Berita
(Video) 649 Orang Ditahan Semalam Kerana Langgar Perintah Kawalan Pergerakan
KEBANYAKAN alasan yang diberikan orang awam ketika ditahan polis dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mahu membeli makanan. “Sesetengahnya memberi alasan untuk beli makanan. Tetapi empat kali sehari keluar. Orang yang sama, sampai polis dah kenal dia. “Jadi polis mensyaki mereka sebenarnya bukan nak beli makanan, tapi sengaja nak keluar,” jelas Menteri […]
“Tolonglah Doktor, Saya Kesian Sangat Pada Anak Saya Ni” – Ibu
KUALA LUMPUR, 29 Mac — “Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua”. “Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni.” Ini antara kata-kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak COVID-19 ketika ini. Perkongsian ini dicatatkan menerusi Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang […]
Belanda Tarik Balik 600,000 Topeng Muka Diimport Dari China
AMSTERDAM, 29 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu. Kementerian Kesihatan menarik balik topeng muka jenis FFP2. Belanda mengimport 1.3 juta topeng muka dari China, dalam usahanya untuk membendung wabak COVID-19, menurut stesen […]
(Video) “Bukan Untuk Kami, Untuk Pihak Lain”, Shuib Sepahtu Berikan Penjelasan Isu Artis Minta Bantuan Kerajaan
SELEPAS kerajaan mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat baru-baru ini, terdapat desas-desus dari sebilangan artis yang menyatakan bahawa golongan selebriti seperti mereka juga harus dibantu. Permintaan itu ternyata menimbulkan pelbagai persoalan; adakah artis yang kita sedia maklum; mereka sudah ada segala-galanya itu sesuai dan layak? Tidak cukup dengan itu, kebanyakan warganet mula mengecam tindakan […]
Angka Kematian Akibat COVID-19 Di Itali Kini Lebih 10,000
ITALI melaporkan sebanyak 889 kes kematian terbaharu COVID-19, menjadikan keseluruhan kematian berjumlah 10,023, tertinggi di dunia. Manakala angka kes positif pula meningkat sebanyak 6,000 sehari, mencatat 92,742 kes keseluruhan terkini. Menurut laporan Independent, daripada jumlah itu, seramai 3,856 pesakit berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 26,000 lagi dirawat di hospital. Dalam pada itu, hampir […]
Amerika Syarikat Lapor Kematian Bayi Pertama, Umur Tak Sampai Setahun Akibat COVID-19
Amerika Syarikat, 29 Mac- Jabatan kesihatan Illinois telah mengesahkan kematian bayi pertama akibat COVID-19 di negari itu semalam. Menurut The Guardian, ujian sedang dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa yang berusia kurang satu tahun itu mempunyai penyakit lain. Pengarah Jabatan Kesihatan Illinois, Dr Ngozi Ezike berkata, “Penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan bagi menentukan punca kematian. “Kita […]
“Pucuk Dicita Ulam Mendatang”, Malaysia Terima 100,000 Kit Ujian COVID-19, 600,000 Topeng Muka Dari China -KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 100,000 kit ujian COVID-19 dari China, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi. Menurutnya, kerajaan turut menerima 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka bedah tiga lapisan dan 50,000 peralatan perlindungan diri (PPE) serta 200 ventilator. Kit ujian itu telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika […]
”Mungkin Tak Jauh Dari Tempat Saya Berdiri”, Lelaki Kongsi Pengalaman Jumpa Tapak Kaki Harimau Masa Masuk Hutan
Biarpun wajahnya berada di logo-logo seperti jata negara, PDRM dan menjadi simbolik negara kita, ironinya, bilangan harimau Malaya di negara kita kini semakin berkurang. Menurut laporan World Wildlife Fund Malaysia (WWF), kini hanya kurang 200 harimau spesies itu yang masih wujud di dunia dan menjadi spesies terancam yang dikhuatiri bakal pupus. Bagi memantau haiwan tersebut, […]
TERKINI: KKM Senaraikan 14 Zon Merah COVID-19, Pecahan Kes Ikut Daerah
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan 14 lokasi Zon Merah COVIID-19 di seluruh negara. Berikut ada senarai Zon Merah tersebut: Lembah Pantai Petaling Hulu Langat Seremban Kluang Johor Bahru Kuching Kota Bharu Kinta Gombak Tawau Hilir Perak Titiwangsa Klang Lokasi Zon Merah itu dikongsi menerusi Twitter KKM hari ini. #COVID19 Pecahan kes mengikut daerah. Zon Merah […]
COVID-19: 102 Kematian Dilaporkan, Indonesia Catat Kematian Tertinggi Asia Tenggara
JUMLAH kematian pesakit COVID-19 di Indonesia setakat ini berjumlah 102, menjadikan negara itu menduduki kedudukan kematian COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara. Sementara itu, jumlah pesakit yang disahkan positif pula terus bertambah. Jurucakap Pemerintah, Achmad Yurionto berkata, terdapat pertambahan 109 kes positif terkini sehingga Sabtu, 28 Mac (semalam). “Peningkatan 109 kes itu menjadikan keseluruhan kes di […]
Sekurang-Kurangnya 50 Doktor Di Itali Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Sekurang-kurangnya 50 orang doktor maut di Itali akibat koronavirus COVID-19, dedah Persatuan Doktor dan Dentist Kebangsaan Itali, (FNOMCeO). Dari jumlah tersebut, 17 doktor terkorban adalah dari bandar Bergamo, lokasi paling teruk terjejas COVID-19 di negara itu. Jumaat lalu, Itali mencatatkan kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi di dunia dengan 969 kematian menjadikan jumlah kematian di […]
Terlalu Ramai Yang Beli, Pengeluaran Tiga Kilang Roti Utama Di Malaysia Hampir Ditahap Maksimum
KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan, salah satu benda yang paling penting kita perlu ada adalah makanan. Paling tidak pun makanan asas seperti beras, tepung, gula dan roti. Menyentuh berkenaan roti, baru-baru ini pernah menjadi isu di mana banyak bekalannya terputus di kedai-kedai, mungkin disebabkan permintaan tinggi sehingga ramai yang tidak dapat perolehinya. […]
Tak Mahu Duduk Rumah, Lelaki Ingkar PKP Sanggup Terjun Laut Lari Dari Polis
Gara-gara tidak mahu dicekup polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki sanggup bertindak terjun ke dalam laut dan berenang kira-kira 50 meter di jeti pendaratan ikan di Jelutong, di sini, hari ini. Malah dia juga enggan naik ke darat walaupun telah dipujuk beberapa kali manakala 13 rakannya berusia 21 hingga 70 tahun […]
Bekalan Tiga Jenis Ubat Sedia Ada Di Malaysia Boleh Diguna Rawat COVID-19 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu […]
Polis Lepaskan Tembakan Peluru Getah Kepada Pembeli Di Pasar Raya Kerana Berhimpit, Tak Patuh Arahan ”Social Distancing”
SEKUMPULAN pasukan polis dilaporkan terpaksa melepaskan tembakan rambang kepada ratusan pembeli di sebuah pasar raya yang didapati mengingkari arahan social distancing ketika keluar membeli barangan, baru-baru ini. Kejadian tembakan yang menggunakan peluru getah itu berlaku di Johannesburg, Afrika Selatan dan ia disebabkan tanggungjawab pihak polis untuk memastikan orang awam patuh dengan arahan bagi mengekang penyebaran […]
Penumpang Penerbangan QR866 Qatar Airways Dari Doha Yang Mendarat Di Pulau Pinang Pada 2 Petang 19 Mac Diminta Segera Hubungi Jabatan Kesihatan
Putrajaya, 28 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang meminta penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways dari Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada minggu lalu agar menghubungi jabatan tersebut. Permintaan itu melibatkan penumpang QR866 Qatar Airways dari Doha ke LTAPP yang tiba pada 19 Mac lalu, jam 2 petang. “Mohon semua penumpang yang menaiki […]
61 Pesakit COVID-19 Telah Sembuh & Discaj Hari Ini, Keseluruhan 320 Kes Sudah Pulih
WALAUPUN negara mencatatkan satu lagi kematian terbaharu hari ini, iaitu kematian ke-27, ada juga khabar gembira yang perlu kita dengar. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, 28 Mac 2020. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan sembuh adalah sebanyak 320 kes. Tahniah diucapkan kepada semua […]
Memang Ada Kes Bunuh Diri, Tetapi Bukan Pesakit COVID-19 – KP Kesihatan
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang menyatakan kejadian bunuh diri di sebuah hospital yang tular pagi tadi adalah pesakit COVID-19. Menerusi satu tweet, KKM menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. “Memang berlaku kes bunuh diri tetapi tidak melibatkan pesakit COVID-19,” jelas kenyataan tersebut. Laporan media yang mendakwa seorang pesakit #COVID19 membunuh diri di […]
(Video) Gunung Merapi, Indonesia Meletus Lagi, Asap Setinggi 5,000 Meter
GUNUNG Merapi, Indonesia dilaporkan kembali meletus lagi pada Jumaat, 27 Mac (semalam) sekitar pukul 10 pagi. Berdasarkan laporan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yokyakarta (BPPTKG Yogyakarta), letusan tersebut berlaku dalam masa tujuh minit. Asap yang meledak daripada letusan tersebut mencapai ketinggian hingga kira-kira 5,000 meter dari kawah gunung. BPPTKG Yogyakarta masih dalam proses […]
TERKINI: 159 Kes Baru COVID-19, Jumlah Keseluruhan Kini 2,320 Kes
Putrajaya, 28 Mac- Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat 159 kes terbaru COVID-19 di Malaysia. Dalam jumlah itu, seramai 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 54 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kes setakat ini ialah 2,320 kes. Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020. Bilangan kes baru -159 Jumlah keseluruhan kes – […]