Berita
Haji: Kerajaan Masih Tunggu Pengumuman Rasmi Kerajaan Arab Saudi – Zulkifli
KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kerajaan akur dengan apa jua keputusan berkenaan […]

40 Kilat ‘Menyerang’ Dunia Bagi Setiap Saat, Ini Antara Kawasan Yang Kerap Berlaku ‘Panahan’ Kilat
Tempoh musim panas dikatakan merupakan tempoh dalam setahun yang mengandungi lebih banyak awan perolakan cumulonimus terbentuk yang menghasilkan kilat, lapor portal at3w.com. Hal ini disebabkan oleh matahari yang memanaskan kawasan gunung tertinggi geografi kita, yang juga paling dekat dengan aliran udara dingin. Jadi, akan berlakunya pemeluwapan dan pembentukan awan ini. Menurut sumber, pelepasan awan ini […]

Pengendali Vaksin Astrazeneca Perlu Tunjuk Jarum Suntikan Sebelum Dan Selepas Kepada Penerima Vaksin
Susulan dakwaan pemberian dos yang kurang bagi vaksin AstraZeneca di World Trade Centre Kuala Lumpur (WCTKL) yang mula tular di sosial media 20 Mei lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham Baba mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkait isu tersebut. KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd sedang membuat siasatan mengenai perkara ini, kata Dato’ Sri […]
Lelaki Dengan 161 Isteri Dan 151 Anak Dilapor Berharap Akan Dapat Memiliki 100 Isteri Dan 1,000 Anak Sebelum Mati
Seorang lelaki Zimbabwe yang mempunyai 16 orang isteri dan 151 anak mendedahkan bahawa dia mengamalkan jadual seks sebanyak empat kali dalam satu malam bagi memastikan keluarganya terus berkembang, lapor Daily Mail. Lelaki yang berusia 66 tahun itu dilaporkan tidak bekerja dan mendakwa bahawa pekerjaan sepenuh masanya adalah ‘memuaskan isterinya’, yang perlu memasak, membersihkan, dan memenuhi […]

Cupcakes Air Tangan Permaisuri Agong Untuk Petugas Barisan Hadapan
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur antara yang bertuah dapat merasa cupcakes hasil air tangan Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri. Berkongsi perkara berkenaan melalui akaun Facebook, Istana Negara turut memuat naik gambar kek cawan berkenaan yang dikurniakan dan […]

(Video) Baru Sebulan Berniaga, ‘Budak SPM’ Mampu Beli Kereta Honda Cash
Setiap orang mesti ada dream car masing-masing kan? Mungkin ada yang suka jenis mewah, ada pula yang lebih minat style sporty, macam-macam. Bergantung pada ‘citarasa’ masing-masing. Seperti kisah yang tular di aplikasi Tiktok, seorang gadis berusia 17 tahun mampu membeli kereta idamannya selepas membuktikan bahawa budak sekolah juga mampu berjaya. Tidak dinafikan apabila seseorang itu […]

Covid-19: Peningkatan Mendadak PUI Di Pusat Kuarantin Labuan
LABUAN, 24 Mei (Bernama) — Tiga pusat kuarantin di sini semakin menghampiri kapasiti masing-masing susulan peningkatan mendadak jumlah individu dalam siasatan (PUI), kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. Beliau berkata peningkatan PUI itu susulan pengesanan kes aktif besar-besaran yang dijalankan di beberapa kawasan sejak beberapa hari lepas. “Peningkatan PUI disumbangkan oleh Kluster Victoria Merdeka […]

Isu Vaksin – Polis Akan Rekod Keterangan Ketua Menteri P.Pinang
GEORGE TOWN, 24 Mei (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan untuk merekodkan keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac untuk Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata setakat ini tujuh individu termasuk lelaki yang menulis surat untuk menawarkan […]

13,036 Individu Terima Bantuan Khas Covid-19 Sebanyak RM100 Sehari – NADMA
PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) — Seramai 13,036 individu yang hilang pendapatan kerana menjalani kuarantin COVID-19 telah menerima Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari, membabitkan peruntukan RM17.693 juta, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Jumlah itu adalah daripada 27,919 permohonan yang diterima Nadma sehingga hari ini bagi Bantuan Khas RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari tersebut. Agensi di bawah Jabatan […]

