Berita›Tragedi

Jururawat Maut Kereta Dipandu Bertembung Dengan Pacuan Empat Roda
Beaufort: Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu. Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam […]

Anak Isteri Terpelanting, Kereta Melambung & Berpusing 5 Kali, Kereta Dirempuh Dari Belakang
Empat beranak hampir menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh oleh kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu. Lebih malang, kejadian tersebut didakwa merupakan insiden langgar lari kerana kenderaan yang merempuh mereka telah didakwa telah hilang sejurus kejadian berkenaan. Menerusi perkongsian oleh Abdul Azim, beliau tampil menceritakan detik cemas yang menimpa […]
Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Dalam Perjalanan Ke Klinik
Langkawi: Seorang lelaki yang sedang menuju ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan, maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Kampung Teluk Ewa, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu menyebabkan Mohammad Rosidi Rohim, 29, maut di tempat kejadian manakala ibunya Che […]
Tiada Sambutan Aidilfitri, Rumah Rosak Akibat Banjir Kilat
IPOH, 17 Mei — Sudahlah Hari Raya kali ini tidak lengkap tanpa semua anak di sisi susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lebih menyedihkan apabila rumah pula rosak akibat banjir kilat ekoran hujan lebat, petang semalam. Demikian nasib yang menimpa ibu kepada enam cahaya mata, Saniah Ahmad Wadi, 70, yang terpaksa melupakan hasrat menyiapkan tempahan […]
Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Lemas Di Kolam Ikan
DUNGUN, 16 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Jalan Santong, Paka, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Nur Ara Rasha Abdul Aziz ditemui dalam keadaan kepala menjunam ke dalam air di kolam ikan itu, yang terletak kira-kira 15 meter […]
Pemain Bola Sepak Turki Bunuh Anak, Mengaku Sebab Dah Tak Sayang
Seorang pemain bola sepak Turki didakwa membunuh anaknya sendiri kerana dikatakan kerana tidak ada perasaan sayang lagi kepada anak itu. Cevher Toktas yang berumur 32 tahun membunuh anaknya yang berusia 5 tahun dengan menekup bantal pada muka sehingga mati. Pada 23 April yang lepas, Cevher membawa mangsa ke sebuah hospital kerana mangsa mengalami simptom demam […]

Seorang Pemuda Maut, Kereta Lawan Arus Rempuh 2 Penunggang Motosikal
BUTTERWORTH, 15 Mei – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini. Dalam nahas pada 10.35 pagi itu, Mohamad Hafiz Bakri, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di […]
Duka Waktu Berbuka, Kanak-kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan. Beliau berkata kejadian berlaku […]

Juruterbang Wanita Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan Covid-19 Ke Indonesia Terhempas
Seorang juruterbang Amerika maut apabila pesawat yang dibawanya tidak berfungsi semasa dalam perjalanan untuk menghantar alat ujian pengesanan Covid-19 atau ‘rapid test kit’ di sebuah kampung terpencil di Indonesia, menurut satu kenyataan. Mangsa, Joyce Lin, berusia 40 tahun yang juga pakar teknologi maklumat yang berkhidmat di Mission Aviation Fellowship (MAF), dilaporkan baru sahaja berlepas pada […]
Disangka Pistol Mainan, Adik Tak Sengaja Tertembak Abang Hingga Maut
Siapa yang menyangka, satu pistol mainan yang dijumpai berakhir dengan tragedi apabila abangnya mati ditembak oleh adiknya sendiri. Adrian Weaver yang berumur 12 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dadanya selepas tidak sengaja ditembak adiknya. Insiden tersebut berlaku di Griffin, Georgia pada 9 Mei yang lepas. Polis memberitahu, sebelum insiden tersebut berlaku, […]
Gadis Kongsi Pengalaman Ayahnya Terjun Udara, Ada Rakan Terkorban Sebab Payung Terjun Tak Terbuka
Sebelum ini pasti kita sering mendengar kisah-kisah individu yang maut ketika membuat aksi lasak, bukan? Ada yang terkorban semasa melakukan lompatan tinggi, ada yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelam, malah tidak kurang juga, ada yang terkorban ketika membuat terjunan tinggi menggunakan payung terjun. Rata-ratanya berakhir dengan kematian kerana impak nahas tersebut berada pada kadar […]
Dua Bayi Baru Lahir Dilaporkan Antara Mangsa Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Kabul
Satu kejadian tembakan rambang dilaporkan telah berlaku di sebuah hospital bersalin di Kabul, Afghanistan yang dipercayai telah membunuh 16 orang termasuk dua orang bayi yang baru dilahirkan, ibu mereka dan jururawat yang tidak dapat dipastikan bilangannya. Gambar-gambar dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan dua anak kecil terbaring di dalam hospital. Manakala, gambar dikongsikan itu juga menyaksikan […]
(Video) Pemandu Disyaki Mabuk & Rempuh Polis Hingga Maut Dihadapkan Ke Mahkamah, Hadapi 4 Pertuduhan
Lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam Sekatan Jalan Raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 3 Mei lalu, tiba di Mahkamah Kajang hari ini untuk menghadapi empat pertuduhan. Laporan lanjut akan menyusul. https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/2720035954950131/?v=2720035954950131 Lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk & […]

Seorang Maut, Lima Cedera Kemalangan Bas Bertembung Dua Kereta
ALOR GAJAH, 12 Mei – Seorang maut manakala lima lagi cedera termasuk dua penumpang bas, dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan dua kereta di Jalan Kemuning Pulau Sebang di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata, mangsa yang maut dalam kejadian 1.30 petamg tadi ialah pemandu Proton Persona Rozila Mamat, 49, […]

Penjual Roti Mengaku ‘Simpan’ Mayat Wanita Dalam Rumah Untuk Temankan Isteri
Seorang tukang penjual roti mengaku menyimpan kubur seorang wanita di dalam rumahnya setelah ‘dikantoikan’ oleh isterinya. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di , Kabupaten Bogor. Dalam masa yang sama, si isteri pelaku melarikan diri dan meminta bantuan kepada orang kerana dia mendakwa suaminya menanam seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun di belakang rumah mereka. Menurut […]

5 Hari ‘Bertarung Nyawa’, Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal
PUTRAJAYA, 12 Mei – Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meninggal dunia awal hari ini, selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Konstabel Muhammad Naim Ahmat Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7, terbabas dan hilang kawalan ketika menunggang motosikal di […]
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid Ketika Cari ‘Line’ Internet
Seorang pelajar berusia 25 tahun dari Universiti Hasanuddin di Makassar, Indonesia disahkan meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat dua masjid di kampungnya ketika mencari isyarat internet. Polis tempatan memberitahu bahawa mangsa cuba mencari isyarat internet untuk menyiapkan tugasan tesis. Mangsa jatuh pada Rabu (6 Mei) malam dan disahkan meninggal dunia pada Khamis (7 Mei) keesokkan […]
100 Rumah Di Teluk Kumbar Dilanda Banjir Kilat
BALIK PULAU, 11 Mei — Hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan di Pulau Pinang malam tadi menyebabkan 100 buah rumah di sekitar kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Ara, dekat sini dilanda banjir kilat, lewat semalam. Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan, dalam kejadian banjir kilat yang bermula kira-kira pukul 10.30 malam […]

Dua Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Kemalangan Di PLUS
JOHOR BAHRU, 10 Mei — Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi. Lebih menyayat hati, kemalangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu […]
Pacuan Empat Roda Terbakar, Dua Rentung Di Bintulu
BINTULU,9 Mei (Bernama) — Dua lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 30 Jalan Tatau, Merit berdekatan Jambatan Sungai Adai, dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.00 petang […]