Berita›Luar Negara
Kecewa Tak Dibelikan Motosikal Baru, Remaja Dilapor Tergamak Bakar Rumah Mak Ayah Sendiri
Disebabkan hajat memiliki motorsikal tidak ditunaikan, remaja lelaki berusia 17 tahun ini dilaporkan sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kabupaten Kulonprogo. Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya baru sahaja pulang ke rumah dan mendapati pintu rumahnya yang terbuat dari kayu dalam keadaan terbakar. Nasib […]
Tragis Kanak-kanak Lelaki Maut Dalam Letupan Bom Tangan Jenis MK2 Yang Dibelinya Di Kedai Barangan Antik
Seorang kanak-kanak lelaki dari Virginia dilaporkan maut selepas bom tangan era Perang Dunia II yang dibeli di pusat barangan antik meletup, menurut pihak berkuasa. Kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 23 Disember yang lalu disebebabkan bom tangan jenis MK2 dibeli di sebuah pusat barangan antik di Shallotte, North Carolina, kata […]
Sedang Dihimpit Kemarau Yang Teruk, Istanbul Di Turki Dijangka Kehabisan Air Dalam Tempoh 45 Hari
Istanbul mungkin akan kehabisan air dalam masa 45 hari ketika Turki pada ketika ini menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh satu dekad. Menurut Daily Mail, pembangunan bandar yang luas telah menyebabkan empangan di bandar yang dihuni oleh 17 juta orang itu hampir menjadi kering. Paras air di empangan Omerli, sumber air utama bagi bandar itu […]
Lelaki Dilapor Ditahan Setelah Langgar Perintah Berkurung Untuk Keluar Beli Susu Untuk Bayi Baru Lahir
Seorang lelaki telah ditahan kerana melanggar perintah berkurung selepas keluar dari rumahnya untuk membeli susu bayinya yang baru lahir, lapor Mirror. Di bawah perintah berkurung coronavirus, Afrika Selatan mengehadkan pergerakan rakyatnya setiap malam yang bermula daripada jam 9 malam hingga ke 5 pagi. Menurut laporan, lelaki tersebut telah bergegas membeli susu formula bayinya itu pada […]

Budak Lelaki Yang Cedera Selamatkan Adiknya Dari Serangan Anjing Kini Jalani Rawatan Parut, Kesan Luka Kian Pulih
Seorang kanak-kanak lelaki bernama Bridger mendapat gelaran status ‘superhero’ hasil dari keberanian yang dia lakukan untuk adik perempuannya. Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu menyelamatkan adiknya dari diserang oleh seekor anjing. Tindakan berani dan tidak mementingkan diri itu menjadikan ianya simbolik terhadap cinta luar biasa dan kasih sayang di antara adik beradik. Bridger digigit di […]
“Tolong Ambil Balik,” Penduduk Berang, Tampal Notis ‘Lost & Found’ Supaya Pemilik Kondom Terpakai Kutip Bawa Balik
Seorang penduduk di Bishan, Singapura telah mengemukakan beberapa notis untuk barangan yang ‘hilang dan dijumpai’, lapor portal Mothership. Barangan hilang yang dimaksudkan itu adalah kondom terpakai yang di definisikan sebagai ‘kecil, pendek dan sedih’. Menurut Stomp, notis tersebut telah disiarkan pada hari Selasa (12 Januari) di salah satu blok yang terletak di Bishan. Notis tersebut […]
(Video) Ada Kanak-Kanak Dalam Rumah, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Sekitar Kasut Undang Kerisauan
Satu rakaman video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook bernama WILD pastinya akan memberikan perasaan ngeri kepada anda. Video tersebut memaparkan penangkapan seekor ular yang berwarna hitam daripada kasut dan timbunan barangan lain. Menurut The Daily Telegraph, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Leppington, New South Wales, Australia pada 12 Januari lalu. Dalam kapsyen […]
Lelaki Dilapor Hampir Maut Akibat ‘Jangkitan Teruk’ Selepas Picit Jerawat Bawah Bibir
Seorang lelaki di China hampir menempah maut akibat jangkitan teruk selepas memicit jerawat yang terdapat di bawah bibirnya, lapor Daily Mail. Sejurus selepas memicit jerawatnya, lelaki yang berasal daripada Jiangsu, China itu mula mengalami demam, bengkak di bahagian mulut dan jangkitan yang kemudiannya merebak ke paru-larunya, lapor media tempatan. Pesakit yang kritikal itu turut didiagnos […]
Lelaki Ini Ubah ‘Style’ Anjing Pudel Peliharaanya Kepada Biri-Biri, Nampak Lucu Dengan Bulu Yang Lembut
Setiap anjing mempunyai pelbagai jenis spesies dan bulu. Ada anjing berbulu lebat, lurus dan keriting. Pemilik anjing dari Jepun ini mempunyai bulu jenis keriting yang disebut sebagai spesies anjing pudel. Penampilan anjing beliau kelihatan seperti normal namun beliau merasakan anjing miliknya harus diubah ‘style’ bulunya bimbang ia menyakitkan kerana bertambah lebat. Menurut pemilik anjing Yoriko […]
(Video) Lelaki Beritahu Isteri Ke Pontianak Naik Sriwijaya Air, Kantoi Rupanya Ke Pulau Bali Bercuti Bersama Skandal
Tindakan seorang lelaki yang sanggup menipu isteri dengan mengatakan bahawa dirinya terbang ke Pontianak akhirnya membawa padah. Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna bernama Thojenk, katanya dia memaklumkan isterinya bahawa akan ke lokasi tersebut dengan menaiki penerbangan kapal terbang Sriwijaya Air SJ 182. Bagaimanapun, musibah tidak diduga berlaku apabila pesawat tersebut dilaporkan […]
