Berita

Tragis, Kanak-Kanak 4 Tahun Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Terjatuh Dalam Longkang
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Benama) — Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang tadi, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang […]

Indonesia Sekat Kemasukan Semua Warga Asing Dari 1 Hingga 14 Jan
JAKARTA, 28 Dis (Bernama) — Bermula 1 hingga 14 Jan ini, Indonesia kembali menyekat kemasukan warga negara asing ke republik itu bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Luarnya Retno Marsud. Beliau berkata bagi warga asing yang tiba ke Indonesia dalam tempoh hari ini sehingga Khamis pula, mereka diwajibkan memiliki surat ujian swab atau ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) dari negara asal. ”Setibanya […]

Covid-19: Thailand Catat Satu Lagi Kematian
BANGKOK, 28 Dis (Bernama) — Seorang pekerja pusat perjudian haram di wilayah Rayong menjadi mangsa ke-61 yang maut akibat COVID-19 di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan Awam Satit Pitutacha berkata lelaki berusia 45 tahun itu didapati positif virus berkenaan semalam. “Mangsa yang mempunyai masalah jantung, meninggal dunia di hospital hari ini,” menurut catatannya di laman Facebook rasminya hari […]

Aplikasi Whatsapp Akan Henti Beroperasi Untuk Pelbagai Peranti Lama Apple Dan Android Bermula 1 Januari 2021
Jutaan telefon di seluruh dunia tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 berikutan aplikasi itu memberhentikan perkhidmatan mereka kepada berjuta-juta peranti lama. Menurut laporan Metro UK, hanya sebilangan telefon boleh mengemaskini ke perisian yang lebih baru untuk memastikan WhatsApp mereka tetap beroperasi, tetapi sebahagian besar akan kehilangan aplikasi itu sama sekali. WhatsApp sering […]

Tidak Timbul Isu Kenaikan Harga Produk Pertanian Cameron Highlands – MB Pahang
KUANTAN, 28 Dis – Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian dari Cameron Highlands kerana nilai sewaan tanah RM4,500 setahun tidak memberikan kesan besar kepada keuntungan petani dan peraih, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata kadar sewaan berkenaan telah dikaji dan bersesuaian dengan keadaan semasa serta tidak membebankan petani di […]

Gerai Makanan Segera Berusia 2,000 Tahun Ditemukan Di Pompeii
Pakar arkeologi menemukan kios makanan segera di antara reruntuhan tapak di kota Pompeii, sebuah pusat pelancongan popular di Itali. Termopollium fresco yang ditemukan tersebut nampak terawet dengan baik oleh abu volkanik dari letusan dasyat Gunung Vesuvius yang meletus pada 79 M. Dipetik dari Science Alert, kedai makanan tersebut kelihatan seperti memiliki hiasan dengan pola polikrom. […]
Seorang Bayi Positif Covid-19, Hasil Siasatan Mendapati Bayi Dijangkiti Oleh Orang Dewasa Yang Pulang Dari Negeri Zon Merah – PKD Kota Setar
Terkini, terdapat satu kes Covid-19 melibatkan seorang bayi dilaporkan di negara ini yang mendapat jangkitan oleh orang dewasa. Menerusi kenyataan ringkas Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijangkiti oleh individu itu yang baru pulang dari negeri Zon Merah. ”Dukacita dimaklumkan, terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit […]
COVID-19: Individu Positif Diminta Bersabar Sementara Dibawa Ke Hospital – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 28 Dis- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang disahkan positif COVID-19 untuk kekal berada di rumah sehingga petugas perubatan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hadir untuk membawa mereka ke hospital ditetapkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka ini perlu bersabar kerana ketika ini, jumlah individu positif meningkat menyebabkan […]

PKPB Berjaya Kekang Penularan Covid-19 – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 28 Dis — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu. “Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan,” katanya pada sidang media […]

Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Laut Maluku
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Laut Maluku, pada pukul 3.31 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 168 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia pada kedalaman 54 km. Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. —BERNAMA
Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Laksana SOP Lebih Ketat Jika Pelanggaran SOP Terus Berleluasa – Ismail
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat kepada semua rakyat sekiranya pelanggaran SOP semakin berlelusa. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi ketika menjawab soalan media. Tegas beliau, sekiranya rakyat gagal menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh […]

Pandemik COVID-19 Beri Tekanan Hebat Kepada Polis Sabah, Labuan
LABUAN, 28 Dis- Penularan pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran luar biasa dan ini memberi tekanan yang agak berat kepada pasukan polis Sabah dan Labuan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali hari ini. Katanya beliau tidak dapat menafikan perkara itu, dan mereka bersyukur dengan kehadiran pasukan penguat kuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia dan anggota […]

TERKINI: 1,594 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan, Selangor Catat Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 697 Kes
Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,594 kes sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 106,690 kes setakat Isnin (28 Disember 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 20,643 […]

PKPB Di Kuala Lumpur Dan Seremban Dilanjutkan Sehingga 14 Januari 2020
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban sehingga 14 Januari 2021. Keputusan tersebut dibuat atas nasihat Kemementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kes aktif yang tinggi menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ”Bagi daerah Seremban, KKM mengesahkan baki kes aktif kes Covid […]

PKPB Di Negeri Selangor Dilanjutkan Sehingga 14 Januari 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, dilanjutkan lagi sehingga 14 Januari 2021. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media harian, Perkembangan Terkini PKPB dan PKPB di Malaysia oleh Ismail Sabri selaku Menteri Kanan Keselamatan. Sebelum ini, PKPB di Selangor di jadualkan tamat pada 31 Disember 2020 […]
Tipu Kelulusan Kuota Pekerja Asing KDN, Dua Lelaki Dipenjara, Didenda
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Seorang lelaki dipenjara tujuh bulan dan seorang lagi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menipu seorang pengarah syarikat berhubung kelulusan kuota pekerja asing Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM25,000 tahun lepas. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap tertuduh, 55, […]

Kapal Rusia Karam Di Laut Barents, Nasib 17 Individu Belum Diketahui
MOSCOW, 28 Dis (Bernama) — Kapal Onega Rusia karam di Laut Barents berdekatan kepulauan Novaya Zemlya dengan 19 orang di dalamnya, dua di antaranya berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik pihak berkuasa pada Isnin. Menurut siasatan awal, kejadian di utara Rusia itu disebabkan oleh pembentukan ais. “Anak kapal seramai 19 orang. Dua orang telah […]
(Video) Tunduk Tanda Terima Kasih, Tindakan Budak Tolak Ibu Berkerusi Roda Ini Raih Pujian Warganet
Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang memberi tunduk hormat kepada pengguna jalan raya sebagai tanda terima kasih kerana memahami dan memberi laluan kepadanya berjaya raih pujian daripada warganet. Video yang dikongsikan melalui sebuah akaun Twitter bernama @menteridigital itu memaparkan seorang budak lelaki yang menggalas beg biru membantu ibunya yang berkerusi roda melintasi sebuah jalan. Budak lelaki […]
Isu Penyeludupan Daging Di Luar Bidang Kuasa Jakim
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Isu penyeludupan daging yang hangat diperkatakan sekarang adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. Beliau berkata, peranan pasukan Jakim adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara, mematuhi hukum syarak dari aspek proses penyembelihan […]
APMM Patahkan Cubaan Seludup Ganja Bernilai RM1.5 Juta
KUALA PERLIS, 28 Dis — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, mematahkan cubaan menyeludup ketulan ganja mampat seberat 300 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.5 juta, dalam satu Op Khas di perairan Kuala Perlis di sini pada 25 Dis lepas. Timbalan Pengarah Operasi Maritim APMM Kedah dan Perlis Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, dalam […]