Berita
Polis Buka Kertas Siasatan Siasat Kejadian Dalam Video Tular Ahli Parlimen Didakwa Langgar SOP & Makan Durian Dalam Kebun Dipercayai Di Batu Pahat
Polis Batu Pahat kini sudah membuka kertas siasatan dan menyiasat mengenai satu video yang memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat bersama beberapa orang lagi sedang makan durian di sebuah kebun dipercayai di dalam daerah Batu Pahat. Menerusi kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Bin Dollah memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan rakaman itu selepas […]
TERKINI: MKN Teliti Beri Kelonggaran Kepada Negeri-Negeri Catatkan Kes COVID-19 Yang Rendah – Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti kelonggaran kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes COVID-19 yang rendah, lapor Bernama memetik kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri. Tambah perkongsian agensi berita itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi setiap negeri perlulah selari dengan SOP digariskan MKN. Dalam perkongsian […]
Jangan Normalisasikan Tindakan Membunuh Diri – Timbalan Mufti
IPOH, 29 Jun (Bernama) — Stigma kepada perbuatan orang yang membunuh diri sebagai tidak waras adalah satu pandangan yang salah, dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan, kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim. Beliau berkata, masyarakat juga perlu berhati-hati dalam memberi pandangan mengikut hadis Rasulullah SAW, agar ia tidak menjadi pencetus seolah-olah membunuh diri itu adalah sesuatu yang dibenarkan. “Kita ambil yang asas, yang […]

Moratorium: Peminjam Tidak Akan Dikenakan Faedah Kompaun & Penalti Lewat Bayar – Tengku Zafrul
Pihak bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada pemimjam yang memohon moratorium, tegas perkara ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz. Katanya, semasa sesi perjumpaan bersama bank baru-baru ini, kerajaan telah membangkitkan perkara tersebut dan bank bersetuju untuk melaksanakannya. Perlaksanaan moratorium yang diumumkan kali ini sama konsepnya seperti […]
Pelajar Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksin Awal, Ini Cara-Caranya
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), melalui laman sosial rasmi hari ini membuat hebahan permohonan vaksinasi awal dibuka kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara. Pemohon boleh membuat permohonan vaksinasi awal ini melalui Helpdesk di aplikasi MySejahtera dengan mengikuti panduan di bawah: 1. Log masuk ke akaun MySejahtera 2. Pilih ikon […]

Polis Tahan Enam Lelaki Warga Asing Dipercayai Pecah Masuk Pejabat
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Polis menahan enam lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dengan kejadian pecah masuk pejabat di sebuah kondominium di Kuchai Enterpreneurs Park Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata kesemua warga asing berusia 23 hingga 35 tahun ditahan kira-kira pukul 7.00 petang, berdasarkan kepada rakaman analisis CCTV kes pecah masuk pejabat di […]

Terkini: Kes Positif Baharu Covid-19 Cecah 6,437, Selangor & KL Catat Kes 1K Ke Atas Hari Ini
Sebanyak 6,437 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 745,703, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,361); Negeri Sembilan (700); Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); […]
TERKINI: Agong Berpandangan Sidang Parlimen Perlu Diadakan Secepat Mungkin – Istana Negara
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah berpandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Jelas Seri Paduka Baginda, sidang tersebut yang diadakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 adalah bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan. Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen […]

FIFA Iktiraf Dato’ Mokhtar Dahari, Tempat Ketiga Penjaring Gol Terbanyak Di Pentas Antarabangsa Sepanjang Zaman
Dalam kejohanan EURO 2020 baru-baru ini, Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa bersama pemain dari Iran, Ali Daie. Apa yang menariknya, dalam ciapan terbaru FIFA sebagai badan induk bolasepak dunia turut mengiktiraf lagenda Harimau Malaya, Allahyarham Mokhtar Dahari berada di tempat ketiga dengan 89 gol bersama skuad kebangsaan. Mokhtar Dahari […]

Ini Panduan Untuk Peminjam Buat Semakan Moratorium Sehingga 6 Bulan, Termasuk Maybank & CIMB
Kerajaan sekali mengumumkan lanjutan Moratorium untuk meringankan beban peminjam yang terjejas akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ‘Total Lockdown’ 3.0 dalam Perutusan Khas Perdana Menteri baru-baru ini. Bantuan moratorium ini meliputi semua golongan terjejas terutamanya golongan B40. Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik ini. Jadi, SK ingin kongsi pautan […]
Insiden Tertukar Bayi Boleh Tinggal Kesan Trauma – Pakar
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Insiden tertukar bayi ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai berlaku akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, boleh meninggalkan kesan trauma emosi serta mengganggu tingkah laku, bukan sahaja kepada ketiga-tiga mangsa tetapi juga kedua-dua keluarga terlibat. Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Siti Fatimah Abdul […]

TERKINI: Petang 10 Julai Untuk Lihat Anak Bulan Zulhijjah
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu […]
Lebih 40,000 Kes Jangkitan ‘Kulat Hitam’ Dilaporkan Di India
NEW DELHI, 29 Jun – India melaporkan kira-kira 40,845 kes jangkitan ‘kulat hitam’, yang setakat ini sudah meragut lebih 3,000 nyawa, kata Menteri Kesihatan Harsh Vardhan. “Daripada jumlah kes yang dilaporkan seramai 3,129 orang meninggal dunia akibat penyakit itu,” kata Vardhan dalam satu taklimat, lapor Sputnik. Sebanyak 32 peratus pesakit berusia antara 18 dan 45 tahun, […]

”Tak Perlu Rayu, Tak Perlu Malu..” Netizen Lancar Kempen Kibar ‘Bendera Putih’ Dapat Sambutan Ramai
Akhir-akhir ini, kes bunuh diri akibat dihimpit kesempitan hidup gara-gara pandemik semakin membimbangkan. Bagaikan kesan ‘Domino effect’, pasti ada sahaja berita melaporkan kejadian-kejadian memilukan hati dari hari ke hari. Ini bukan petanda yang baik. Ada yang terpaksa bunuh diri, ada yang terpaksa kurung isteri dan anak, ada yang terpaksa begitu dan begini. Ya, segalanya adalah […]
Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 11 Negeri Termasuk KL
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia. Menerusi infografik yang dikongsikan, terdapat 11 buah negeri yang dijangka terlibat dalam amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 11 pagi ini. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim […]
Cekal Harungi Cabaran Demi Vaksinasi Coid-19 Penduduk Pedalaman Kinabatangan
KINABATANGAN, 29 Jun – “Bukan tugas mudah tetapi perlu dilaksanakan bagi melindungi rakyat.” Begitulah kata-kata yang dikongsi setiap petugas yang terlibat dalam Program Outreach Pasukan Imunisasi Bergerak (MVT) di pedalaman Kinabatangan. Penulis yang berpeluang menyertai program berkenaan mengakui memang sukar perjalanan untuk sampai ke Kampung Sri Ganda, sebuah perkampungan terpencil, terletak di tebing Sungai Kinabatangan, […]
Pertukaran Nama Bapa Pada Dokumen Pengenalan Diri Dibenarkan – JPN
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon sekiranya terdapat maklumat tidak tepat atau meragukan. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk […]
PKPD Di 14 Lokaliti Dengan Tujuh Di Sabah Mulai Rabu – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Sebanyak 14 lokaliti iaitu tujuh di Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini sehingga 13 Julai, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Timbagan, Matunggong; Kampung […]
Kedai Buku, Alat Tulis Dibenar Beroperasi Semasa PKP Di Sarawak
KUCHING, 28 Jun (Bernama) — Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata tempoh operasi kedai berkenaan adalah mengikut syarat yang ditetapkan untuk sektor perkhidmatan, ekonomi, industri […]
COVID: Lebih 500,000 Penduduk Sabah Sudah Divaksin
KOTA KINABALU, 28 Jun (Bernama) — Sejumlah 544,893 rakyat Sabah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata seramai 376,202 individu menerima suntikan dos pertama manakala 168,691 orang pula telah […]