Berita›Luar Negara

Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung
Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki di Garut, Jawa Barat, menerima ugutan daripada keluarga ketua kampung susulan kritikannya terhadap keadaan jalan raya yang rosak teruk. Detik melaporkan lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa dia dimarahi dengan kata-kata kesat serta hampir dipukul selepas […]

Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026
Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026 Bermula tahun 2026 ini, kerajaan wilayah Pulau Bali merancang untuk menilai kemasukan pelancong antarabangsa berdasarkan kemampuan kewangan, tempoh penginapan dan jenis aktiviti yang ingin dilakukan, lapor Jakarta Globe. Pihak berkuasa menyatakan bahawa langkah ini bertujuan mengembalikan ketertiban dan memelihara kelestarian di salah satu destinasi pelancongan utama dunia. […]

Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara
Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan batu-batu besar dan lumpur yang dibawa arus memenuhi laluan jalan raya selepas banjir yang melanda di Kabupaten Kepulauan Sitaro, Wilayah Sulawesi Utara, lapor portal Kumparan. Dalam klip video berkenaan, menunjukkan bencana yang membawa batu dan lumpur itu turut […]

Trump Beri Amaran Kepada Presiden Colombia
Trump Beri Amaran Kepada Presiden Colombia Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran terus kepada Presiden Colombia susulan operasi ketenteraan AS yang menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dan membawa beliau keluar dari negara itu. Anadolu Agency (AA) melaporkan pada sidang media di Florida, Trump mengulas kenyataan Presiden Colombia, Gustavo Petro, yang menyatakan beliau tidak bimbang […]

Pesawat Buatan Indonesia Terlibat Dalam Operasi Rahsia AS Di Venezuela
Pesawat Buatan Indonesia Terlibat Dalam Operasi Rahsia AS Di Venezuela Sebuah pesawat buatan Indonesia, CN-235 dilaporkan digunakan dalam satu operasi ketenteraan rahsia Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada penahanan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, menerusi misi berprofil tinggi dikenali sebagai Operasi Absolute Resolve. Beritasatu melaporkan bahawa lebih 150 pesawat pelbagai jenis terlibat dalam operasi tersebut bagi […]

Trump Ancam Campur Tangan, Iran Isytihar Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’
Trump Ancam Campur Tangan, Iran Isytihar Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’ Protes besar-besaran yang hampir berlangsung seminggu telah menggugat Iran, mencetuskan pertembungan ganas dengan pasukan keselamatan dan mendorong Presiden Donald Trump mengancam campur tangan sekiranya tindakan penindasan berterusan, lapor NBC News. Protes yang bermula dengan rungutan ekonomi peniaga di Tehran dengan cepat merebak ke bandar-bandar terpencil […]

Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk
Kemunculan Lubang Benam Di Sumatera Barat Gusarkan Penduduk Penduduk di Jorong Tepi, Nagari Situjuah Batua, Sumatera Barat telah dikejutkan dengan kemunculan sebuah lubang benam gergasi di tengah sawah milik seorang penduduk di kawasan pertanian Pombatan. Menurut portal Detik, seorang penduduk mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan). Tambahnya, kejadian itu pertama kali […]

Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela
Zohran Mamdani Nyatakan Bantahan Terhadap Penahanan Presiden Venezuela Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, bersama beberapa pemimpin berhaluan kiri di negeri itu, mengecam keras tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, susulan penahanan pemimpin Venezuela, Nicolás Maduro, dan isterinya, Cilia Flores, oleh tentera AS. Lapor New York Post, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu tindakan […]

Trump Dakwa AS Akan Tadbir Venezuela
Trump Dakwa AS Akan Tadbir Venezuela Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Sabtu mendakwa bahawa AS akan ‘mentadbir’ Venezuela dan memanfaatkan rizab minyak negara itu selepas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ditahan dalam satu operasi ketenteraan mengejut di Caracas. Pengumuman Trump dibuat beberapa jam selepas serangan yang menyaksikan pasukan khas AS menahan Maduro dan isterinya ketika […]

Maduro Akan Dibawa Ke New York – Trump
Maduro Akan Dibawa Ke New York – Trump Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, dan isterinya telah dibawa keluar menggunakan helikopter ke sebuah kapal, dan akan dibawa ke New York untuk menghadapi pertuduhan persekutuan, lapor AFP “Mereka berada di atas sebuah kapal dan akan dibawa ke New York. Helikopter telah […]

Trump Dakwa Presiden Venezuela Ditangkap Dalam Serangan AS
Trump Dakwa Presiden Venezuela Ditangkap Dalam Serangan AS CARACAS — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa bahawa pasukannya telah berjaya menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan ke atas negara Amerika Selatan itu, lapor AFP. “Amerika telah berjaya melaksanakan serangan skala besar ke atas Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro yang bersama isterinya, […]

Venezuela Tuduh AS Lancar Serangan, Letupan Gegarkan Caracas
Venezuela Tuduh AS Lancar Serangan, Letupan Gegarkan Caracas CARACAS — Kerajaan Venezuela menuduh Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan selepas letupan menggegarkan ibu negara Caracas pada awal pagi Sabtu, susulan tekanan berbulan-bulan yang dijalankan oleh Presiden Donald Trump, lapor AFP. Menurut laporan media, letupan itu disertai dengan bunyi kapal terbang di bandar berkenaan, kedengaran sekitar jam […]

Lebih 43,000 Gempa Bumi Dicatat Di Indonesia Pada 2025
Lebih 43,000 Gempa Bumi Dicatat Di Indonesia Pada 2025 Aktiviti seismik di Indonesia diklasifikasikan sebagai sangat tinggi sepanjang tahun 2025, lapor Berita Satu. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan bahawa sebanyak 43,439 gempa bumi di pelbagai wilayah negara itu telah direkodkan sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah itu, kebanyakannya adalah gempa bumi bermagnitud kecil. BMKG […]

Prabowo Dedah Ada Pihak Mahu Beli Lumpur Banjir Sumatera
Prabowo Dedah Ada Pihak Mahu Beli Lumpur Banjir Sumatera JAKARTA — Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan lumpur pasca banjir di Sumatera, terutamanya di Aceh, diminati oleh pihak swasta, lapor Kompas.com Beliau menyatakan perkara itu selepas menerima laporan daripada ketua daerah berhubung maklumat berkenaan. Tambahnya, beliau turut mengalukan jika lumpur tersebut ingin dijual oleh kerajaan tempatan. […]

Prabowo Jelaskan Kenapa Kerajaan Tak Isytihar Status Bencana Nasional Di Sumatera
Prabowo Jelaskan Kenapa Kerajaan Tak Isytihar Status Bencana Nasional Di Sumatera Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menjelaskan kenapa kerajaan tidak mengisytiharkan status darurat bencana nasional di Sumatera selepas masih ada pihak yang mempersoalkan perkara tersebut. Memetik Kompas.com, Prabowo menekankan bahawa Indonesia masih mampu menangani tiga wilayah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh. Beliau mengulas mengenai […]

Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia
Malaysia Penyumbang Terbesar Pelancong Ke Indonesia Malaysia menjadi penyumbang terbesar iaitu 17 peratus daripada jumlah keseluruhan kunjungan pelancong ke Indonesia. Memetik laporan CNBC Indonesia, membeli-belah merupakan salah satu tarikan penting membuatkan ramai pelancong dari Malaysia berkunjung ke Indonesia. Menteri Pelancongan, Widiyanti Putri Wardhana berkata jumlah kunjungan pelancong antarabangsa ke Indonesia menunjukkan peningkatan pada tahun 2025. […]

Sambutan Tahun Baharu Bertukar Tragedi, 40 Terkorban Dalam Kebakaran Bar Di Switzerland
Sambutan Tahun Baharu Bertukar Tragedi, 40 Terkorban Dalam Kebakaran Bar Di Switzerland Sekitar 40 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam kejadian kebakaran besar di sebuah bar di bandar peranginan ski mewah Switzerland, Crans-Montana, pada awal pagi Khamis. Menurut laporan AFP, pengunjung pada ketika itu sedang menyambut ketibaan Tahun Baharu. Orang awam yang […]

41 Pemuda Dilapor Meninggal Dunia Selepas Berkhatan
41 Pemuda Dilapor Meninggal Dunia Selepas Berkhatan Sekurang-kurangnya 41 pemuda dilapor meninggal dunia selepas menjalani prosedur berkhatan mengikut kaedah tradisional yang dijalankan di Afrika Selatan pada November hingga Disember lalu. Menurut Daily Mail, berkhatan merupakan amalan tradisional sebagai tanda peralihan ke alam dewasa bagi remaja dan diamalkan setiap tahun oleh pelbagai kumpulan etnik di Afrika, […]

Gadis Maut Ketika Jalani Ritual Halau Roh Jahat
Gadis Maut Ketika Jalani Ritual Halau Roh Jahat Seorang ibu di China telah dikenakan hukuman penjara selepas didakwa membunuh anak perempuannya ketika melakukan ritual menghalau roh jahat, lapor South China Morning Post. Susulan kejadian itu, mahkamah di wilayah Guangdong menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap wanita yang dikenali sebagai Li pada Julai lalu. Turut menerima […]

CEO Fibrebond Kongsi RM974 Juta Bonus Kepada 540 Pekerja
CEO Fibrebond Kongsi RM974 Juta Bonus Kepada 540 Pekerja Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fibrebond, Graham Walker telah meraih perhatian dunia selepas berkongsi $240 juta (kira-kira RM974 juta) dalam bentuk bonus kepada 540 pekerja sepenuh masa susulan penjualan syarikat itu kepada Eaton Corporation. Menurut laporan Express UK, syarikat yang berpangkalan di Louisiana, Amerika Syarikat itu […]