Berita›Tragedi

Berita
Lelaki Maut, Rakan Parah Dilanggar Ketika Tukar Tayar
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika kedua-duanya dipercayai sedang menukar tayar kereta di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (Arah Skudai), semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.15 pagi dengan […]
Berita
Dua Wanita Lalui Detik Cemas Dipanah Petir Ketika Daki Gunung, Alami Pendarahan & Tak Sedarkan Diri
Dua orang pendaki wanita dilapor telah dikejarkan ke hospital setelah dipanah petir ketika berada di atas sebuah gunung di Wales. Menurut Daily Mail, nasib dua orang pendaki di gunung Snowdon itu sememangnya tidak baik kerana cuaca buruk yang melanda di wilayah itu pada petang semalam. Anggota penyelamat mengatakan bahawa ketika berada di puncak setinggi 3,560 […]
Luar Negara
(Video) ‘Dicabar’ Bunyi Bising & Hon Kereta, Gajah Mengamuk Pijak Budak Sampai Maut
Seorang kanak-kanak lelaki dilapor maut akibat dipijak gajah yang dipercayai ‘naik minyak’ dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Letekujan dalam wilayah Assam, India baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video, pada awalnya gajah-gajah tersebut menyeberangi sebatang jalan kampung secara berkumpulan, dipercayai ingin ke kawasan kebun di seberang. Bagaimanapun ketika itu, ramai penduduk kampung berada di jalan […]
Berita
(Video) Pesawat Peribadi Terhempas Di Amerika, Semua 3 Penumpang Maut, Tular Rakaman Api Marak Kejadian
Sebuah pesawat peribadi dilapor terhempas di Lake Tahoe, California di Amerika Syarikat, petang Isnin waktu tempatan. Kejadian berkenaan menyebabkan kesemua 3 penumpang terkorban. Menurut Daily Mail UK, satu rakaman api marak dipercayai akibat impak ketika terhempas turut tular di media sosial. Kemalangan berkenaan dikatakan berlaku di kawasan hutan kecil dan api yang terhasil turut menyebabkan […]
Berita
(Video) Asap Tebal Penuhi Langit, ‘Ancaman Melampau’ Setelah Letupan Di ‘Tapak Kimia’, Seorang Dilapor Maut
Letupan yang berlaku di sebuah taman kimia telah menggegarkan bandar Leverkusen di Jerman Barat pada Selasa dan menyebabkan udara di bandar itu tercemar serta dipenuhi ‘awan’ hitam besar. Menurut Daily Mail, tragedi itu berlaku di bahagian laman tempat pembakaran sampah iaitu kira-kira 20 kilometer (13 batu) utara Cologne di sungai Rhine. Letupan itu telah menyebabkan […]
Berita
Pilu, Ibu Dan Bayi Enam Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Buah Kereta
Satu kemalangan jalan raya dilaporkan telah berlaku di Ladang CEP Simpang Renggam pada petang tadi dan menyebabkan dua kematian melibatkan seorang perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan. Lebih memilukan, mangsa yang maut merupakan seorang ibu dan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan, lapor Kosmo. Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di […]
Berita
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu […]
Berita
“Kepala Bayi Dah Nak keluar Ni,” Anggota Bomba Jadi ‘Bidan’ Sambut Kelahiran Bayi Di Balai Bomba
SHAH ALAM, 25 Julai – “Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini. Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat […]
Berita
Lelaki Disambar Api Lompat Pagar Kedai Minta Tolong
GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh yang badannya melecur teruk akibat disambar api setelah terlibat dalam kebakaran terpaksa melompat pagar sebuah rumah bagi meminta bantuan di Jalan Penang di sini hari ini. Mangsa yang berusia 40-an itu berlari keluar dari rumah kedai dua tingkat yang terbakar bagi meminta tolong sebelum orang awam […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Maut Dipatuk Ular
SEREMBAN, 24 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun lima bulan maut setelah dipercayai dipatuk ular semasa bermain di dalam rumah di Kampung Seberang Batu Hampar, di Rembau, semalam. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad sedang bermain dengan abangnya berusia tiga […]
Berita
Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Di Kampar
IPOH, 23 Julai (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak di Kampar, 40 kilometer dari sini, tengah malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an manakala isterinya Ngah Dimah Tamin berumur 60-an […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Dua Tahun Ditemukan Lemas Di Tawau
TAWAU, 22 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di kawasan sungai Kampung Kuala Apas di sini, tengah hari tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa ditemukan pada 12.25 tengah hari oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius […]
Luar Negara
(Video) Detik-detik Puting Beliung ‘Serang’ Bandar Hebei Di China, Dua Penduduk Dilapor Terkorban
Sekurang-kurangnya dua orang penduduk kampung dilaporkan telah terkorban dalam kejadian angin puting beliung yang melanda daerah Qingyuan di Baoding, Wilayah Hebei, China pada petang Rabu. Menurut China Daily, puting beliung melanda kampung Donglyu sekitar jam 5 petang disusuli oleh ribut dan hujan batu selama lebih kurang 30 minit. Kerajaan tempatan telah menghantar pasukan penyelamat termasuk […]
Berita
(Video)”Masa Adalah Nyawa,” Penumpang Cerita Detik Cemas Terperangkap Dalam Tren Ketika Banjir, 15 Minit Air Sampai Paras Leher
Bagi para penumpang yang terperangkap dalam kereta api bawah tanah di Zhengzhou pada Selasa lalu, mereka bagaikan berlumba dengan masa. Hidup dan mati mereka bergantung kepada kepantasan pasukan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang semakin cemas menyaksikan peningkatan air dalam tempoh yang singkat. Dalam hanya 15 minit sahaja, air dari paras dada menaiki hingga ke leher […]
Berita
(Video) Cemas, Pemandu Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir ‘Mengganas’, Puluhan Kereta Dilihat Hanyut, Tenggelam
Lantaran hujan lebat pada Selasa, wilayah Henan kini berhadapan banjir besar yang menenggelamkan beberapa bandar di wilayah tersebut, lapor Newsweek.com. Hujan lebat di wilayah ketiga terbesar di China itu dilaporkan menyebabkan air sungai melimpah sehingga memenuhi jalan raya di puluhan bandar tempatan. Beberapa rakaman menunjukkan situasi cemas turut tular di media sosial di mana para […]
Berita
(Video) Hilang Beberapa Saat Dalam Arus Kuat, Detik Cemas Wanita Hampir Hanyut, Hanya Berpaut Pada Tali
Wilayah Henan di China kini berdepan musibah banjir dan sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan maut dalam banjir terburuk dalam 1000 tahun seperti yang dikatakan oleh media negeri itu. Ekoran banjir yang melanda wilayah itu, banyak foto dan video yang dikongsikan di media sosial yang memaparkan detik-detik cemas mangsa banjir untuk menyelamatkan diri. Antara salah satunya […]
Berita
(Video) Kasihnya Si Ibu, Tercedera Ketika Jadi ‘Benteng’ Lindungi Anak Dari Angin Kencang, Skuter Dinaiki Terbalik Ditolak Angin
Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu yang sanggup menggunakan dirinya sebagai perisai untuk melindungi si anak dari bahaya. Baru-baru ini di China, seorang wanita dirakam melindungi anaknya daripada angin kuat yang menyerang kawasan tersebut, lapor South China Morning Post. Dalam video itu, kelihatan skuter dinaiki mereka terjatuh kesan daripada angin kuat, manakala sebuah lori di […]
Berita
(Video) Cemas, Penumpang Dalam Ketakutan, Terperangkap Dalam Tren Bawah Tanah, Air Banjir Naik Ke Paras Bahu
Ratusan penumpang berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam keretapi bawah tanah yang dinaiki banjir sehingga ke paras bahu di China. Lapor The Sun UK, pasukan penyelamat telah menemui tiga mayat pekerja dalam terowong yang masih dalam pembinaan sementara 11 lagi masih terperangkap sejak Selasa di selatan negara tersebut. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat […]
Berita
Empat Bilik Asrama Pelajar UUM Terbakar
ALOR SETAR, 20 Julai (Bernama) — Empat bilik asrama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di tingkat tiga bangunan asrama itu terlibat dalam kebakaran pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.55 pagi, dan […]
Berita
Kapal Korek Terbakar, Kesemua 11 Kru Selamat
SHAH ALAM, 19 Julai – Sebuah kapal korek MV SHI XIAN 156 telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada jam lebih kurang 12.48 tengah hari tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata sebaik menerima aduan, bot Maritim […]