Berita›Tragedi

Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi
Kain Kafan Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi Lima termasuk tiga jenazah yang masih berkain kafan terpaksa dikebumikan semula akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus pagi tadi. Menurut laporan Sinar Harian, salah satu jenazah masih berada dalam keadaan yang baik biarpun telah dikebumikan 12 tahun yang lalu. Perkara tersebut disahkan […]

Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda
Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda KUALA LUMPUR, 22 November (Bernama) — Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi. Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 221 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), […]

Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam
Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam Empat nelayan warga Indonesia diselamatkan YouTuber yang sedang memancing di perairan berdekatan Pulau Jarak pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, YouTuber CHAI Fishing, Mohd Khushairi Mohd Zuki bersama rakan menemui keempat-empat mangsa terapung di tengah laut sedang melambai ke arah mereka […]

Lapan Maut Dalam Kemalangan Di Sarikei
Lapan Maut Dalam Kemalangan Di Sarikei SIBU, 21 November (Bernama) — Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei–Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata kesemua mangsa yang maut menaiki Perodua Alza manakala pemandu dan penumpang […]

Mangsa Kemalangan IOI Putrajaya Hafiz Dan Imam Sambilan
Mangsa Kemalangan IOI Putrajaya Hafiz Dan Imam Sambilan PUTRAJAYA, 21 November (Bernama) — Seorang daripada tiga yang maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, di sini, tengah malam tadi, merupakan seorang hafiz dan selalu dilantik menjadi imam di surau di sekitar tempat tinggalnya. Reda dengan pemergian Muhammad Danial Mohd Nuzi, bapanya Mohd Nuzi Tamli, 57, berkata […]

Tiga Beranak Maut, Bayi Setahun Selamat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya DUKE
Tiga Beranak Maut, Bayi Setahun Selamat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya DUKE KUALA LUMPUR, 21 November (Bernama) — Seorang bayi lelaki selamat namun tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 arah Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa seorang lelaki […]

Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong
Bomba Selamatkan 40 Mangsa Termasuk 21 Kanak-Kanak Terperangkap Kepala Air Di Dabong KOTA BHARU, 21 November (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Dabong menyelamatkan seramai 40 yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, petang ini. Komander Operasi Mohd Aiman Aminuddin berkata mangsa terdiri daripada 21 kanak-kanak dan 19 orang […]

Warga Emas Lemas Ketika Memukat Ikan
Warga Emas Lemas Ketika Memukat Ikan KUALA BERANG, 20 November (Bernama) — Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata polis menerima laporan daripada orang awam pada 9.40 […]

Mangsa Dirempuh Kereta Api Hantar Anak Ke Sekolah Berjalan Kaki Setiap Hari
Mangsa Dirempuh Kereta Api Hantar Anak Ke Sekolah Berjalan Kaki Setiap Hari PUTATAN, 19 November (Bernama) — Mangsa yang maut dirempuh kereta api Allahyarhamah Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas. Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarhamah berkata setiap hari Lena […]

Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar
Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar JOHOR BAHRU, 16 November (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar […]

Mayat Wanita Ditemukan Terapung Di Taiping
Mayat Wanita Ditemukan Terapung Di Taiping IPOH, 16 November (Bernama) — Mayat seorang wanita ditemukan terapung di lombong Tekah Permai, Taiping, dekat sini hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 9.13 pagi hasil maklumat polis. “Mangsa merupakan seorang […]

Tragedi “Water Rafting”: Mangsa Petugas JKR SPT Dan Langkawi – Polis
Tragedi “Water Rafting”: Mangsa Petugas JKR SPT Dan Langkawi – Polis KAMPAR, 15 Nov (Bernama) — Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad […]

Tiga Lemas Semasa Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Kampar
Tiga Lemas Semasa Aktiviti “Water Rafting” Di Sungai Kampar GOPENG, 15 November (Bernama) — Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan lemas di Sungai Kampar di sini selepas dibawa arus deras akibat hujan lebat ketika melakukan aktiviti “water rafting” petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata seorang mangsa lelaki dan […]

Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia
Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin yang berlaku pada 29 September lalu telah meninggal dunia pada Isnin, lapor Sinar Harian. Anak keempat daripada lima beradik, Izni Shafiqah Abu Zaini, 28 tahun disahkan meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) […]

Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut
Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut Shah Alam — Seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun dilaporkan maut selepas dilanggar kereta sewaktu melintas jalan, pada Isnin. Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 60.5 Jalan Klang-Teluk Intan di sini. Difahamkan, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kedai makan berdekatan sewaktu kejadian […]

Dua Kilang Papan & Besi Musnah Dalam Kebakaran
Dua Kilang Papan & Besi Musnah Dalam Kebakaran Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina, Sungai Buloh musnah akibat kebakaran pada pagi Rabu, lapor Sinar Harian. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut sekitar jam 6.36 pagi. […]

Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai, Mayat Lelaki Ditemukan
Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai, Mayat Lelaki Ditemukan KOTA BHARU, 2 November (Bernama) — Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata berdasarkan maklumat diterima, pihaknya telah pergi ke […]

Mayat Lelaki Lemas Di Pantai Berhampiran Pasar Bisik Ditemukan
Mayat Lelaki Lemas Di Pantai Berhampiran Pasar Bisik Ditemukan SUNGAI PETANI, 29 Okt (Bernama) — Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai lemas dibawa arus ketika menunggu bot nelayan di pantai berhampiran Pasar Bisik, Kota Kuala Muda di sini Ahad lepas ditemukan orang awam, pada kira-kira 11.50 pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat […]

Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan
Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan KUALA BERANG, 26 Oktober (Bernama) — Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing semalam, selamat dikebumikan pagi tadi. Jenazah Mohd Junaizi Jusoh, 48, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama anaknya Muhammad Fakrul Danish, 20. Manakala isteri Mohd Junaizi, Shazwani […]

Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan
Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan KUANTAN, 26 Okt (Bernama) — Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan merempuh jentera pengorek tanah berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10, Jalan Kuantan-Maran di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP […]