Berita

Hiburan
(Video) Band Pop ‘Lejen’, Westlife Muncul Dengan Album Baharu ‘Wild Dreams’ 26 November Ini
Band lelaki popular dari Ireland yang cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre pop, Westlife akan melancarkan album baharu mereka pada 26 November ini. Album baharu berjudul Wild Dreams itu dibawakan dengan single pertama, Starlight yang akan mula dimainkan secara rasmi pada 14 Oktober hari ini. “Kami sangat teruja untuk kembali dengan muzik baharu! Album baharu kami […]
Berita
(Video) Ditonton Lebih 12 Juta Kali, Tular Ular Besar Syok ‘Bergayut’ Di Kabel Elektrik Atas Kepala Orang Ramai
Mengerikan, seekor ular dengan saiz yang sangat besar telah ditemui melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina. Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @michaelyufull, orang ramai di situ dilihat berkumpul dan menjerit semasa menyaksikan ular itu yang ‘terkapai-kapai’ di atas kabel elektrik. Lebih meresahkan, ular tersebut berusaha untuk melarikan […]
Berita
(Video) Akak “Cleaner” Nyaris Kena Hempap Pokok Terbakar Tiba-tiba Tumbang, Dipercayai ‘Disambar’ Api BBQ Pengunjung Pantai
Kelonggaran bagi aktiviti rentas daerah dan rentas negeri memberikan peluang kepada orang ramai untuk keluar bercuti atau berkelah bersama ahli keluarga setelah sekian lama ‘terperap’ di dalam rumah. Pun begitu, disebalik keseronokan dan keterujaan masing-masing, kelestarian alam sekitar juga perlulah dijaga. Baru-baru ini tular satu video yang mendakwa bahawa satu pokok besar di tepi pantai […]
Berita
JACK ‘N JILL Potato Chips Hadir Dengan Perisa Lokal Terbaharu – Asam Pedas Ikan
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2021: JACK ‘n JILL Potato Chips, yang merupakan antara jenama snek kegemaran di Malaysia, telah melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung tidak diduga – Asam Pedas Ikan! Hidangan savuri ini yang cukup sinonim dengan gabungan rasa pedas dan masam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai dan […]
Berita
Kerja Tambah Baik, Senggara Aset Kritikal LRA SSP1 Siap Dilaksanakan – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan 5 pagi tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan memaklumkan, setakat 6 pagi sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan […]
Kesihatan
KKM Akan Memulakan Dos Penggalak Kepada Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Serta Barisan Hadapan
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan dos penggalak (booster dose) kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan juga anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu. Menurutnya, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi individu yang […]
Polis Tahan Lelaki Guna Kenderaan Mewah Lakukan Samun Bersiri
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod pelbagai jenayah termasuk dadah ditahan kerana disyaki terlibat dalam tiga kes samun bersiri menggunakan kenderaan mewah di sekitar Selayang, di sini, pada Rabu dan Khamis lepas. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sebuah rumah di Kajang pada kira-kira 12 tengah malam pada […]
Berita
Kerja Penyenggaraan Selesai Lebih Awal, Bekalan Air KL & Selangor Dijangka Pulih Mulai Esok
Seperti yang kita tahu, 998 kawasan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air berjadual sejak semalam. Hal ini kerana Air Selangor sedang menjalankan proses penyenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1). Pun begitu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui laman Twitternya memaklumkan, kerja-kerja tersebut telah […]
Berita
Sambutan Maulidur Rasul Di Johor Ditangguhkan
Kesemua surau dan masjid di negeri Johor diarahkan untuk menangguhkan penganjuran majlis sambutan Mualidur Rasul. Penangguhan ini mula berkuatkuasa bermula 19 Oktober 2021 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menurut Tosrin Jarvanthi selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, alasan pengguhan majlis itu berikutan peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa mukim di […]
Berita
Berang Tak Dapat Jumpa Anak-anak, Seorang Lelaki Tergamak Memukul Isterinya
Seorang lelaki tergamak memukul isterinya kerana melarang suspek berjumpa anak mereka. Kejadian ini berlaku di rumah mereka yang berada di Taman Kosas pada Jumaat lalu. Kejadian berlaku disebabkan suspek berasa marah kerana tidak diizinkan oleh mangsa untuk bertemu anak-anak mereka. Buka sesuka hati melarang, mangsa melakukannya atas sebab bimbang keempat-empat anaknya yang berusi lapan bulan […]
Berita
Pengguna Celcom Di Beberapa Kawasan Dijangka Alami Gangguan Rangkaian Bermula Tengah Malam Ini
Syarikat telekomunikasi Celcom melalui laman web rasmi membuat hebahan berkait kerja-kerja penyelenggaraan dan gangguan rangkaian Celcom bermula tengah malam ini. Kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual akan berjalan bermula pada jam 12 tengah malam ini dan dijangka selesai pada jam 6 pagi esok. Oleh sebab itu, sebahagian kawasan di seluruh Malaysia mungkin mengalami gangguan rangkaian sepanjang tempoh […]
Berita
Meninggal Di Dalam Sebuah Van, Jenazah Kanak-kanak Perempuan Autisme Selamat Dikebumikan
Seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap autisme, berusia lapan tahun yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah van semalam telah selamat dikebumikan. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sendayan, hari ini. Jenazah mangsa yang dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban tiba di lokasi pengebumian pada pukul 2:30 petang tadi dengan kehadiran 50 orang anggota keluarga. […]
Berita
Polis Larang Sesiapa Melibatkan Diri Dengan Sindiket Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen
Pihak polis telah mengesan aktiviti penawaran kerja oleh sindiket Ah Long kepada peminjam. Susulan kes ini, polis mengeluarkan kenyataan larangan kepada individu dalam melibatkan diri dengan sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen. Polis Diraja Malaysia juga telah mengesahkan dua kes yang dikesan di Sabah tersebut melibatkan dua mangsa yang berbeza yang berlaku dalam dua keadaan, […]
Berita
Pemuda Palestin Peluk Ayah yang Lumpuh, Ucap Selamat Tinggal Sebelum Ditahan Tentera Israel
Hari ini, sempat beredar di media sosial momen menyedihkan seorang pemuda Palestin memeluk ayahnya yang lumpuh sebelum dibawa tentera Israel. Pemuda tersebut dikatakan mengucapkan selamat tinggal kepada sang ayah sebelum ditahan tentera Israel yang menyerbu kediamannya malam tadi. Pemuda yang dikenali sebagai Ahed Yousef al-Shomali ini merupakan salah seorang warga Palestin yang ditahan tentera Israel […]
Berita
Ada Sebab Berlakunya Gangguan Bekalan Air Di Selangor, Ini Sebabnya
Masalah air bukanlah perkara yang asing lagi bagi penduduk yang tinggal di Selangor. Ada saja masalah air yang berlaku sehingga menjejaskan ramai pihak yang tinggal di negeri tersebut. Baru-baru ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengeluarkan notis bahawa gangguan bekalan air akan berlaku kepada 998 kawasan di sekitar Lembah Klang termasuklah wilayah Petaling, Kluala Lumpur […]
Berita
Nak Lantai Bilik Air Cantik Berkilat? Mudah Je, Cuma Ikut Tips Ni & Lihat Hasilnya
Kebiasaannya jubin dalam bilik air akan cepat kotor dan berkulat disebabkan selalu terdedah kepada air. Mencuci kotoran pada jubin juga bukanlah satu pekerjaan yang mudah lebih-lebih lagi jika kotoran yang jenis melekat. Tetapi, jika tidak dibersihkan, permukaan jubin akan kotor sekiranya tidak dibersihkan dan akan menyebabkan berasa kurang selesa. Pelbagai tips yang disiarkan kepada pengguna […]
Ahmad Zahid, Isteri Guna Dana Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kredit Lebih RM1.3 Juta
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta yang digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata Ahmad Zahid dan isteri, Datin […]
Berita
Sebagai Ucapan ‘Selamat Datang’, Kartel Dadah Mexico ‘Hadiahkan’ Kepala Manusia Kepada Ketua Polis Baharu
Hari pertama Ketua Polis Tijuana, Mexico yang baharu bertugas dilaporkan telah disambut dengan ‘pemberian’ satu kepala manusia sebagai tanda selamat datang daripada kumpulan kartel dadah disana. Kepala tersebut telah ditemui dibungkus dalam plastik beg berwarna hitam yang ditinggalkan di sebuah jalan. Selain daripada itu juga, mereka turut menemui bersama mesej yang menuduh ketua polis baharu […]
Berita
TERKINI: Kerajaan Negeri Benarkan Rentas Negeri, Kini Boleh Melancong Ke Sabah Mulai 1 November
Kerajaan negeri Sabah hari ini telah bersetuju untuk membenarkan rentas negeri mulai 1 November 2021. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, kerajaan berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 yang telah melebihi 70%. Bagaimanapun, kemasukan ke Sabah yang meliputi lawatan sosial […]
Luar Negara
Aktres Jelita Korea, Hwang Jung Eum Dilapor Hamil Anak Kedua Selepas Hampir Bercerai Tahun Lalu
Hwang Jung Eum yang begitu popular dengan drama bersiri She Was Pretty, Kill Me Heal Me dan Fullhouse Take 2 dikhabarkan telah mengandung anak kedua. Pasangan ini dilaporkan berkenalan pada 2016. Sebulan selepas pengumuman perkenalan itu mereka telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama 8 bulan selepas perkahwinan mereka. Pada September tahun lalu, pelakon tersebut dikatakan […]