Berita›Tragedi
(Video) Detik-detik Banjir Lumpur Deras Akibat Tanah Runtuh & Hujan Lebat Hanyutkan Berdozen Rumah Di Jepun, 19 Dikhuatiri Hilang
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan hilang, dipercayai terperangkap dalam kejadian banjir lumpur akibat tanah runtuh dahsyat berpunca daripada hujan lebat di wilayah Atami, Barat Tokyo, lapor Sky News. Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan, kejadian banjir lumpur berkenaan berlaku awal pagi waktu tempatan. Laporan yang sama juga menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih dari sedozen […]

(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar
Sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi ‘lautan api’ apabila saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup dalam satu kejadian semalam. Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak Petroleus Mexicanos (Pemex), ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut tersebut. Kebakaran berskala besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak Ku […]
Penyelam Skuba Ditemukan Lemas Di Pulau Perhentian
PASIR PUTEH, 1 Julai (Bernama) — Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu, dalam kejadian petang tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat mangsa Mohamad Abbass Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 2.40 petang. Beliau berkata […]

(Video) Leka Bergambar Atas Batu Tepi Laut, Sekali Ombak Datang ‘Badai’ Permukaan
Pasangan pelancong di Pulau Dirk Hartog dilaporkan telah dibasahi gelombang besar yang muncul ketika mereka sedang leka menangkap gambar Instagram yang sempurna sambil duduk di atas batu, Selasa lepas (29/6). Menurut Daily Mail, pasangan itu menjelajah ke pulau yang merupakan tempat pelancongan terkenal di Shark Bay, Australia Barat lalu memutuskan untuk mengambil gambar. Jelas mereka, […]
Purata Dua Kes Bunuh Diri Berlaku Setiap Hari Dari 2019 Hingga Mei 2021, Masalah Duit Dan Tekanan Antara Punca
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan makluman statistik kes bunuh diri, pagi tadi. Kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes. Manakala pada tahun 2020 sebanyak 631 kes dan bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 pula berjumlah 468 kes. […]

(Video) Detik Cemas Kereta Seakan Hilang Kawalan Rempuh Pam Minyak Sebelum Terbakar
Situasi mimpi buruk telah terakam dalam video apabila sebuah kereta yang terkeluar dari jalan raya California merempuh stesen minyak tempatan dan menyebabkan salah satu pam petrol meletup. Kejadian dramatik itu berlaku di Ceres, California, kira-kira 80 batu di selatan Sacramento, pada Ahad lepas, lapor portal Fox32chicago. Menurut sumber, sebuah kereta Sedan merah yang hilang kawalan […]

“Bila-Bila Masa Akan Meletup,” Tak Perasan Paip Gas Bocor, Api Dah Sambar Tong Gas, Ini Anda Perlu Buat
Tindakan pantas oleh seorang lelaki menyelamatkan anak dan isterinya ketika api sedang marak di dapur berpunca daripada kebocoran gas di kediamannya. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan selepas lelaki menggunakan cara yang betul untuk memadam kebakaran tersebut. Oleh itu, setiap orang perlu pastikan keadaan gas di rumah anda selamat untuk digunakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak […]
Kapal Senget Sebelum Tenggelam Di Selat Bali, Mangsa KMP Yunice Kongsi Detik Cemas
Malam semalam, berlaku satu tragedi hitam di Indonesia apabila kapal penumpang KMP Yunice tenggelam di perairan Bali. Tragedi itu telah mengakibatkan enam nyawa terkorban, selain 47 lagi ‘hampir maut’. Dalam masa sama, ada beberapa mangsa turut dilapor hilang dan masih dalam pencarian, selebihnya telah diselamatkan dan dibawa ke Pelabuhan Ketapang di Bayuwangi. Justeru, antara mangsa […]

(Video) “Dengar Ada Budak Jerit Minta Tolong,” Tong Gas Rumah Jiran Terbakar, Tindakan Pantas Lelaki Ini Selamatkan Keadaan
Tatkala kita sibuk menguruskan hal rumah pada musim pandemik ini, sebagai jiran yang bertanggungjawab sentiasalah pantau keadaan jiran terdekat disekeliling rumah. Bukan apa, risau ada sesuatu kecemasan yang berlaku. Ada satu kejadian di sebuah pangsapuri di mana, ada berlaku kebakaran di rumah tersebut dan ada suara anak kecil meminta pertolongan. Mujur, ada jira yang sangat […]

Kisah Misteri Putroe Neng, 99 Orang Suaminya Meninggal Dunia Saat Malam Pertama Kecuali Lelaki Ke-100
Indonesia mempunyai pelbagai kisah perjuangan yang menarik. Bukan sahaja sang lelaki yang menjadi pahlawan, malah ada juga pejuang tanah bangsa yang dianggotai oleh kaum wanita seperti Cut Nyak Dien dan Cut Matia di Aceh. Seorang lagi pahlawan Aceh yang dikenali ialah Putroe Neng. Mengimbas sejarah, Putroe Neng atau nama asalnya Nian Nio Lian Khie merupakan […]
Lebih 880 Orang Awam Maut, 126 Dihukum Mati Sejak Rampasan Kuasa Di Myammar
NEW YORK, 30 Jun (Bernama)- Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik. “Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan. “Selain […]

24 Tahun Berlalu, Bomba Malaysia Bantu Negara Indonesia Padam Kebakaran Hutan Di Sumatera Selatan
Masihkah kita ingat kembali satu peristiwa yang berlaku di negara jiran sehingga memberi impak yang dashyat kepada beberapa negara lain termasuklah Malaysia? Ya, pada tahun 1997 hingga 1998, kejadian kebakaran hutan secara terbuka di Bayung Lincir, Selatan Sumatera. Peristiwa ini telah mengimbau kembali saat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertungkus lumus mencurah bakti bersama-sama pasukan […]

Lelaki Tolak Isteri & 2 Anak Perempuan Ke Dalam Perigi Kerana Berang Tak Dapat Anak Lelaki
INDIA- Seorang lelaki dilaporkan menolak isteri dan dua anaknya ke dalam perigi. Pelaku, Raja Bhaiya Yadav, 42 tahun berasal dari Chhaterpur, Madhya Pradesh, India. Akibat perbuatannya, salah seorang anaknya yang berusia lapan tahun mati, lapor Hidustan Times. Dilaporkan, pelaku berbuat demikian kerana isterinya gagal memberikannya anak lelaki. Menurut Kompas.com, isteri dan dua anaknya tinggal sementara […]
Belon Panas Pecah, 5 Penumpang Termasuk Pengemudi Maut
MEXICO- Kesemua mangsa yang menaiki belon panas maut kerana belon panas pecah di New Mexico, lapor pihak berkuasa negeri pada 27 Jun. Susan Montoya, 65 tahun, John Montoya, 61 tahun dan pengemudi Nicholas Meleski, 62 tahun antara mangsa kejadian, lapor Albuquerque Journal. Manakala dua mangsa lagi, Martin Martinez, 59 tahun bersama isterinya Mary, 62 tahun […]

(Video) TERKINI: Kapal Bawa 41 Penumpang & 12 Kru Tenggelam Di Selat Bali, 6 Dilapor Maut
Sebuah kapal yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal tenggelam di Selat Bali, Indonesia, lapor Bernama. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada arus kuat, menyebabkan kapal berkenaan hanyut sebelum tenggelam. Sehingga jam 10 malam waktu tempatan, seramai 47 orang berjaya diselamatkan manakala enam ditemui terkorban, tulis Bernama. Sementara itu menurut CNN Indonesia, kapal tersebut dalam […]
Tiga Beranak Maut, Kenderaan SUV Bertembung Bas
DUNGUN, 29 Jun (Bernama) — Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) berhampiran Bandar Ketengah Jaya, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 3.10 petang mangsa, Mohd Zuki Yusof, 44, yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 dan isterinya […]
Insiden Tertukar Bayi Boleh Tinggal Kesan Trauma – Pakar
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Insiden tertukar bayi ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai berlaku akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, boleh meninggalkan kesan trauma emosi serta mengganggu tingkah laku, bukan sahaja kepada ketiga-tiga mangsa tetapi juga kedua-dua keluarga terlibat. Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Siti Fatimah Abdul […]

(Video) Asap Hitam Penuhi Ruang Langit, Saksi Kata Nampak Letupan ‘Bebola Api’ Ketika Stesen Kereta Api Terbakar
Satu letupan besar dilaporkan berlaku berhampiran satu stesen kereta api di selatan London, lapor Mirror UK. Menurut portal itu, saksi di tempat kejadian mendakwa melihat letupan bebola api berlaku di lokasi kejadian. Rakaman yang tular di media sosial hari ini menunjukkan asap hitam memenuhi ruang udara di stesen berkenaan. Lapor portal itu, sebanyak 10 jentera […]
Lelaki Tidak Mahu Ditegur Tetak Rakan Serumah
JOHOR BAHRU, 28 Jun – Gara-gara tidak mahu menerima teguran supaya memperlahankan suara, seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak menetak rakan serumah menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala, dalam kejadian di Taman Nusa Bestari, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan itu pada pukul 5.15 petang […]

Ayah Jatuh Sakit Apabila Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya – Noratirah
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu. Tambahan lagi, ‘ayah’ yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada […]