Berita

Ngeri, Tular Rakaman Lelaki Sembelih Pelajar Wanita Di Mesir, Dipercayai Kerana Cintanya Ditolak
Baru-baru ini tular satu rakaman ngeri dan mengejutkan ramai pihak apabila seorang lelaki bertindak sembelih seorang wanita, pelajar di sebuah universiti di Mesir dipercayai gara-gara kerana cintanya ditolak oleh mangsa. Menurut laporan Egypt Independent, saksi melihat lelaki tersebut yang merupakan pelajar kesenian tahun tiga didakwa telah menikam seorang wanita di depan pintu pagar ketika mangsa […]

Singapura Kesan Satu Kes Import Cacar Monyet
SINGAPURA, 22 Jun (Bernama) — Singapura mengesahkan satu kes import jangkitan cacar monyet atau monkeypox di republik itu membabitkan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lelaki itu berada di sini antara 15 hingga 17 Jun 2022 dan sekali lagi pada 19 Jun. “Beliau disahkan positif cacar monyet pada […]

Analisis Saintis Dapati Amber Heard Miliki Bentuk Wajah Paling Cantik & Sempurna Di Dunia
Dunia mungkin telah melihat sisi berbeza dari susuk tubuh seorang aktress Hollywood tentang keperibadiannya, Amber Heard apabila fakta-fakta perbicaraan mahkamah bersama bekas suami, Johny Depp didedahkan kepada umum. Namun, merujuk kepada analisis sains, Amber Heard memilik bentuk wajah yang paling cantik dan sempurna di dunia. Menurut WION News, berdasarkan formula khas yang dibangunkan oleh saintis, […]

Tular Kematian Bayi Baru Lahir Di Sebuah Hospital Di Likas, Ini Penjelasan JKN Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah mengesahkan insiden kematian bayi baru lahir (stillbirth) di sebuah hospital di Likas, Kota Kinabalu seperti yang tular baru-baru ini. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin mengesahkan insiden itu menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JKN Sabah sebentar tadi. “Pihak JKN mengesahkan insiden tersebut […]

Singapura Lapor Kes Import Pertama “Monkeypox” Libatkan Warga Britain
SINGAPURA- Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)mengesahkan terdapat satu kes import jangkitan Monkeypox dikesan di sana. Pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun bekerja sebagai seorang pramugara. Difahamkan lelaki itu berada di Singapura pada 15 dan 17 Jun serta 19 Jun ketika dia memasuki dan keluar dari negara itu. Dia kemudiannya disahkan […]

Youtuber Rugi RM176 Juta Gara-Gara Melabur Di Kripto
Seorang ahli tinju US yang juga merupakan Youtuber, Jake Paul terpaksa berputih mata apabila rugi sebanyak RM176 juta gara-gara melabur di platform kripto, lapor Inven Global. Menurut podcast abangnya, Logan Paul, mendedahkan bahawa adiknya itu kini ‘miskin’ selepas sebahagian besar kekayaannya musnah sekelip mata dalam platform mata wang digital itu. Dalam sebuah klip video, Logan […]

Lelaki Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Jiran Sebab ‘Parking’
ENGLAND – Seorang bekas tentera, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh jirannya kerana parking. Lelaki berusia 35 tahun itu telah didapati bersalah membunuh sepasang suami isteri di rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset dengan menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya pada November tahun lalu. Kejadian […]

Gaduh Di Lobi Mahkamah: Polis Sahkan Terima Laporan Dari Jurugambar Dan Peguam
SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) — Polis Shah Alam mengesahkan menerima laporan daripada seorang jurugambar dan peguam, susulan pergaduhan yang berlaku di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pergaduhan tersebut melibatkan seorang jurugambar sambilan sebuah […]

Bayi Berusia Sebulan Dilapor Maut, Dirampas & ‘Diculik Sekumpulan Monyet Semasa Menyusu
Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah. Menurut portal The Citizen, insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania pada Sabtu lalu. Difahamkan bahawa sekumpulan monyet itu telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan ibunya sebelum melarikannya. Kejadian […]

Kos Perkahwinan Di Arab Saudi Antara Paling Murah Di Dunia – Statistik
RIYADH – Kos mengadakan majlis perkahwinan di Arab Saudi dilaporkan adalah antara yang paling rendah di dunia, walaupun berlaku peningkatan kos sejak tahun lalu. Kos purata untuk membuat majlis perkahwinan di Arab Saudi selama setahun menyaksikan lonjakan besar sebanyak 32 peratus. Namun, apa yang menariknya ia lebih rendah daripada kos perkahwinan yang di buat seperti […]

Bapa, Anak Lelaki Ditahan Dipercayai Tembak Kucing Jiran
MELAKA, 21 Jun (Bernama) — Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan kerana dipercayai menembak seekor kucing peliharaan jiran mereka bernama ‘Molly’ dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 8 malam semalam manakala anak lelakinya berumur 27 tahun ditahan di hadapan Ibu Pejabat […]

Kanak-Kanak Positif Kemungkinan Terambil Lebih Dadah Dalam Kereta – Polis
KOTA BHARU, 21 Jun (Bernama) — Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini dalam keadaan kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya, kemungkinan ‘terambil’ lebih dadah di dalam kereta milik bapa sepupunya ketika dibawa ke lokasi penagihan dadah, petang kelmarin. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata susulan itu kereta milik […]

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Pusat Bandar Pada Waktu Puncak, Berkuat Kuasa Serta Merta
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada waktu puncak, berkuat kuasa serta-merta. Timbalan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata langkah itu diputuskan oleh jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan kaedah dan tindakan penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu […]

Harga Siling Ayam, Telur Ayam Dan Subsidi Minyak Masak Kemasan Botol Tidak Diteruskan
PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) — Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini. Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus […]

Harga Ayam Mentah Dijangka Naik Sehingga RM11 Sekilo Mulai Julai – Menteri
Harga ayam mentah dijangka akan naik sehingga RM11 sekilogram di pasaran bermula 1 Julai depan, lapor Astro Awani. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata kenaikan harga itu dijangka akan berlaku berikutan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu. Malah, pemberian subsidi RM1.40 yang diberi […]

Pusat Darah Negara Tunjuk ‘Slip’ Exam KKM, Semua ‘Result’ Stok Darah Terkumpul Cemerlang
Pusat Darah Negara (PDN) hari ini menunjukkan ‘slip’ keputusan ‘peperiksaan’ mengenai stok bekalan darah yang terkumpul dengan cemerlang setakat 21 Jun hari ini. Menerusi perkongsian di laman Facebook, slip tersebut pada asalnya adalah merupakan penyata sebenar sehelai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia sudah disunting (edit) pada beberapa bahagian dan diubah kepada terma dan […]

Kronologi Kes Pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) — Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Samirah, 47, dan […]

”Ramai-ramai Artis, Kak Diba Je Balas“, Kongsi Kad Raya 7 Tahun Lalu, Ucapan Arwah Adibah Noor Undang Sebak
Pada 18 Jun 2022 yang lalu, perginya seorang tanah air Malaysia, Allaryarhammah Adibah Noor Mohamed Omar atau mesra dipanggil Adibah Noor yang sangat dikasihi oleh orang ramai. Pemergian Allahyarhammah memberi impak yang sangat mendalam. Bukan sahaja kepada keluarga, selebriti atau orang terdekat. Malah, rakyat Malaysia juga turut terkilan dengan kehilangan Allahyarhammah. Beliau yang dikenali sebagai […]

Nelayan Tangkap Ikan Pari Gergasi Sepanjang 4 Meter
Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi sepanjang kira-kira empat meter di Sungai Mekong di selatan Stung Treng, timur laut Kemboja baru-baru ini, lapor CNA. Difahamkan, ikan air tawar itu telah ditangkap oleh seorang nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama, sekumpulan penyelidik perikanan turut turun padang dan tiba di lokasi […]

47 Kawasan Di Petaling Alami Gangguan Bekalan Hingga Esok Pagi – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Sebanyak 47 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula hari ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini. Menurut Air Selangor, gangguan berkenaan susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil yang telah dimulakan pada 9 pagi […]