Berita

Berita
Wanita Dipercayai Maut Akibat ‘Overdose’, Bayinya Berusia 1 Tahun Ditemui Mati Kebuluran Dalam Rumah
Lapar, takut dan dahaga. Mungkin itu yang dirasai oleh dua beradik berusia satu dan tiga tahun yang kematian ibu mereka di Tennessee, Amerika Syarikat sebelum salah seorang daripada mereka ditemui meninggal dunia. Menurut Fox32Chicago, seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun ditemui mati di rumahnya bersama jasad si ibu yang dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari. […]
Berita
(Video) Mungkin Pengaruh Rakan Sebaya, Kucing Ni Tunjuk Muka Garang Lepas Berkawan Dengan Anjing
Seperti yang selalu kita dengar, anjing dan kucing bagaikan tidak boleh berkawan kerana sering dikatakan suka bergaduh sesama sendiri. Tapi jangan tidak tahu, ada kucing yang berani berdamping bersama anjing walaupun anjing tersebut dilihat mempunyai tubuh dan raut wajah yang garang. Seperti yang dikongsikan menerusi aplikasi Tiktok oleh syikin2305, seekor kucing berwarna putih dilihat bergambar […]
Berita
Awas, Ribut Petir Dijangka Membadai Beberapa Negeri Hingga 6 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 6 petang ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 3.20 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:- Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang & Muallim Kelantan: Kuala Krai […]
Gaya hidup
42.1% Sudah Terima Dua Dos Vaksin, Ini ‘Punca’ Rakyat Hungary Tak Payah Patuh SOP Covid-19
Awal pagi semalam, ramai netizen terutama Malaysia kagum menonton perlawanan Hungary lawan Portugal di Budapest, Hungary dalam kejohanan EURO 2020 kerana kerajaan Hungary membenarkan kapasiti penuh untuk penyokong memenuhi segenap inci Puskas Stadium di Budapest. Mungkin anda tertanya, kenapa rakyat Hungary sudah tidak perlu memakai topeng muka, jaga penjarakan sosial dan tak perlu duduk di […]
Berita
TERKINI: Malaysia Catat 5,150 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes harian setakat hari ini adalah sebanyak 5,150 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 673,026. Seperti perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dri Dr Noor Hisham menunjukkan negeri Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan jumlah kes harian iaitu 1,914. Selain itu, Negeri Sembilan turut mencatat jumlah kes tinggi […]
Luar Negara
(Video) Sehari Lepas Ronaldo Alihkan Botol Coca Cola, Pogba Pula Alihkan Botol Heineken
Semalam, kita digemparkan dengan tindakan agak kontroversi bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca Cola dari atas mejanya. Lalu pemain bola Portugal itu mengangkat sebuah botol mineral dan berkata “aqua” yang bermaksud air dalam bahasa Portugis. Kurang 24 jam selepas itu, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan aksi yang lebih kurang sama, […]
Selera
”Harga Kaki Lima, Rasa 5 Bintang,” Resipi Kek ‘Red Velvet’ Beli Di Kedai Eco Dengan Kos RM 2.10
Biasanya kita akan jumpa resipi Red Velvet ni pada kek dan aiskrim. Tapi apa kata kalau kita cuba buat sendiri kek Red Velvet, pun ok juga kan? Percaya tak, kita boleh hasilkan kek Red Velvel dengan kos tak sampai RM10 pun, malah bahannya pun boleh jumpa di kedai Eco lagi. Jom kita ikuti resepi kek […]
Berita
Darah Menitik Ingatkan Air Karat, Lelaki Ini Terkejut Rupanya Bangkai Musang Atas Siling Rumah
Misteri bau busuk akhirnya terbongkar. Kejadian ini benar-benar dikatakan ‘mimpi ngeri’ buat pemilik kediaman ini di mana seekor musang yang besar mati di atas siling rumah mereka. Tidak dinafikan, bau bangkai sangatlah busuk tambah-tambah lagi bila bangkai tersebut sudah mengeluarkan cecair yang sangat busuk. Kata pemilik kediaman ini semasa dihubungi, mereka sekeluarga mula perasan apabila […]
Berita
Maybank Kongsi Cara Baru Bantu Memastikan Transaksi Lebih Selamat
Setiap hari kalau korang tengok, ada saja orang yang sering membuat transaksi wang lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah SMS TAC. Bukan nak kata SMS TAC ni tak bagus, tapi korang tahu tak ada satu lagi kaedah yang juga boleh memastikan keselamatan sebarang transaksi wang yang korang lakukan. Kaedah yang dimaksudkan ni bermanfaat untuk korang kerana […]
Berita
Betul Ke Makan Nanas Boleh Jadi Punca Ibu Mengandung Keguguran? Ini Penjelasannya
Sewaktu hamil, ada tak anda pernah dengar orang tua-tua cakap, ibu mengandung tidak boleh makan buah nanas, siap kata boleh menyebabkan keguguran lagi. Alasan mereka kerana buah ini ‘tajam’ dan tak baik untuk kandungan. Ada juga beberapa buah yang dilarang makan waktu fasa kehamilan kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Ini termasuklah buah durian, kelapa, betik […]
Berita
Gara-gara Ronaldo Alih Botol Ketepi, Saham Coca-cola Didakwa Merudum 1.6 Peratus & ‘Hilang’ RM 16.4 Bilion
Selepas tular di media sosial mengenai tindakan Cristiano Ronaldo yang mengalihkan dua botol air Coca-Cola di sidang media semalam, saham syarikat minuman itu dilaporkan telah merudum. Media Sepanyol, Marca melaporkan bahawa Coca-Cola mengalami kerugian saham berbilion dolar. Saham yang bernilai $ 242 bilion didakwa turun menjadi $ 238 bilion iaitu penurunan sebanyak 1.6%. Kerugian sebanyak […]
Berita
Peniaga Wanita Kerugian Lebih RM100,000 Ditipu Dua Sindiket Pinjaman Palsu Dalam Facebook
SEREMBAN, 15 Jun (Bernama) — Seorang peniaga terpaksa berputih mata selepas kerugian RM116,945 akibat ditipu oleh dua sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam kejadian di Mantin dekat sini baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Superintenden Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 40 tahun itu dipercayai berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi Whatsapp […]
Kesihatan
Labuan Catat Kadar RT Tertinggi – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat hari ini berbanding 0.92 semalam, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05. Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter beliau, Sabah merekodkan Rt kedua […]
Berita
“Ini Baru Bola…”, Tiada Topeng & Penjarakkan Sosial, Lebih 60k Penyokong Banjiri Stadium, Bebas Sokong Hungary vs Portugal
Ketika ini, sedang berlangsung perlawanan bola sepak Kejuaraan Eropah di antara Portugal dan Hungary di stadium Puskas Arena, Budapest. Selain aksi kedua-dua pasukan itu, kehadiran para penyokong di stadium tersebut juga menarik perhatian warganet di seluruh dunia. Puskas Arena menjadi satu-satunya venue bagi Kejuaraan Eropah yang membenarkan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh. Tanpa memakai pelitup […]
Kesihatan
PKD Jempol, RISDA Wujud Pasukan Vaksin Bergerak Rumah Ke Rumah
JEMPOL, 15 Jun (Bernama) — Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jempol dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengambil inisiatif mewujudkan pasukan vaksin bergerak rumah ke rumah bagi memudahkan warga emas yang uzur, golongan terlantar dan pesakit mendapat suntikan vaksin COVID-19. Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Jempol Dr Ismul Adham Zaini berkata langkah itu juga dapat mengatasi masalah ketidakhadiran golongan terbabit ke PPV ekoran kekangan yang dialami mereka. “Kita […]
Kesihatan
Jepun Mahu Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Malaysia
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa. Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan. “Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan […]
Berita
359,457 Individu Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Sabah Setakat Ini
KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) — Seramai 359,457 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Negeri berkaitan COVID-19 itu berkata seramai 252,384 orang daripadanya adalah penerima suntikan dos pertama, manakala selebihnya iaitu 107,073 […]
Berita
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Dilewatkan Ke Tarikh Lain
ALOR SETAR, 15 Jun (Bernama) — Sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-79 dilewatkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata Sultan Sallehuddin memperkenan sambutan itu dilewatkan memandangkan keadaan semasa negara yang masih belum stabil […]
Luar Negara
Disyaki Ada Gangguan Mental, Lelaki Dilapor Maut Ditikam Kerana Berebut ‘Remote’ TV
Gara-gara berebut alat kawalan jauh TV, seorang lelaki mati ditikam seorang suspek lelaki, jam 6 pagi pada Selasa, lapor portal Tribunnews. Menurut sumber, mangsa ditemui tidak bernyawa dan berlumuran darah di sebuah warung kopi di kompleks Masjid Baiturrahim, Papua, Indonesia. Dilaporkan, mangsa meninggal dunia akibat penganiayaan yang dilakukan oleh pelaku berdasarkan bukti dari rakaman CCTV. […]
Berita
Zamani Ahmad Dilantik Datuk Bandar Shah Alam Kesembilan
SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) — Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) Datuk Zamani Ahmad Mansor dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang kesembilan, berkuat kuasa semalam. Zamani Ahmad, 50, menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan majlis angkat sumpah berlangsung di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA hari […]