Tak Mampu Bayar Hutang Buat Tattoo, Lelaki Ini Dibalut Dengan Plastik Dan Diikat Pada Pokok
Baru-baru ini, gambar seorang lelaki yang tidak mamakai baju dan bertopi keledar dilaporkan dibalut dengan plastik lutsinar dan diikat di sebatang pokok menjadi tular di media sosial Vietnam. Dengan musim sejuk yang melanda negara berkenaan di bawah suhu 10 darjah Celsius, lelaki itu didakwa diikat di sebatang pokok beserta sehelai kertas yang tertulis “Saya benci […]
Dinyatakan Meninggal Dunia, Wanita Ambil Masa Tiga Tahun ‘Berjuang’ Buktikan Diri Masih Hidup
‘Berjuang’ seorang diri menegakkan kebenaran, seorang wanita Perancis akhirnya pergi ke mahkamah pada Isnin lalu untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa dia sebenarnya masih hidup. Jeanne Pouchain mengambil masa selama tiga tahun untuk sampai ke tahap tersebut setelah dia secara tidak disengajakan dinyatakan sudah mati. Menurut The Local, ‘kematiannya’ itu telah mengubah hidup wanita yang berusia […]
(Video) “Setelah Itu Tidak Ada Khabar Lagi,” Anak Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Berlepas Dikirim Ibunya, Mangsa Tragedi Sriwijaya Air
Satu video dipercayai suasana di dalam pesawat Sriwijaya Air SJ182 sebelum berlepas telah tular di media sosial, lapor Tribun News. Video tersebut dirakam oleh suami isteri yang kemudian dikirimkan kepada anaknya, Sri Wahyuni. Menerusi video itu, ibu bapa Sri Wahyuni iaitu Supianto dan Rusni merakamkan cuaca dari tingkap pesawat. Ketika itu, hujan dilihat sedang turun […]
Kontraktor Salah Turap Kerana Silap Alamat, Pemilik Rumah Dapat Jalan ‘Percuma’ Sampai Depan Pintu
Seorang pengguna Reddit yang dikenali sebagai purple-circle yang berasal dari barat Australia telah berkongsi kisahnya di mana dirinya mendapat laluan masuk kereta konkrit secara percuma. Difahamkan, dirinya tidak menempah atau mengupah mana-mana syarikat untuk membina laluan masuk konkrit atau laluan masuk yang lain. Hal ini dikatakan, dirinya hanya menghabiskan masa selama 10 jam di tempat […]
(Video) Gembira “Pregnancy Test” Tunjuk Hasil Positif, Lepas 9 Bulan Baru Tahu ‘Isi’ Dalam Kandungan Rupanya Bukan Bayi
Mengejutkan. Penantian selama sembilan bulan ketika tempoh ‘hamil’ dengan penuh teruja akhirnya membawa perkhabaran duka. Demikianlah yang dialami oleh seorang ibu ini apabila hasil pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan bahawa dia bukan mengandungkan zuriat, tapi ‘benda’ lain yang menumpang. Kisah tragis ini dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, diceritakan kembali dalam bentuk video dan dikongsikan melalui TikTok. […]
(Video) Reaksi Kucing Seakan Tergamam Apabila Tikus Sebesar Badannya Muncul
Kucing dan tikus sememangnya adalah musuh yang sering berbalah seperti contoh di dalam filem animasi Tom and Jerry yang kita tonton. Namun lain pula dengan satu video kiriman @AnimalsWorld di Twitter, tikus mempunyai saiz badan yang hampir sama dengan kucing. Dalam video itu, terlihat seekor kucing yang sedang santai berbaring merehatkan dirinya didatangi seekor tikus. […]

Kotak Hitam Pesawat Sriwijaya Air Ditemukan
JAKARTA, 12 Jan — Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini. Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata kotak hitam yang ditemukan itu adalah ” Flight Data Recorder” (FDR). FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera […]
Guna Cara Unik Untuk Mengelak Dari Jangkitan COVID-19, Lelaki Ini Nekad Pagar Rumah Dengan Zink
Seorang lelaki, Sabar Suharno berusia 46 tahun dilaporkan melakukan cara yang unik untuk mengelakkan diri dan keluarganya dari jangkitan wabak pandemik COVID-19 dengan memagar rumahnya menggunakan zink. Menurut laporan, lelaki itu melakukan tindakan memagar rumah dengan zink ekoran peningkatan kes wabak yang semakin hari semakin merisaukan. Bahkan, dirinya bimbang kerana anaknya bakal ke Kairo pada […]
Elak Jadi Mangsa Nafsu Lelaki, Wanita Apatani Sanggup Tutup Lubang Hidung Dan Tattoo Wajah
Kebanyakkan dari wanita di seluruh akan mengambil keputusan untuk belajar seni mempertahankan diri sebagai persediaan menghadapi dunia yang kian mencabar seperti silat, taekwando dan lain-lain lagi. Namun lain pula bagi wanita suku Apatani di India yang sanggup memburukan wajah mereka supaya tidak menjadi mangsa nafsu lelaki. Wanita Apatani ini dikatakan terkenal dengan kecantikan paras rupa […]
Jururawat Kuarantin Diri Dalam Karavan Selama 9 Bulan Demi Melindungi Ibunya Dari Wabak COVID-19
Seorang jururawat dilaporkan telah menjalani kuarantin di dalam karavan selama sembilan bulan demi melindungi ibunya daripada dijangkiti wabak COVID-19. Namun begitu, dirinya mendakwa berjaya kembali ke rumah bulan lalu setelah ibunya menerima suntikan vaksin COVID-19. Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Sarah Link dan suaminya, Gary tinggal di dalam karavan yang diparkir di laluan masuk kediaman […]