Berita

Berita
(Video) Maszlee Malik Lancar ‘Crowd Funding’ Bantu Siswa Terkandas, Berjaya Kumpul Hampir RM 44k Setakat 9 Pagi Ini
Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan terkini menyarankan agar semua Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baharu. Bagaimanapun, menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad mencadangkan agar sesi pendaftaran tersebut dijalankan secara dalam talian dan keputusan drastik itu dibuat berikutan kadar kes jangkitan COVID-19 didapati meningkat akhir-akhir ini. Sehubungan itu, ramai bakal siswa yang […]
Berita
Bintang Liverpool, Sadio Mane Disahkan Positif COVID-19
Sadio Mane yang merupakan bintang bola sepak kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan positif COVID-19. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh kelab berkenaan dalam satu tweet sebentar tadi. Sadio Mane has tested positive for COVID-19 and is currently self-isolating according to the necessary guidelines. — Liverpool FC (@LFC) October 2, 2020 Beliau menunjukkan simptom-simptom jangkita yang […]
Luar Negara
Trump Dimasukkan Ke Pusat Perubatan Tentera, Dirawat Beberapa Hari
Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tentera Negara Walter Reed malam tadi. Merujuk laporan CNN, Rumah Putih memaklumkan yang beliau akan menerima rawatan di sana selama beberapa hari. Perkembangan terkini itu dikemaskini selepas 15 jam Trump disahkan positif ujian COVID-19. Difahamkan, Trump dirawat dengan ubat antibodi eksperimen yang telah […]
Kesihatan
Kerajaan Selangor Umum Beberapa Langkah Hadapi Peningkatan Kes COVID-19
SHAH ALAM, 2 Okt — Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan beberapa langkah sebagai persediaan negeri ini menghadapi peningkatan kes baharu penularan wabak COVID-19 ketika ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah utama yang akan dilaksanakan adalah saringan bersasar secara percuma untuk rakyat negeri ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 Sept lepas. “Memandangkan kemungkinan jangkitan baharu yang berkait dari Sabah, kerajaan negeri ingin membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19 dengan mengadakan saringan bersasar secara percuma kepada rakyat terlibat. “Saringan itu boleh dilakukan di semua cawangan Klinik Selcare milik anak syarikat kerajaan negeri, […]
Kesihatan
KKM Hantar 11 Jururawat Semenanjung Bantu Pasukan Perubatan Di Dua Hospital Di Sabah
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan 11 jururawat di Hospital Semporna dan Tawau bagi membantu pasukan perubatan di kedua-dua hospital yang terkesan akibat peningkatan kes COVID-19 di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumpulan jururawat itu merupakan kelompok pertama dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah secara berperingkat sejak pagi tadi. […]
Berita
“Cukup Buat Aku Rasa Tidak Ditinggalkan,” Coretan Rindu Lelaki Ini Setelah Kehilangan Isteri Dua Tahun Lalu Undang Sebak
Tidak dapat dibayangkan rasanya jika kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya terutama isteri yang selama ini menjadi suri di hati. Pun begitu, hidup masih perlu dijalani dengan cekal. Sama dengan perkongsian lelaki ini yang telah kehilangan isterinya sejak dua tahun lalu. Kini tabah membesarkan anak-anak, Khairul Abdullah menerusi kiriman di Facebook miliknya berkongsi mengenai kehidupan yang […]
Berita
UiTM Nafi Halau Pelajar Mendaftar-Naib Canselor
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan kenyataan yang mendakwa institusi pengajian tinggi awam itu telah menghalau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar. Menurutnya, UiTM telah […]
Berita
(Video) Detik Cemas, Bayi Dalam Dakapan Ibu Didakwa Diculik Sebelum Ditemui Semula Di Landasan Kereta Api
Seorang bayi di Guatemala didakwa telah diculik di sebuah jalan yang sesak daripada dakapan ibunya, lapor Daily Mail. Insiden penculikan itu dilaporkan berlaku di Zacapa, sekitar 70 batu dari ibu kota Guatemala City, pada 30 September. Kamera CCTV yang terdapat di jalan tersebut berjaya memaparkan insiden yang mengejutkan itu. Ketika kejadian, penculik tersebut dikatakan menunggunya […]
Berita
(Video) Dah Macam Mengadu Sakit, Gelagat Panda Diusap, Seakan Dipujuk Penjaga Selepas Terjatuh Raih Perhatian
Selain kucing, gelagat panda juga sentiasa menjadi perhatian kerana kecomelan dan kenakalan mereka terutama ketika berada berdekatan dengan manusia. Sesiapa saja pasti akan ‘geram’ melihat telatah mereka yang sangat ‘clingy’ dan suka bermain-main. Jika ia boleh dijadikan haiwan peliharaan, pastinya ramai yang ingin memiliki mereka. Terbaru, satu video yang menyaksikan seekor anak panda terjatuh dan […]
Berita
Peningkatan Kes COVID-19: Sambutan Hari Sukan Negara 2020 Ditangguh
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Okt ini ke satu tarikh bersesuaian, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata penangguhan berkenaan diputuskan sebagai […]
Berita
Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan […]
Kesihatan
Guru Positif COVID-19, Sekolah Rendah Ditutup Sementara
KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Bernama) — Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara mulai hari ini setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus. Beliau berkata aktiviti disinfeksi secara menyeluruh di sekolah itu akan dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu. “Seramai 62 pelajar, 23 guru dan lima kakitangan sokongan […]
Kesihatan
SPR Sahkan Tiga Petugas Dijangkiti COVID-19
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengesahkan tiga petugasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangkiti COVID-19. Ketika dihubungi Bernama, Abdul Ghani berkata selain tiga petugas itu yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, kesemua petugas SPR lain yang terlibat dengan pilihan raya itu diarah […]
Berita
Zulkifli Akan Ke Arab Saudi Dapatkan Maklumat Status Haji
NILAI, 2 Okt (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi pada awal tahun depan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai status perjalanan ibadat haji rakyat Malaysia musim 2021. Katanya, kunjungan berkenaan juga penting bagi mendapatkan butiran bagi pelaksanaan ibadah haji dan umrah […]
Berita
Polis Tahan Remaja Lelaki Selepas Video Tidak Senonoh Tular
KAMPAR, 2 Okt — Polis Kampar menahan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini berikutan penularan sebuah kilp video yang menunjukkan kelakukan tidak senonoh, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Hasron Nazri Hashim berkata pelajar berumur 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam tadi susulan laporan polis yang diterima kira-kira pukul 7 […]
Berita
Aminuddin Nafi Dimasukkan Ke Hospital, Positif COVID-19
KUALA PILAH, 2 Okt (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19. Sebaliknya, beliau berkata apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka. “Ramai orang baca topik sahaja dan hantar kepada saya. Saya harap kita kena bijak […]
Berita
COVID-19: 11 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini Termasuk Kedah Dengan 129 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semuanya melibatkan kes tempatan. Susulan itu, berikut merupakan beberapa negeri yang mencatatkan kes baharu Covid-19 pada hari ini. Antaranya, Kedah mencatatkan kes baharu yang tertinggi iaitu sebanyak 129 kes diikuti dengan Sabah iaitu sebanyak […]
Kesihatan
Agong Berangkat Pulang Selepas Jalani Rawatan Di IJN
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 Sept lepas. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah beransur pulih. […]
Kesihatan
TERKINI: Dua Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Selangor – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan pada hari ini. Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM, kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Seri Anggerik iaitu di Hulu Selangor dan satu lagi ialah Kluster Seri Setia di Gombak. Menerusi maklumat berkenaan kluster yang dikongsikan itu, kes indeks Kluster Seri […]
Berita
Annuar Seru Ahli Politik Ketepikan Perebutan Kuasa, Tumpu Keselamatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini sekarang. “COVID-19 adalah satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly […]