Berita
Pengantin Perempuan Minat ‘K-Pop’ Gembira Tak Terkata, Suami Bagi Album Solo Kai EXO Sebagai Hantaran
JAKARTA – Baru-baru ini, tular kisah seorang pengantin perempuan menerima album solo artis Kai EXO sebagai salah satu barang hantaran perkahwinannya. Kejadian tersebut tular selepas dimuat naik di Instagram oleh salah seorang tetamunya. Pengantin perempuan yang bernama Grace, 31 mengatakan album tersebut adalah hadiah bahkan hantaran yang istimewa daripada suaminya, Pirzi. Suaminya memberi hantaran berupa […]
Pemandu Lori Tikam Kekasih, Cuba Bunuh Diri Didakwa
KUALA LUMPUR, 23 Dis – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam kekasihnya hingga cedera parah dan cuba membunuh diri dengan meminum racun, minggu lepas. Chong Lai Ann, 46, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahyon Talib. Mengikut […]
Sabah Rugi Lebih RM450 Juta Akibat Kecurian Air, Elektrik
KOTA KINABALU, 23 Dis (Bernama) — Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) berkata daripada jumlah itu RM342 juta adalah kerugian akibat penyambungan bekalan air […]
Anggota Polis Trafik Ditahan, Tular Memandu Lawan Arus & Disyaki Mabuk
JOHOR BAHRU, 23 Dis – Seorang anggota polis trafik berusia 25 tahun ditahan tengah malam tadi kerana memandu secara melawan arus serta disyaki di bawah pengaruh alkohol. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pada awalnya pihaknya menerima satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya dan menyongsang arus di Jalan […]
Beberapa Laluan Di Negeri Sembilan Dijangka Sesak Mulai Esok Menjelang Cuti Krismas & Tahun Baharu
SEREMBAN, 23 Dis (Bernama) — Beberapa laluan di Negeri Sembilan dijangka mengalami pertambahan kenderaan mendadak mulai esok sehingga 2 Jan susulan cuti umum perayaan Krismas pada Jumaat ini serta sambutan Tahun Baharu 2021. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata ia membabitkan 19 laluan di kesemua tujuh daerah […]
Mengaku Plagiat Tesis, Selebriti Korea Hong Jin Young Mohon Maaf, Akur ‘Master’ & PhD Ditarik Semula
Selebriti Korea, Hong Jin Young, 35, tampil memohon maaf dan mengaku bersalah atas perbuatan memplagiat kajian tesis sarjananya. Pada November sebelum ini, Hong Jin dituduh melakukan plagiat dalam tesisnya ekoran penulisan kajiannya itu didapati meragukan pihak universiti. Ketika isu itu tersebar luas, bekas anggota kumpulan SWAN itu bersungguh-sungguh menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dirinya telah […]
PNB Umum Dividen ASB 4.25 Sen & Pembayaran Ihsan 0.75 Sen Untuk 30,000 Unit Pertama
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 31 Disember 2020. Menerusi pengumuman secara live di Facebook Permodalan Nasional Berhad, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, memaklumkan bahawa jumlah pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta unit pemegang saham ASB bagi tahun […]
Maut Langgar Tiang Elektrik Selepas Rempuh Kawanan Lembu
KUANTAN, 23 Dis – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka melanggar kawanan lembu sebelum terbabas ke arah tiang elektrik di Jalan Merapoh-Kem Sungai Relau, Lipis kira-kira 166 kilometer dari sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku 10.20 malam, semasa mangsa Md […]
“Pajero 22 Tahun Ni Terus Nampak Macam Baru Keluar Kilang”, Lelaki Puji Hasil Kerja “Overhaul” Enjin & “Bodywork” Pelajar Giat MARA
Bila ada minat dan kesungguhan, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Bahkan, mungkin mencipta sesuatu yang baharu yang sebelum ini dianggap sukar. Sama dengan pelajar-pelajar di Giat MARA, mereka sangat berkemahiran dalam mencipta sesuatu produk atau peralatan yang boleh menjana pendapatan untuk mereka kelak. Menerusi perkongsian Mohd Amzari di Facebook, beliau memuji […]

Berbaki Beberapa Hari Lagi 2020, BMW Nak Bagi Korang Hadiah ‘Istimewa’ Untuk “Cheer Up” Mood Menjelang Tahun Baru
Macam yang kita semua tahu, 2020 ni banyak benda yang berlaku dan yang paling membuat kita semua terkesan, sudah tentulah pandemik COVID-19. Banyak planning dari awal tahun terpaksa dilupakan, angan-angan nak makan angin terkubur begitu sahaja. Last-last, cuma berkurung di rumah je kan. Memang ada yang rasa fed up dengan 2020 dan tak sabar nak […]
Lelaki ‘Berang’ Sijil Ijazahnya ‘Dimakan’, Kelaku ‘Pesalah’ Buat Lentok Bikin Ramai Geli Hati
Bila bercakap mengenai ragam kucing, walau senakal manapun haiwan tersebut, ia pasti akan tetap disayangi dan dianggap ‘comel’ oleh pemiliknya. Manakan tidak, haiwan itu juga menjadi terapi bagi menghilangkan segala tekanan. Namun, nampaknya berbeza dengan kucing ini yang jelas menimbulkan ‘kemarahan’ pemiliknya. Menerusi ciapan Mamblonumber5 atau Afif Adlan di laman Twitter, dia berkongsi mengenai kucingnya […]
Turki Dilapor Temui Simpanan Emas 3.5 Juta Auns, Dipercayai Antara Lima Perlombongan Emas Terbesar Dunia
ANKARA, 23 Dis – Turki dilaporkan menemui sejumlah simpanan emas terbesar di lombong milik syarikat pengeluar emas, Gubretas di wilayah Marmara baru-baru ini. Pengerusi syarikat, Fahrettin Poyraz berkata, nilai anggaran kesemua 3.5 juta auns emas (bersamaan 99 tan) berkenaan adalah kira-kira RM24 bilion berdasarkan harga emas semasa. Difahamkan, penemuan emas terkini itu adalah dipercayai antara […]
(Video) Detik-Detik Mendebarkan Cheetah Dahaga Diserang Buaya Ketika Leka Minum Air
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, itulah yang dapat digambarkan pada sebuah rakaman dramatik yang menunjukkan seekor buaya sepanjang 13 kaki mengheret seekor cheetah ke dalam air hingga mati semasa ia sedang minum. Cheetah yang sedang dahaga itu berada di pinggir tasik untuk minum, tanpa menyedari buaya itu bersembunyi tepat di bawah garis air, […]
Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Krismas Edisi Terhad
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pos Malaysia meraikan semangat perayaan dengan melancarkan koleksi Setem Ku edisi terhad Krismas 2020 yang boleh didapati di kedai dalam talian Pos Malaysia www.pos.com.my dan 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara mulai esok (23 Dis). Ketua Kumpulan Pengurusan Saluran dan Pengalaman Pelanggan Pos Malaysia Berhad Azmil Othman Merican berkata setem edisi […]

Sindiket Macau Scam, Judi Dalam Talian Aktif Sekitar KL Tumpas
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, selepas 11 individu ditahan termasuk empat warga China dalam tiga serbuan sekitar ibu negara, semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pertama kira-kira 3.30 petang itu, tiga lelaki warga China berusia 28 hingga 34 tahun […]

Dua Wanita Warga Asing Edar Dadah Ditahan
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Dua wanita warga Iran dan Ukraine ditahan, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sekitar ibu negara, petang semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata hasil soal siasat membawa kepada penemuan dadah jenis ganja seberat 483 gram dan lima paket plastik mengandungi ketamin seberat 65.76 gram dianggarkan bernilai […]
PLUS Sediakan 221 Pasukan Rondaan Hadapi Krismas, Tahun Baru
KUALA LUMPUR, 22 Dis — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Senai-Desaru Expressway (E22) menyediakan seramai 221 pasukan rondaan di Lebuhraya Utara-Selatan dan E22 sebagai persediaan menghadapi Krismas dan tahun baharu. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 548 pegawai PLUSRonda dan Pasukan Keselamatan E22, akan melakukan rondaan secara berterusan di kedua-dua lebuh raya. […]
Polis Rampas Pokok Kayu Karas Bernilai RM2 Juta
SERDANG, 22 Dis — Polis berjaya merampas 10 batang pokok kayu karas dipercayai dicuri serta pelbagai hasil produk daripada kayu berkenaan, dianggarkan bernilai RM2 juta hasil serbuan ke atas tiga lot kedai di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata dalam serbuan pada 8.30 pagi itu pihaknya turut […]
“Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga,” Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri
Kemalangan yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad beberapa hari lalu telah mengejutkan ramai pihak. Anaknya yang baru berusia 22 hari antara yang maut termasuklah ibu mertuanya. Ekoran daripada itu, rakan sepasukan, jurulatih dan warganet telah memberi sokongan kepada Syafiq Ahmad bagi menghadapi ujian tersebut. Dalam perkongsian terbaru di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew […]
Lelaki Dilapor Dipenjara Kerana Menipu Tak Pernah ‘Tidur Bersama Isteri’ Untuk Jimatkan Kos ‘Penceraian’
Dalam usaha untuk menjimatkan kos dalam proses penceraian, seorang lelaki di Singapura didakwa berbohong di mahkamah bahawa isterinya yang baru dinikahi telah menolak untuk menyelesaikan perkahwinan mereka sehingga dapat membatalkan perkahwinan mereka sebagai ganti, lapor Asione.com Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilapor cuba mengelakkan diri daripada dituduh untuk memberi penceraian dan telah berkerjasama dengan […]