Berita

Berita
(Video) Seakan Berterima Kasih, Cara Kucing Ini Pandang Selepas ‘Dibelanja’ Makan Undang Sebak Ramai
Pasti ramai diantara kita yang pernah didatangi si comel yang buat muka ‘seposen’ meminta makanan semasa kita sedang sedap menjamah di kedai makan. Kadang-kadang kucing ni bila dia nampak je kita tengok dia, dia lagi agresif nak minta kita berikan makanan kita sikit pada kita sampai ada yang memanjat riba kita. Ada sesetengah orang yang […]
Berita
Ketua Balai Antara Lapan Ditahan Kerana Berhibur Di Balai Polis
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Seorang ketua balai adalah antara empat anggota polis yang ditahan kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang dekat sini petang semalam. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata selain anggota polis itu, empat wanita tempatan turut ditahan dalam serbuan […]
Berita
COVID-19: Indonesia Lanjut Darurat Hingga Ahad, Harap Dapat Buka Aktiviti Sosio-Ekonomi Isnin Depan
JAKARTA, 21 Julai (Bernama) — Indonesia melanjutkan lagi Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) sehingga 25 Julai ini, berikutan kes positif baharu COVID-19 masih melepasi angka 35,000 kes sehari. Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dalam siaran menerusi Youtube rasmi Sekretariat Presiden berkata pemerintah Indonesia memperuntukan bantuan sebanyak Rp55.21 Trillion kepada masyarakat yang terkesan teruk […]
Berita
(Video) Cemas, Pemandu Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir ‘Mengganas’, Puluhan Kereta Dilihat Hanyut, Tenggelam
Lantaran hujan lebat pada Selasa, wilayah Henan kini berhadapan banjir besar yang menenggelamkan beberapa bandar di wilayah tersebut, lapor Newsweek.com. Hujan lebat di wilayah ketiga terbesar di China itu dilaporkan menyebabkan air sungai melimpah sehingga memenuhi jalan raya di puluhan bandar tempatan. Beberapa rakaman menunjukkan situasi cemas turut tular di media sosial di mana para […]
Luar Negara
Wanita Tergamak Tikam, Bunuh & Kerat Sebelum Buang Mayat Ibu Dalam Tong Sampah
Seorang wanita dilaporkan telah menikam ibunya sehingga mati, mengerat mayat dan membuang bahagian badannya termasuk kepala di dalam tong sampah berhampiran sebuah sungai. Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa jam setelah dia cuba membunuh abangnya dalam kebakaran. Dalam perbicaraan minggu lalu, wanita berusia 39 tahun itu dituduh membunuh ibunya yang berusia 65 tahun di dapur kediaman […]
Berita
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 11,985, Selangor Tertinggi Dengan 5,550 Kes
Kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari ini adalah 11,985 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini adalah 951884. Maklumat ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abddullah dan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Twitter sebentar tadi. Terkini #COVID19, 21 Julai 2021. 11,985 kes baharu — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 21, 2021 Menerusi […]
Gaya hidup
Usahawan Agih 900 Kg Daging Korban Sempena Aidiladha
GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) — Seorang usahawan mengambil inisiatif dengan mengagihkan kira-kira 900kg daging lembu dan kambing korban kepada 100 fakir miskin dan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi Program Korban Tanda Cinta. Hajamydin Shahul Hamid, 51, berkata selain mengagihkan daging korban, beliau dan pasukannya yang dikenali sebagai Shajara turut memberi sumbangan barangan […]
Berita
(Video) “Main Lompat-Lompat Pulak,” Rakaman Lembaga Berambut Panjang Seakan Budak Bikin Seram
Satu video yang memaparkan satu entiti yang sedang melompat-lompat telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @wanriduan742. Video tersebut menunjukkan terdapat satu entiti yang tampak melompat-lompat berada di sebalik tingkap bangunan di hadapan. Semasa pengguna TikTok itu mengalihkan pandangan untuk menunjukkan waktu pada jam tangannya, entiti tersebut […]
Berita
(Video) Hilang Beberapa Saat Dalam Arus Kuat, Detik Cemas Wanita Hampir Hanyut, Hanya Berpaut Pada Tali
Wilayah Henan di China kini berdepan musibah banjir dan sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan maut dalam banjir terburuk dalam 1000 tahun seperti yang dikatakan oleh media negeri itu. Ekoran banjir yang melanda wilayah itu, banyak foto dan video yang dikongsikan di media sosial yang memaparkan detik-detik cemas mangsa banjir untuk menyelamatkan diri. Antara salah satunya […]
Berita
Ejen Insurans Ditahan Cetus Provokasi, Halang Tugas Polis
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Seorang ejen insurans ditahan malam tadi bagi membantu siasatan melakukan provokasi dan mengaibkan pegawai polis dengan mempertikaikan tindakan kompaun terhadapnya di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, dua hari lepas. Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara pada pukul 10 […]
Berita
Langgar SOP:49 Lelaki Direman Bantu Siasatan Solat Aidiladha Tepi Jalan
BUKIT MERTAJAM, 21 Julai (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman ke atas 48 lelaki warga asing dan seorang warga emas tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru semalam. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit […]
Berita
(Video) Kasihnya Si Ibu, Tercedera Ketika Jadi ‘Benteng’ Lindungi Anak Dari Angin Kencang, Skuter Dinaiki Terbalik Ditolak Angin
Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu yang sanggup menggunakan dirinya sebagai perisai untuk melindungi si anak dari bahaya. Baru-baru ini di China, seorang wanita dirakam melindungi anaknya daripada angin kuat yang menyerang kawasan tersebut, lapor South China Morning Post. Dalam video itu, kelihatan skuter dinaiki mereka terjatuh kesan daripada angin kuat, manakala sebuah lori di […]
Berita
Ditemui Masih Hidup, Kura-kura Disangka Hilang Rupa-rupanya Dijumpai ‘Menyorok’ Dalam Bilik Stor Selepas 30 Tahun
Haiwan peliharaan bukan sekadar menumpang teduh di dalam rumah tetapi mereka bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga sendiri. Dengan telatah yang nakal dan lucu, haiwan peliharaan juga boleh menghilangkan segala tekanan atau kemurungan. Tidak kiralah kucing, anjing atau ayam, kehilangan mereka pasti akan sangat dirasai oleh setiap orang. Hilang sejak tahun 1982 Sama seperti […]
Berita
(Video) Majlis Perkahwinan Dalam Kapsul Di Angkasa Lepas, Tiket Untuk tahun 2024 Habis Dijual Walau Harga Cecah RM500k
Mana-masa pasangan boleh melangsungkan pernikahan mereka di dalam kapsul yang dibawa oleh belon angkasa berukuran stadium bola sepak. Belon tersebut dipercayai boleh terapung sejauh 100,000 kaki (19 batu) di atas permukaan laut menjelang 2024, lapor Daily Mail. Menurut sumber, firma Space Perspective yang berpangkalan di Florida kini menjual penerbangan melalui kapsulnya dengan harga $ 125,000 […]
Berita
(Video) Dipercayai Ditinggal Tuan, Oyen Hilang Semangat Hidup, Tak Mahu Makan Hingga Jadi Kurus & Cekung
Ianya boleh dikatakan normal apabila manusia yang dikecewakan oleh insan yang mereka sayangi cenderung untuk mengalami depresi. Namun begitu, siapa sangka bahawa kucing pun boleh mengalami depresi juga sama seperti manusia. Seperti satu video yang cukup menyayat hati ditunjukkan di TikTok ini. Seekor kucing yang berwarna oren dinyatakan mengalami depresi setelah ditinggalkan oleh tuannya. Disebabkan […]
Berita
(Video) Cemas, Penumpang Dalam Ketakutan, Terperangkap Dalam Tren Bawah Tanah, Air Banjir Naik Ke Paras Bahu
Ratusan penumpang berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam keretapi bawah tanah yang dinaiki banjir sehingga ke paras bahu di China. Lapor The Sun UK, pasukan penyelamat telah menemui tiga mayat pekerja dalam terowong yang masih dalam pembinaan sementara 11 lagi masih terperangkap sejak Selasa di selatan negara tersebut. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat […]
Berita
“Moga Rumah Ini Jadi Saksi Di Akhirat…”, Azmeer Yusof Jual Vellfire, Beli Rumah Untuk Dijadikan Tempat Mengaji & Belajar Ilmu Agama
Bagi sesetengah orang, bersedekah dan membantu orang-orang yang tidak berkemampuan merupakan kebahagian yang sangat sukar untuk digambarkan. Tentunya, tiada balasan yang diinginkan selain daripada rahmat dan redha Allah SWT di akhirat kelak. Mungkin itulah yang dirasai oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof, yang tidak pernah lokek berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Menerusi […]
Berita
(Video) Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Wanita Kongsi Cara Dari Mula Sampai Habis Nak Guna “Covid-19 Antigen Detection Kit” Ini
Sejak kebelakangan ini, kes COVID-19 di negara semakin menular dengan amat membimbangkan sekali. Dengan purata kes positif harian yang mencecah sehingga lebih 10 ribu kes, sesiapa sahaja berpotensi besar terdedah untuk dijangkiti dengan virus maut ini. Salah satu perkara yang menyebabkan kita untuk bimbang sekiranya diri dijangkiti adalah orang yang berdekatan dengan kita disahkan positif. […]
Berita
Tentera China Beri Amaran, Empangan Berdekatan Bandar Dihuni 7 Juta Orang Boleh Runtuh Bila-bila Masa
Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa Empangan Yihetan yang terletak di Luoyang, sebuah bandar dihuni sekitar 7 juta orang, berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa, ekoran kejadian ribut yang melanda wilayah berkenaan hingga merosakkan struktuk empangan tersebut. Ribut yang melanda juga menyaksikan berlakunya kejadian banjir hingga meragut beberapa nyawa. Pihak […]
Berita
Budak 12 Tahun Dilapor Maut, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Direnjat, Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan maut selepas didera serta dibiarkan kelaparan oleh ibu tiri dan bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di Indiana. Lapor Daily Star, mangsa telah diikat dan dipakaikan kolar anjing elektrik dan direnjat menggunakan kolar tersebut. Dia juga didakwa dibiarkan kelaparan sehingga dipercayai terpaksa memakan rambutnya sendiri selepas ditinggalkan berminggu-minggu sendirian […]