Berita›Luar Negara
Gempa Bumi Kuat, 6.1 Skala Richter Gegar Sulawesi, Indonesia
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
Nenek Berusia 106 Tahun Di United Kingdom Disahkan Semakin Pulih Selepas Dijangkiti Wabak COVID-19
UNITED KINGDOM – Seorang nenek, Mary Nicholson atau dikenali sebagai Polly menyambut ulang tahun yang ke-106 bersama kakitangan rumah jagaan di St Helen’s, Merseyside. Namun disebalik usianya, dirinya disahkan semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19 pada malam tahun baru yang lalu. Bekas tukang masak yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak berkata: “Saya batuk tetapi saya […]
Sesuai Untuk Penjarakan Sosial, Wanita Ini Bina Sendiri Gaun Cantik Sepanjang 12 Kaki
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang. Ramai yang mula menikmati kehidupan dengan sisi yang berbeza dan perlu menjaga jarak sosial untuk mengelakkan penularan. Pun begitu, pandemik Covid-19 juga telah memberi ruang untuk seseorang menonjolkan bakat kreatif tersendiri. Satu perkongsian menarik mengenai seorang wanita mencipta sendiri gaun yang panjang untuk […]
Wanita Ini Gunakan Payung Untuk Pastikan Ibu Merpati Dan Anak-Anaknya Tidak Terjejas Dek Hujan
Semua manusia di dunia ini perlukan tempat berteduh sebagai perlindungan dari ancaman, cuaca buruk dan sebagainya. Sama juga seperti haiwan, mereka memerlukan satu ruang sebagai tempat untuk mengekalkan suhu badan ataupun membesarkan anak-anak. Satu perkongsian menarik mengenai seorang wanita bernama Pauw Ling, dia menyediakan ‘rumah tumpangan’ sementara kepada seekor burung merpati yang bertelur di dalam […]
(Video) Rakaman Dipercayai ‘Bayangan Putih’ Melintas Belakang Sekumpulan Lelaki Bikin Seram
Satu klip rakaman yang memaparkan kelibat seakan lembaga putih seperti asap melintasi pandangan kamera ketika sekumpulan lelaki berdiri di hadapan sebuah stesen minyak telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Di bahagian belakang sekumpulan lelaki tersebut beberapa saat selepas klip itu bermula, kelihatan satu bayangan yang samar-samar melintasi stesen minyak tersebut. Tidak dapat dipastikan berkenaan apa benda […]
Dipercayai Pura-Pura Jadi Mangsa Nahas Sriwijaya Air Untuk ‘Content’, Tindakan Individu Ini Undang Kemarahan Ramai
Ketika semua orang sedang meratapi nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182, terdapat seseorang yang didakwa tergamak berpura-pura menjadi salah seorang mangsa nahas tersebut semata-mata demi konten, lapor suarabogor.id Kandungan video yang dipercayai berpura-pura menjadi mangsa pesawat Sriwijaya Air SJ182 itu telah menjadi tular di media sosial. Susulan daripada itu, ramai warganet yang mengecam video berkenaan dan […]
(Video)”Jalan Buntu Cik, Jangan Masuk,” Ramai Yang Berpatah Balik, Misteri ‘Jalan Buntu’ Ini Akhirnya Terjawab
Sudah lumrah kebanyakan manusia, sukar percayakan sesuatu selagi ia bukan di hadapan mata. Bila sudah terkena, baru mahu percaya. Dalam sebuah perkongsian video di Tik Tok, seorang lelaki memberitahu orang ramai yang beriadah di sebuah kawasan agar tidak meneruskan perjalanan mereka memasuki sebatang jalan di lokasi yang tidak diketahui. Pun begitu, nasihatnya tidak diendahkan mereka […]
Wanita Syak Kekasih Curang Lepas Buka ‘Google Maps’ Guna Emel Teman Lelaki, ‘History’ Lokasi Dikunjungi Ketika ‘LDR’ Buat Rasa Curiga
Curahan hati seorang wanita yang secara tidak sengaja menangkap kekasihnya curang menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com Walaupun dia tidak dapat menangkap kekasihnya yang curang itu secara berhadapan, namun wanita itu mendakwa bahawa dia mengetahui kekasihnya itu curang melalui Google Maps. Menurut portal Suara.com, wanita itu mendedahkan bahawa pada mulanya dia sengaja membuka Google […]
COVID-19: Kes Positif Di Indonesia Lepasi Angka 11,000 Dua Hari Berturut-Turut
JAKARTA, 14 Jan (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 11,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 869,600 kes. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 di republik itu direkodkan tertinggi setakat ini iaitu 11,557 kes, […]
Selepas Gagal Sebanyak 157 Kali, Lelaki ini Akhirnya Lulus Ujian Teori Pemanduan
Seorang lelaki dari UK dilaporkan berjaya lulus ujian pengetahuan memandu selepas gagal dalam ujian tersebut selama 157 kali. Agensi Piawaian Memandu dan Kenderaan di Britain (DVSA) baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat satu rekod baru berkaitan percubaan melepasi ujian pengetahuan memandu telah dipecahkan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut dilaporkan berjaya lulus ujian teori itu selepas gagal […]
Keliru Siapa Bapa Kepada Anaknya, Wanita Ini Kahwini 3 Lelaki Dan Tinggal Bersama Beberapa Kekasihnya
Seorang wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Ann Grace Aguti menjadi topik yang sangat diperkatakan di media sosial yang mendakwa dirinya mempunyai tiga suami dan mereka semua dilaporkan duduk bersama dengan beberapa lelaki lain yang dianggap kekasihnya. Menurut laporan, tindakan Aguti menimbulkan kemarahan ayahnya, Pastor Peter Ogwang di mana ia mengatakan perbuatan dirinya itu […]
Anjing Dilapor Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital Gara-gara Tertelan Topeng Muka
Seekor anjing dikejarkan ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan setelah dilaporkan menelan sekeping pelitup muka yang dibuang di sebuah taman. Menurut laporan, anjing yang bernasib malang itu menelan pelitup muka di taman Rouken Glen dekat Glasgrow. Doktor haiwan terpaksa memberi suntikan kepada anjing berkenaan, Labrador Bailey bagi membuatnya muntah.Sekiranya tidak diberikan suntikan tersebut, kemungkinan anjing […]

Perincian Penyelidikan Asal Usul COVID-19 Di China Akan Didedahkan Kepada Umum: WHO
BEIJING, 14 Jan (Bernama) — Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri pakar dari 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama pakar tempatan bagi menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul COVID-19 bermula hari ini (Khamis). Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Harris ketika diwawancara wartawan CGTN telah memberikan butiran terperinci mengenai kandungan dan skala […]
China Mencatat Kematian Pertama COVID-19 Selepas 8 Bulan
BEIJING – Pada hari Khamis yang lalu, China telah melaporkan kematian pertama COVID-19 dalam tempoh lapan bulan ketika negara berkenaan berusaha untuk mengawal penularan virus tersebut. Pasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di negara berkenaan bagi melakukan penyelidikan mengenai asal usul virus tersebut. Menurut laporan, sebahagian besar China didakwa telah mengendalikan wabak virus […]
Gempa Bumi Bermagnitud 5.9 Dilapor Gegar Sulawesi, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada jam 2.35 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.8° Selatan dan 118.9° Timur dengan kedalaman 47 km, 145km Barat dari Palopo, Indonesia. Walau bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa […]
Ulama Terkenal Indonesia Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia
JAKARTA, 14 Jan — Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19. Bagaimanapun punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, 44, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia. Menurut hantaran […]
Demi Wang Saku, Mahasiswa Ditangkap Jual Surat Pengakuan Palsu Ujian Saringan COVID-19 Di FB
SURABAYA – Seorang mahasiswa dilaporkan berjaya diberkas oleh pihak polis atas kesalahan menjual surat perakuan palsu ujian saringan COVID-19 kepada 24 petugas Pengawas Tempat Pengundian (PTPS) pada bulan Disember tahun lalu. Difahamkan, suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut ekoran ingin mencari wang saku. Menurut laporan, berbekal surat tersebut, 24 petugas PTPS itu bebas untuk bertugas ketika […]
Disangka Perempuan Berambut Panjang, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Jadi Mangsa Cabul, Bikin Para Warganet Terkejut
Bukan setakat kaum wanita sahaja yang menjadi mangsa cabul namun kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa begitulah nasib seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalamannya yang tidak disangka-sangka ketika ‘payu daranya’ disentuh oleh lelaki yang tidak dikenali. Menerusi perkongsian lelaki itu di laman Twitter miliknya, kejadian tersebut berlaku di mana suspek menyangkakan mangsa adalah seorang wanita […]
Dipercayai Lebih Berjangkit, Strain COVID-19 Baharu Dilapor Ditemui Pula Di Brazil
Strain COVID-19 baharu yang didakwa lebih berjangkit dilaporkan telah dikesan setelah bermutasi di Brazil, lapor Daily Mail. Varian COVID yang bermutasi itu ditemui di Tokyo, Jepun, minggu lalu dalam empat individu yang pulang dari Amerika Selatan. Para saintis berkata bahawa strain itu mempunyai persamaan dengan varian yang mudah menular yang terdapat di England dan Afrika […]
Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Giliran Snapchat Pula Gantung Akaun Milik Trump
Selepas Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube, kini tiba giliran Snapchat pula untuk ‘mengharamkan’ akaun Presiden AS, Donald Trump di aplikasinya. Snapchat telah menggantung akaun Trump dalam tempoh waktu yang tidak tentu pada minggu lalu selepas dia didakwa menghasut penyokong pro-Trump untuk menyerang Capitol dan kini telah membuat keputusan untuk kekal menggantung akaun itu, lapor The […]