Berita

Lee Zii Jia Juara Terbuka Thailand, Bangkit ‘Kejar’ Mata Penuh Dramatik
Pemain Badminton Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia berjaya dinobat sebagai juara dalam perlawanan Terbuka Thailand 2022 sebentar tadi. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), kejuaraan tersebut dirangkul selepas bangkit membenam lawannya, Li Shi Feng pada peringkat akhir. Difahamkan, menurut perlawanan sebentar tadi, Zii Jia pada asalnya tewas kepada pemain dari China itu pada set […]

KKM Tidak Galak Guna Serbuk Kunyit, Daun Semambu Untuk Rawat HFMD
TAIPING, 22 Mei (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menggalakkan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata sebaliknya orang ramai diminta berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan. “KKM memang tidak galakkan rawatan alternatif kerana ia […]

Penggunaan Ganja Dalam Perubatan Perlu Disertakan Bukti – Dr Muhamad Akmal
MELAKA, 22 Mei (Bernama) — Penggunaan ganja atau ‘cannabis’ untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau berkata sebagai pengamal perubatan, beliau mengalu-alukan apa juga jenis ubat yang mampu memberi kesembuhan kepada pesakit, sama ada […]

Waspada, Ribut & Hujan Lebat Dijangka Badai Beberapa Negeri Di Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan berhubung amaran ribut petir di beberapa kawasan di utara semenanjung dan Sabah pada jam 1.45 petang, 22 Mei 2022. Beberapa kawasan seperti negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak) dijangka mengalami Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang. […]

Bekalan Ayam Kurang Kerana Tidak Capai Berat Standard, Peniaga Di Perlis Catu Jualan
PADANG BESAR, 22 Mei (Bernama) — Rata-rata peniaga ayam di Perlis bertindak mencatu penjualannya susulan tindakan pengeluar menghentikan operasi buat sementara, dikatakan berpunca daripada berat ayam di ladang yang tidak mencapai standard untuk dipasarkan. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri […]

17 Kampung Terjejas, 32 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Sipitang
SIPITANG, 22 Mei (Bernama) — Sebanyak 17 kampung terjejas dan 35 orang daripada 11 keluarga dipindahkan setakat tengah hari ini dalam kejadian banjir di Sipitang. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu kampung terlibat termasuk Kampung Menengah Ulu Sipitang, Kampung Skim Sindumin, Kampung Pantai, Kampung Tanjung Nipis, Kampung Kawang, Kampung Banting, Kampung Bangsal. Kampung Jalan Masjid SIndumin, Kampung Kawang […]
Sebutan Semula Kes Remaja Bunuh Bayi Sendiri Ditetapkan 19 Jun
CHUKAI, 22 Mei (Bernama) — Mahkamah Majistret Kemaman hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya. Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, agar kes ditangguhkan ke tarikh lain sementara menunggu laporan kimia […]

Pelari Marathon Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Garisan Penamat Akibat Gelombang Haba
Seorang pelari marathon meninggal dunia sebelum tiba di garisan penamat baru-baru ini, lapor Daily Mail UK. Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan meninggal dunia berhampiran garisan penamat dalam RBC Brooklyn Half Marathon pada sabtu lalu. Semasa hari kejadian, wilayah timur New York dilaporkan mencatatkan suhu paling tinggi pernah direkodkan pada bulan Mei. Menurut laporan New […]

23 Individu Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Ditahan Di Ibu Negara
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Polis menahan 23 individu termasuk seorang warga emas berumur 68 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu negara sejak Jumaat lepas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata selain 23 individu berkenaan, pihaknya turut menahan lapan […]

APMM Tahan Kapal Tangki Beroperasi Tanpa Lesen Di Labuan
LABUAN, 22 Mei (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki dikendalikan lima kru warga asing di kedudukan 14.1 batu nautika barat laut pulau berkenaan, semalam. Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata kapal APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan itu telah mengesan kapal tangki terbabit kira-kira […]

Lelaki Ditemui Mati, Sempat Minta Bantuan Di Facebook
Seorang lelaki warga Finland ditemui mati di rumahnya yang terletak di Jalan USJ 2/4f, Subang Jaya selepas membuat satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada Khamis lalu. Menurut portal Awani, dalam hantaran Facebook tersebut, dia telah meminta bantuan daripada orang ramai untuk menghantarnya ke hospital. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman […]

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.8, yang diukur lima kali lebih rendah dari skala shind0 (intensiti) telah dikesan pada kedalaman 30 kilometer di perairan Prefektur Ibaraki pada 12.24 tengah hari, Ahad, 22 Mei 2022. Namun menurut laporan NHK menerusi Japan Times, tiada sebarang ancaman tsunami dikesan melalui gempa bumi itu. Difahamkan, gempa bumi bermagnitud 5.8 tersebut juga […]

Gempa 6.1 Magnitud Gegar Bungahan Filipina: USGS
HONG KONG, 22 Mei (Bernama) — Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter menggegarkan timur laut Bungahan, Filipina pada malam Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa, dengan kedalaman 129.0 kilometer ditentukan pada 13.9517 darjah utara dan 120.6771 darjah timur. Sumber: BERNAMA

Gadis Maut Payung Terjun Gagal Terbuka, Jatuh Dari Ketinggian Lebih 1,000 Meter
Seorang gadis berasal dari Perancis maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka. Insiden tersebut mengakibatkan gadis tersebut jatuh terhempas dari ketinggian lebih 1,000 meter ke tanah. Memetik laporan Mirror UK, mendiang yang dikenali sebagai Romane Hourcastagnou berusia 23 tahun merupakan penerjun professional malah gadis ini telah melakukan lebih 100 […]

Dua Tahun Sepi Tanpa Pertandingan, Fatin Nurfatehah Cipta Kejutan Bawa Pulang Emas & Gangsa Sukan Sea
Seperti mana yang kita tahu, kem Malaysia menutup hari terkahir acara memanah Sukan SEA Edisi ke-31 di Pusat Latihan Nasional, Hanoi dengan acara compound berjaya mendapat pingat emas dan gangsa pada Khamis lalu. Menerusi perkongsian daripada salah seorang atlet memanah yang menyumbang pingat emas buat Malaysia, Fatin Nurfatehah menzahirkan rasa syukur pada laman Facebook miliknya. […]

Saga Perpindahan Kylian Mbappé Tamat, Tak Jadi Ke Real Madrid & Pilih Kekal Bersama PSG
Saga perpindahan pemain muda Perancis yang juga dicanang sebagai antara calon pemain terbaik di dunia seterusnya, Kylian Mbappé, 23, dilaporkan sudah pun berakhir. Menurut laporan Marca, tonggak utama Paris Saint Germain (PSG) itu memutuskan untuk kekal bersama dengan kelab tersebut dan menamatkan desas-desus perpindahannya ke gergasi La Liga, Real Madrid. Berita berkenaan turut disahkan oleh […]

Hantar Permohonan Masuk NATO, Rusia Terus Henti Hantar Gas Asli Ke Finland
Susulan permohonan untuk menyertai NATO, Finland menerima kesannya apabila Rusia bertindak menghentikan penghantaran gas asli ke negara itu bermula hari ini selain keengganan untuk membuat bayaran dalam matawang Rubles. Menurut laporan AFP, sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine, Rusia menetapkan bahawa semua negara yang dianggap ‘bukan sahabat’, termasuk negara-negara Eropah, perlu menjelas pembayaran minyak dan […]

Risiko Virus Cacar Monyet Tersebar Ke Malaysia Rendah – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Beliau bagaimanapun berkata […]

Dakwa Isteri Curang, Lelaki Tikam Isteri Berkali-kali Dalam Kereta Api Kerana Cemburu Buta
Seorang lelaki berjaya ditahan selepas dilaporkan menikam isteri di dalam sebuah kereta api pada Khamis selepas mengesyaki wanita itu curang dengan lelaki lain. Memetik laporan daripada Bangkok Post, wanita berkenaan mengalami tiga kesan tikaman yang dalam pada bahagian belakang dan lehernya. Menurut Timbalan Ketua Siasatan, Leftenan Nisachon Sawasdeechai, serangan itu berlaku sekitar jam 5 petang […]

Tuntutan Waris Sultan Sulu: Malaysia Akan Hantar Nota Diplomatik Kepada 168 Negara
KUANTAN, 21 Mei – Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung ‘Final Award’ kepada waris Sultan Sulu. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah […]