Berita

Berita
TERKINI: KWSP Akan Perkenal Kemudahan Pengeluaran Baharu i-Citra Sehingga RM5,000
KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama […]
Berita
TERKINI: RM300,000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan & Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan
RM300,000 akan disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang bertujuan untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media PEMULIH sebentar tadi. Tambahnya, RM10 juta akan dimanfaatkan untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli. PEMULIH: RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus […]
Berita
TERKINI: Kerajaan Bersetuju Beri Bayaran Tambahan BPR Sehingga RM500 Pada Julai, Bayaran Secara Berperingkat Mulai Esok
Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai. Menurut Perdana Menteri, bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. Tambahnya lagi, BPR fasa tiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti. BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar […]
Berita
TERKINI: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Libatkan Miskin Tegar, B40 & M40 Termasuk Isi Rumah Dan Bujang
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion sebentar tadi. Ringkasan mengenai bantuan tersebut adalah seperti berikut. Bantuan Khas COVID-19 atau BKC – memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan […]
Berita
Pesakit Covid, Kongsi Kisah ‘Perjalanan’ Ketika Koma
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Akibat virus COVID-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh berfungsi, malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya dan hampir mustahil untuk pulih seperti sedia kala. Itu kesan yang perlu dihadapi Eksekutif Pentadbiran Amira Ruslan, 29, bekas pesakit COVID-19 tahap lima, yang sebelum ini terpaksa bertarung nyawa selama 33 hari termasuk sembilan hari ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh selepas disahkan […]
Berita
Empat Lagi Ditahan Terlibat Kes Kehilangan Peti Besi Berisi RM400,000
ALOR SETAR, 28 Jun – Empat individu termasuk dua yang dikehendaki polis, kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 milik sebuah syarikat logistik pada 23 Jun, berjaya ditahan. Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, empat individu yang berumur antara 20 hingga 30-an itu, ditahan secara berasingan […]
Berita
PM Dijadual Buat Pengumuman Khas Jam 5 Petang Ini, Dijangka Isu i-Sinar & Moratorium Antara Yang Bakal Diumum
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasiin dijadualkan akan membuat pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dijadualkan pada jam 5 petang ini. Tengku Zafrul ada menyebut dalam kemaskini di Facebook beliau bahawa i-Sinar dan isu Moratorium antara agenda penting dalam pakej PEMULIH ini dan turut dijangka diumumkan petang ini. Semoga pakej […]
Berita
Helikopter Fennec TLDM Mendarat Cemas, Semua Krew Berjaya Diselamatkan – TLDM
Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi. Ini merupakan kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut. Selain enam buah helikopter AS 555 SN […]
Kesihatan
TERKINI: 5,218 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter rasmi menyatakan sebanyak 5,218 kes terbaharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Secara kumulatif, Malaysia mencatatkan 739,266 kes positif setakat ini. Bagi pecahan kes setiap negeri, Selangor mencatatkan 1,989 kes dan kekal sebagai negeri dengan kes harian tertinggi, diikuti Negeri Sembilan dengan pertambahan sebanyak 629 kes harian, dan Wilayah Persekutuan […]
Berita
Anak Yang Tertukar, Wajib Untuk Tukar Kembali Bin/Binti – Mufti Kelantan
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai […]
Berita
Kartunis Terkenal, Aie Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya ‘Áku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia di kediamannya di Banting awal pagi tadi pada usia 49 tahun awal pagi ini. Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 […]
Berita
Lelaki Tidak Mahu Ditegur Tetak Rakan Serumah
JOHOR BAHRU, 28 Jun – Gara-gara tidak mahu menerima teguran supaya memperlahankan suara, seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak menetak rakan serumah menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala, dalam kejadian di Taman Nusa Bestari, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan itu pada pukul 5.15 petang […]
Berita
“Diiringi Tentera Mesir Dengan Kereta Perisai,” Ebit Lew Dah Sampai Di Bumi Palestin
Seperti mana yang kita semua tahu, penceramah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew mengadakan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat peperangan baru-baru ini. Menerusi kiriman daripada Facebooknya, beliau menceritakan pengalaman semasa berada di sana. Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang turut membantunya menyelesaikan misi ke sana. “Kami […]
Berita
Ayah Jatuh Sakit Apabila Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya – Noratirah
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu. Tambahan lagi, ‘ayah’ yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada […]
Berita
(Video) “Ini Kembar Amy Search Ke…”Anak Terpesona Tengok Wajah Ayah Waktu Muda, Ada Iras Amy Search
Rasanya semua orang pernah kongsi gambar-gambar lama kan? Ala-ala throwback, gambar lama ayah, ibu dan adik beradik. Mesti ada yang terhibur kan kalau korang kongsi gambar lama ni. Ye lah, mestilah nampak perbezaannya dahulu dan sekarang. Tetapi, apa yang menarik kali ini, seroang gadis yang dikenali sebagai Fara berkongsi gambar lama dan aktiviti ayahnya ketika muda memukau […]
Berita
Bolehkah Solat Sunat Tasbih Dilakukan Selepas Maghrib? Ini Penjelasan Mufti
Terdapat banyak solat sunat yang boleh dilakukan sebelum atau sesudah solat fardu. Solat sunat ini sama ada dapat menampung kekurangan solat fardu seperti solat qabliyah dan ba’diyah, atau solat sunat khusus seperti solat sunat tasbih, istikharah dan sebagainya. Mungkin antara kita masih belum biasa mendengar solat sunat tasbih atau jarang melakukan solat sunat ini. Jadi, […]
Luar Negara
Tragedi Runtuhan Bangunan Di Miami: Angka Kematian Meningkat Kepada 9 Orang
Baru-baru ini, tular sebuah bangunan yang runtuh di Miami, Florida dan seramai 159 orang masih belum ditemui gara-gara asap kebakaran yang tebal dan menghalang usaha menyelamatkan mangsa. Tragedi tersebut berlaku pada Khamis lepas (24/6) dan seramai empat orang telah maut, lapor portal Independent. Kini, angka kematian dilaporkan telah meningkat kepada sembilan orang ketika pasukan penyelamat […]
Berita
KPKT Pastikan Syarikat Kredit Komuniti Patuhi Undang-undang
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan pengoperasian sektor kredit komuniti atau pemberi pinjam wang (PPW) berlesen sentiasa mematuhi undang-undang dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]. Dalam kenyataan hari ini, KPKT berkata pemeriksaan dan pemantauan secara berkala akan dilakukan terhadap syarikat kredit komuniti serta siasatan dan pemeriksaan […]
Kesihatan
COVID: Jual Nombor Ekor Haram Punca Kluster Baharu Di Sabah
KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) — Aktiviti menjual nombor ekor haram dipercayai menjadi punca tercetusnya salah satu daripada tiga kluster baharu COVID-19 yang direkodkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau melibatkan 12 kes kumulatif dicetus kes indeks seorang lelaki warganegara Malaysia […]
Berita
Langgar SOP: Polis Rakam Keterangan Lapan Individu Termasuk Penyanyi Legenda
IPOH, 27 Jun (Bernama) — Beberapa individu termasuk seorang penyanyi legenda telah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penularan gambar pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menunjukkan satu majlis sosial di sebuah ladang Kampung Poh di Bidor, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata penyanyi berusia 62 tahun itu […]