Berita
TERKINI COVID-19: Dukacita 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini, Libatkan Lelaki Tempatan 57 Tahun
PUTRAJAYA, 3 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu (1) kematian terkini dilaporkan akibat COVID-19. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes merupakan warganegara lelaki berusia 57 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi, mula alami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September […]
Bagi Bakal Siswa Yang Terjejas, Thread Twitter Bantuan Awam Oleh Netizen Ini Mungkin Boleh Membantu Anda
Semalam, berlaku satu isu yang agak menggemparkan apabila satu arahan berkenaan penangguhan pendaftaran pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi (IPT) dikeluarkan. Berikutan keputusan itu, tidak dapat tidak bakal siswa ini perlu akur untuk tidak meneruskan kemasukan ke kampus idaman mereka. Mana yang ‘mampu’, Alhamdulillah tiada masalah untuk berpatah balik semula ke rumah dengan tenang. Namun bagi […]
Polis Berkas Mekanik Disyaki Curi Patung Sembahan
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencuri patung sembahan dan peralatan sembahyang dari sebuah tokong di Kampung Baru Salak Selatan dalam kejadian Khamis lepas. Ketua Polis Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata suspek berusia 44 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik diberkas pada 10 malam hari sama di […]
“Elak Makan Berhidang”, KKM Kongsi 10 Tips Elak Makan Berlebihan
Makan secara berlebihan merupakan salah satu punca utama obesiti. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kadar berpatutan penting untuk mengawal berat badan supaya berada pada tahap yang sihat. Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 10 tips untuk mengelakkan diri daripada makan secara berlebihan. Nak tahu tipsnya? Jom teruskan bacaan. 1. Elak ‘kebuluran’ 2. Makan ikut waktu […]
TERKINI COVID-19: Hari Kedua Catat Kes Tertinggi, 317 Kes Baru Hari Ini & Semua Penularan Tempatan
Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat 317 kes baru COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes melibatkan penularan tempatan. “Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak […]
15 Tahun Tunggu Zuriat, Wanita Sarat Hamil Kembar Menanti Hari Bersalin Dilapor Keguguran Selepas Jadi Mangsa Langgar
Sedih dan menyayat hati. Selepas dipercayai 15 tahun menunggu kelahiran cahaya mata, pasangan Munipah (48) dan Duri (55) terpaksa berputih mata apabila bayi kembar mereka maut selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut Suara Jogja, pasangan yang bekerja sebagai pengutip sampah itu sering keluar seawal 3 hingga 5 pagi untuk mencari rezeki demi anak […]
Pelakon Suara Asal Watak Doraemon Meninggal Dunia
Pelakon suara asal animasi bersiri popular dari Jepun, Doraemon dilaporkan meninggal dunia. Menurut laporan CNA, Tomita Kosei yang berusia 84 tahun meninggal dunia pada 27 September selepas menderita strok. Mendiang menjadi pelakon suara asal watak Doraemon ketika mula bersiaran pada 1974. Bagaimanapun peranannya digantikan Masako Nozawa dan keputusan tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati […]
SOP Di Masjid Dan Surau Akan Diperkemaskan – Dr Zulkifli
KUALA KUBU BHARU, 3 Okt (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau akan diperkemaskan susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini. Berkongsi mengenai perkembangan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana […]
Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP Semula Seluruh Negara – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan jumlah kes jangkitan yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu dan bukan secara rawak. “Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita […]
Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif COVID-19 & Bukan Semuanya Orang Politik -Ismail Sabri
Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kes COVID-19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus. Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dakwaan peningkatan kes COVID-19 adalah berpunca daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini. “Yang balik daripada Sabah yang telahpun dibuat saringan ialah 13,000 […]
TERKINI: Kawalan Di Pantai Timur Sabah Dipertingkatkan, Keanggotaan & Aset Keselamatan ATM, PDRM & APMM Ditambah Kekang Kemasukan PATI
PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan akan mempertingkatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kenaikan kes jangkitan COVID-19 di negara ini berpunca daripada kemasukan PATI tersebut. “Sidang khas hari ini bersetuju untuk menambah keanggotaan […]
Hanya Pemimpin Bertaraf Menteri & Setaraf Luar Negara Dibenarkan Masuk Ke Malaysia Untuk Lawatan Kerja -Ismail Sabri
Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, lawatan melibatkan pimpinan luar negara dan sebaliknya dibenarkan mengikut SOP tertentu. “Kita mempunyai hubungan dengan negara luar. Ramai pemimpin luar terpaksa datang ke negara untuk rundingan dan pelbagai perkara berkaitan. Kita tidak menyekat sebagai sebuah negara yang bersahabat dengan seluruh negara luar. “Kita […]
COVID-19: Semua Tabika, Taska Kemas Di Zon Merah Ditutup
TASEK GELUGOR, 3 Okt (Bernama) — Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin. Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan […]
Vivo Sedia Teroka Pasaran Peranti Premium, Lancar X50 Pro Dengan Pelbagai Spefikasi Terkini
Sejak penubuhannya di Malaysia pada tahun 2016, vivo memberikan keutamaan kepada kehendak pengguna yang mahukan produk dan perkhidmatan yang bersifat peribadi dalam membangunkan produk berinovasi tinggi mereka. Jika sebelum ini Vivo memfokuskan pasaran segmen pertengahan, mereka kini lebih bersedia untuk meneroka pasaran premium dengan peranti terbaru mereka, X50 Pro yang dilengkapi dengan Sistem Kamer Gimbal […]
‘Siswa Jaga Siswa’ Trending Di Twitter, Ada Pelajar Dakwa Mahu Pulang Ke Universiti Kerana Tertekan Di Rumah
Sedar tidak sedar, rupanya ada antara siswa kita yang menjadikan tempat belajar sebagai salah satu tempat untuk menyelamatkan diri dari perpecahan keluarga. Menurut laporan Kesihatan Mental Nasional 2017, seramai satu daripada lima remaja di Malaysia mengalami kemurungan di mana kebanyakannya adalah remaja lelaki, iaitu 18.9 peratus. Angka ini pastinya membimbangkan terutama ketika berlakunya pandemik COVID-19 […]
Arab Saudi Benarkan Semula Pelaksanaan Ibadah Umrah Secara Berperingkat Bermula Esok
Pelaksanaan umrah akan dibuka secara berperingkat bermula Ahad ini (4 Oktober 2020), lapor Gulf News. Pun begitu, tiada jemaah yang disyaki positif koronavirus akan dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram. Kata Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, kementerian kesihatan telah mempersiap pusat kesihatan berskala kecil dengan keperluan lengkap […]
Lantai Rumah Bergegar & Pintu Pecah, Tebing Runtuh Disangka Gempa Bumi
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — “Saya terbangun dari tidur selepas dikejutkan dengan satu dentuman kuat serta lantai rumah bergegar seakan gempa bumi,” kata seorang mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah pangsapuri Persiaran Syed Putra, di sini pada Khamis lepas. Mangsa kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah,16, berkata sewaktu kejadian dia tertidur selepas menonton […]
“Bila Orang Lalu Ja Tutup Mulut”, Lelaki Kongsi Hakikat Jadi Pekerja Pembersihan, Minta Orang Ramai Hormati Pekerjaan Orang Lain
Setiap pekerjaan di dunia ini saling melengkapi keperluan kita antara satu sama lain. Tanpa petani, tak dapatlah guru, pemandu mahupun doktor makan nasi, tanpa penternak, tiadalah baju atau jaket mewah ahli perniagaan dan tanpa pengutip sampah, nescaya kotorlah persekitaran. Tiada pekerjaan yang lebih mulia daripada yang lain selagi ia halal dan dilakukan dengan ikhlas untuk […]
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Kesulitan Yang Timbul…”- Menteri Pengajian Tinggi
KUALA LUMPUR, 3 Okt – Cadangan penangguhan serta-merta pendaftaran fizikal pelajar baharu ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) semalam adalah berikutan kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19 akhir-akhir ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, peningkatan kes tersebut adalah di luar jangkaan dan keputusan dibuat setelah perbincangan antara kementeriannya bersama pihak IPT dan Majlis Keselamatan […]
(Video) Perdana Menteri Pengerusi Mesyuarat Khas MKN Berkenaan COVID-19 Pagi Ini
PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan […]