Berita
Ini 9 Tanda-Tanda Bayi Sedang Lapar Selain Menangis
Para ibu bapa yang mempunyai bayi kecil di rumah pasti sedang mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan penjagaan bayi mereka. Lebih-lebih lagi apabila sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Baru-baru ini, seorang doktor telah berkongsi informasi di laman Twitter berkaitan dengan penjagaan bayi. Tweet oleh Dr Mohammad Iqbal ini mengajar para ibu […]
Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 Di Semenyih
KUALA LUMPUR, 17 April — Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa maut di lokasi kejadian […]

Penghantar Foodpanda Terima Manfaat Perlindungan Perkeso
KUALA LUMPUR, 17 April — Seramai 2,544 penghantar (riders) Foodpanda seluruh negara kini menerima manfaat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hasil caruman syarikat Foodpanda Malaysia. Pengarah Urusan syarikat itu Sayantan Das berkata caruman berjumlah RM199,958.40 telah diserahkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai penghargaan kepada para penghantar Foodpanda serta komitmen bagi kebajikan mereka dengan memberi […]

ECC Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Terima 10,433 Aduan Sejak Awal Tahun
KUALA LUMPUR, 17 April — Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 10,433 aduan mengenai pelbagai isu kepenggunaan sejak Januari sehingga hari ini. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata daripada jumlah itu, 8,592 aduan disiasat dengan sebahagian daripadanya adalah aduan berkaitan harga barang, selain isu […]
“COVID-19 Membawa Pelbagai Pengajaran Dan Hikmah” – Ustaz Kazim
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan kerajaan sehingga 28 April 2020 dilihat mendatangkan pelbagai cabaran buat seluruh warga Malaysia. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dalam pada itu merasa terpanggil mengulas isu ini. Menurut beliau, tempoh ini banyak mengajar kita untuk berubah daripada norma biasa. Namun katanya, semua ini membawa hikmah dan pengajaran buat kita […]
Lelaki Gantung Uniform SPDRM Dalam Kereta Elak Ditahan
Taktik seorang lelaki menggantung pakaian seragam Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) di dalam kenderaan untuk mengelak ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah tidak menjadi apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Anjung Indah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berumur 27 tahun itu […]
Penghantar Makanan Ditahan Kerana Ingkar PKP, Pukul Anggota Polis
Seorang penghantar makanan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menyerang anggota polis dalam kejadian di Pandan Cahaya, Ampang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, lelaki berumur 28 tahun itu yang menaiki motosikal Modenas Kriss bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota […]
Berhenti Kerja Bank Selepas 25 Tahun, Anak Kagum Bapa Kejar Impian Jadi ‘Baker’
Tidak terkejut jika ramai mengambil keputusan mengorbankan kerjaya masing-masing demi minat yang lama terpendam. Terbaru, seorang pemuda mendedahkan kisah bakat terpendam ayahnya yang berhenti kerja pada usia 50 tahun, setelah 25 tahun berkhidmat sebagai pegawai bank demi mengejar impiann. Apa yang menarik perhatian, bapanya itu memilih menjadi seorang pembuat kek. Posting berkenaan mendapat perhatian warganet […]
Amirul Azhan Manfaat Tempoh PKP Bantu Ibu Urus Kedai Makan
KUALA LUMPUR, 17 April — Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini jelas dimanfaatkan sepenuhnya pemain pertahanan kanan Perak, Amirul Azhan Aznan yang membantu perniagaan kedai makan yang diusahakan bersama ibunya di Ipoh. Pemain berusia 26 tahun itu turut melakukan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan selain membuat pemasaran terhadap kedai makan ibunya yang diberi […]
(Video) Ribuan Anak Ayam ‘Banjiri’ Kawasan Lapang Dipercayai Seminggu Selepas Telur Ayam Dibuang
Berlegar di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan ribuan telur ayam yang didakwa dibuang, menetas dengan sendirinya di satu kawasan terbuka. Dari beberapa sumber yang memuat naik video tersebut, difahamkan bahawa kejadian unik itu terjadi di Surjani, sebuah bandar kecil yang terletak di Karachi, Pakistan. Dalam video tersebut, beribu-ribu anak ayam dilihat berkeliaran di […]

Empat Pintu Sempadan Thailand-Malaysia Dibuka Semula Mulai Esok
PATTANI, 17 April (Bernama) — Bermula esok, empat pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula dan dijangka lebih 8,000 warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan pulang secara berperingkat ke kampung halaman masing-masing. Antara yang terkandas sejak 23 Mac lalu, berikutan kesemua sembilan pintu sempadan Thailand-Malaysia ditutup, termasuk pekerja kedai makan, nelayan, penoreh getah, pekerja ladang sawit, pelajar […]
(Video) Bapa Sebak Rindukan Anak-Anak Ketika Ulang Tahun Kelahiran
Dalam waktu sukar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini, petugas-petugas barisan hadapan memainkan peranan yang penting bagi memastikan Covid-19 akan segera terhapus. Mereka terpaksa berkorban segalanya termasuk masa bersama keluarga. Sesetengah dari mereka juga terpaksa menjauhkan diri daripada ahli keluarga apabila pulang ke rumah kerana bimbang akan menjangkitkan virus berbahaya itu. Hal ini dialami […]
COVID-19: Thailand Terus Catat Penurunan Kes Baharu
BANGKOK, 17 April (Bernama) — Memandangkan Thailand terus mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19, kerajaan negara itu sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan COVID-19. Thailand merekodkan 28 kes baharu COVID-19 dan satu lagi kematian semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,700 kes dan 47 kematian. Setakat ini, 1,689 pesakit telah pulih dan discaj dari hospital manakala 964 masih menerima rawatan. Jurucakap […]
COVID-19: Jumlah Kes Covid-19 Di Singapura Kini Menjangkau Lebih 5,000
SINGAPURA, 17 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan COVID-19 di negara itu, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini berjumlah 5,050 kes. Kementerian itu dalam kenyataan di sini memberitahu 25 lagi kes telah discaj, menjadikan […]
“Satu Hari Tanpa Manusia,” Kelibat Buaya ‘Santai’ Berjemur Di Pantai Mexico Tarik Perhatian
Sejumlah buaya di pantai Mexico menunjukkan bagaimana tenangnya hidup tanpa gangguan manusia selepas dilihat berjemur dengan penuh keselesaan. Seorang jurugambar tempatan bernama Janitzio Ramos adalah inividu yang telah berjaya menangkap gambar reptilia tersebut sedang berjemur di sebuah pantai yang ditutup pihak kerajaan selama beberapa minggu susulan daripada penularan wabak Covid-19. Menurut jurugambar berusia 31 tahun […]
(Video) Rakaman Objek Misteri Seperti Terbakar Di Ruang Udara Selama 20 Minit Sebelum Hilang
Objek misteri yang seperit terbakar dilihat di ruang udara Cambridgeshire, United Kingdom pada Rabu lepas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Kejadian aneh tersebut berjaya dikesan oleh Gerry Underwood, 55 tahun pada jam 8 malam kawasan perumahannya. Menurut Metro UK, dia pada ketika itu sedang duduk di luar perahunya di Stretham, ketika dia melihat jejak itu di […]

Merokok Dan Suara Tukar Jadi Kasar, Doktor Kongsi Pengalaman Buang Kanser Peti Suara
Ramai dalam kalangan kita yang pasti tahu kewujudan penyakit kanser. Terdapat pelbagai jenis kanser yang biasa didedahkan ahli perubatan, antaranya kanser otak, kanser mulut, kanser mata, kanser hati dan banyak lagi. Namun, pernah anda dengar tentang kanser peti suara? Berdasarkan tweet oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam, beliau menceritakan pengalaman pembedahan ke atas seorang pesakit yang […]

“9 Tahun Tanpa Khabar,” Gadis Mohon Bantuan Warganet Jejak Abang Kandung
Kehilangan orang tersayang sememangnya satu pengalaman yang ingin dielakkan oleh semua orang. Malah, sekiranya perpisahan itu adalah dalam jangka masa yang panjang, sudah pastinya akan tertanam rasa rindu yang tidak mampu untuk diungkap dengan kata. Menerusi satu kiriman di Twitter, seorang gadis mencari abang kandungnya yang sudah 9 tahun tidak dijumpai dan tidak ada khabar […]
Penganggur Ditahan Disyaki Hina Polis, Sultan Johor Dan TMJ Di Facebook
Polis menahan seorang lelaki, di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini, bagi membantu siasatan kerana disyaki memuat naik pernyataan dan status jelek menghina polis, Sultan Johor serta Tunku Mahkota Johor dalam laman Facebook. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 38 tahun dan merupakan seorang penganggur itu ditahan di sebuah rumah […]

COVID-19: Tiada Pertambahan Kes Di Enam Kawasan Utama Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengesahkan bahawa sebanyak enam kawasan utama di Malaysia mencatatkan sifar kes baharu setakat hari ini. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, antara kawasan kes sifar Covid-19 yang dilaporkan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan WP […]