihatan menjengkelkan namun tetap dengan penuh kecomelan. Bagi yang memelihara kucing, anda pasti pernah secara tiba-tiba ‘diurut’ oleh haiwan itu. Menurut portal Purina, sebab utama kucing suka ‘mengurut’ adalah sifat naluri yang mereka warisi sejak dari kecil. Ketika kecil, mereka akan ‘mengetuk’ perut ibu […]
Lelaki Ditahan, Didakwa Bunuh & Kerat Jantung Jiran Untuk Dimasak Dengan Kentang, Buat Halau Hantu
Seorang lelaki di Okhlama, Amerika Syarikat (US) yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada bulan lepas kini berdepan pula dengan pertuduhan membunuh. Memetik sumber tempatan, lelaki terbabit didakwa atas kesalahan membunuh jirannya di bandar Chickasha dalam wilayah tersebut, sebelum mengerat tubuh mangsa dan mengambil organ jantungnya. Menurut pihak pendakwaan, jantung tersebut diambil lelaki berkenaan dan […]
Dipercayai Kerana Ketagihan Main ‘Online Game’, Budak 12 Tahun Dilapor Meninggal Dunia Akibat Gangguan Saraf
Seorang budak lelaki yang berasal dari Subang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat gangguan saraf. Menurut Tribun, budak lelaki yang berumur 12 tahun itu mengalami gangguan saraf kerana ketagihan bermain game online. Budak lelaki tersebut dilaporkan mengadu sakit kepala yang teruk dan tidak dapat menggerakkan tangannya sebelum meninggal dunia. Allahyarham difahamkan sangat suka […]
Lelaki Diarah Bayar Sekitar RM32,000 Kepada Bekas Isteri, Didakwa Kerana Tak Pernah Bantu Buat Kerja Rumah
Beijing – Seorang lelaki telah diperintahkan untuk membayar hampir $ 8,000 (RM32,340) kepada bekas isterinya kerana dilaporkan tidak pernah membuat kerja rumah selama perkahwinannya dalam satu kes penceraian yang telah mencetuskan perdebatan hebat di China, lapor CBS News. Menurut CBS News, di bawah akta sivil baharu negara itu yang berkuat kuasa mulai tahun ini, pasangan […]

(Video) Lima Tahun Terbiar, Bulu Biri-Biri Seberat Lebih 34kg Akhirnya Dicukur, Siap Ada Ranting Didalamnya
Lazimnya, biri-biri akan menggugurkan bulu mereka sendiri secara semulajadi. Namun, disebabkan domestikasi dan pembiakan terpilih, spesies biri-biri ternakan kini perlu dicukur setiap tahun bagi mengelakkan bulu mereka menjadi tebal dan berat (Lad Bible, 2021). Inilah yang berlaku kepada seekor biri-biri di Melbourne, Australia yang melarikan diri untuk hidup liar selama beberapa tahun. Menurut LadBible, biri-biri […]

Taiwan Tamatkan Sekatan Kemasukan Warga Asing
TAIPEI, 24 Feb (Bernama) — Taiwan akan menamatkan secara berperingkat sekatan kemasukan pelawat asing mulai 1 Mac dan membenarkan tempoh kuarantin lebih pendek untuk pelancong perniagaan dari negara-negara berisiko rendah hingga sederhana, lapor Agensi Berita Pusat (CNA). Di bawah dasar baharu itu, warga asing yang tidak memiliki kebenaran menetap di Taiwan dibenarkan memasuki negara itu kecuali […]
Dakwa Memudahkan Aktiviti Jenayah, Bill Gates Anggap Matawang Kripto Berbahaya & Saran Ia Diharamkan
Pengasas perisian Microsoft, Bill Gates mendakwa matawang kripto berisiko digunakan untuk tujuan jenayah dan berasakan ia perlu diharamkan. Memetik laporan moneycontrol.com, Gates menyatakan ketidaksukaannya terhadap matawang digital tersebut selepas memberi pandangan terhadap tahap kemajuan dunia yang tidak memerlukan matawang itu. “Cara matawang kripto berfungsi hari ini berkemungkinan boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah tertentu. “Adalah […]
Tiger Woods Dilapor Terlibat Kemalangan, Alami Kecederaan Serius Di Bahagian Kaki
Pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods, dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan di Los Angeles pada pagi Semalam. Menurut GolfDigest, Woods kini berada dalam ‘keadaan serius’ setelah menjalani pembedahan kerana beberapa kecederaan pada kakinya. Woods yang memandu kenderaannya dilaporkan sedang menuju ke arah utara di kawasan Hawthorne Ave yang menuruni bukit, jalan dua lorong di […]