Kulit Tembikai Jangan Buang, Wanita Ini Ajar Buat Kulit Tembikai Tumis Udang Yang Korang Tak Pernah Cuba
Bila disebut sahaja tembikai, pasti dah terbayang keenakkannya isinya yang merah. Minum pula air tembikai sejuk pada cuaca panas, memang nikmat! Tetapi setelah dimakan, kulit tembikai jangan pula dibuang, sebab boleh dijadikan hidangan sayur yang lazat. Seperti perkongsian oleh Puan Emma Mikhail di Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang berkongsi resipi […]

‘Uninstall’ Dan Muat Turun Semula MySejahtera Jika Hadapi Masalah Akses Laman Vaksinasi
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Aplikasi ini membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri, pada masa yang sama membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat secara cepat dan berkesan. Pengguna juga boleh mendaftar, mengemaskini dan memantau status vaksinasi masing-masing melalui laman yang tersedia […]

(Video) Gelagat Penguin Lompat Ke Atas Bot Pelancong Di Antartika Buat Ramai Teruja
Seekor penguin chinstrap telah melompat ke atas kapal tiup pelancong kutub di Laut Ross Antartika telah menarik perhatian warganet. Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di Instagram, pemandu kapal itu mematikan enjin kapal untuk membolehkan penguin bayi itu masuk ke dalam kapal dan bersenang-lenang dengan penumpang yang lain. Menurut sumber, ada penumpang yang cuba menyentuh penguin […]
MySejahtera Pantau Had Dua Jam Pelanggan Di Premis Peruncitan
PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) — Had masa maksimum dua jam bagi pelanggan di premis peruncitan akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera apabila mereka mendaftar masuk ke premis, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Katanya aplikasi MySejahtera akan menunjukkan rekod masa masuk secara tepat dan ia akan memudahkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) […]
Wanita 45 Tahun Kematian Terbaharu Rabies Di Sarawak
KUCHING, 24 Mei – Satu lagi kes kematian akibat jangkitan rabies di Sarawak direkodkan di daerah Selangau dekat Sibu yang terletak di bahagian tengah negeri ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Menurutnya, mangsa merupakan wanita berusia 45 tahun telah digigit oleh anjing peliharaannya pada tangan kiri semasa meleraikan pergaduhan antara anjing miliknya […]

Waspada, Amaran Ribut Petir Di Enam Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa buah negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4.25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 […]
Kapasiti Katil ICU COVID-19 Hospital Melaka Di Ambang Amaran
MELAKA, 24 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka menghampiri ambang amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad […]
10,000 Pendaftar Di Kelantan Tidak Hadir Janji Temu Suntikan Vaksin – Exco
KOTA BHARU, 24 Mei (Bernama) — Seramai 10,000 individu yang sudah mendaftar bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan tidak menghadiri janji temu yang ditetapkan untuk menerima suntikan vaksin, setakat semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata perkara ini amat mendukacitakan pelbagai pihak terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri […]

“Kami Hanya Menumpangkan Beliau.., Jarak Sekitar 50 Meter,” Neelofa Jawab Isu Dakwaan Empat Orang Dalam Satu Kereta
Selebriti, Neelofa tampil menjelaskan dakwaan dirinya menaiki kenderaan melebihi had penumpang dibenarkan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan terkini. Jelasnya, beliau dan suami hanya menumpangkan peguam mereka ketika menghadiri sesi memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka di IPD Seremban hari ini. “Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar […]
Selangor Pertimbang Ujian Saringan COVID-19 Dari Rumah Ke Rumah – MB
SHAH ALAM, 24 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan jumlah pasukan yang ramai. “Jika mahu lakukan ujian dari rumah ke rumah kita memerlukan pasukan […]
Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak 3 Kali Kerana Mematuhi SOP? Ini Penjelasan Mufti WP
Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini telah menyebabkan pelbagai sekatan terpaksa dilakukan untuk memastikan rantaian virus ini dapat diputuskan. Kesannya turut meliputi aktiviti di masjid dan surau termasuklah ibadah berjemaah. Seperti solat Jumaat, timbul persoalan adakah perlu menunaikan solat taubat sekiranya tidak hadir berjemaah kerana patuh SOP yang telah ditetapkan. Justeru daripada itu, […]