Berita
Percaya Dakwaan Alkohol Boleh Melawan Covid-19, Sekurang-Kurangnya 27 Orang Terkorban Di Iran Akibat Keracunan
Sekurang-kurangnya 27 orang di wilayah Khuzestan dan Alborz di barat daya Iran meninggal dunia akibat keracunan alkohol, lapor Agensi Berita Fars pada Isnin. Beberapa orang dilaporkan telah meminum methanol dan ethanol gred-perindustrian dalam ‘usaha sesat’ mereka untuk mencegah koronavirus yang sedang melanda negara tersebut. Satu khabar angin yang tidak berasas tentang meminum alkohol boleh membunuh […]
Ketua Polis Negara Kecewa Masih Ada Pegawai Terima Rasuah
PASIR MAS, 11 Mac — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap 12 pegawai polis yang disyaki menerima rasuah bagi melindungi pemandu lori lebih muatan sehingga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Abdul Hamid berkata masih ada pegawainya yang masih mengamalkan budaya tersebut walaupun pelbagai amaran dan nasihat telah diberikan sebelum […]
Covid-19: Malaysia Sekat Sepenuhnya Kemasukan Rakyat, Warga Asing Dari Itali, Iran Dan Korea Selatan
Kabinet akan menjalankan sekatan perjalanan sepenuhnya buat ke atas semua warganegara Itali, Iran, Korea Selatan dan warga asing lain yang datang dari negara tersebut ke negara ini berkuatkuasa 13 Mac nanti. Sekatan juga termasuk kepada mereka yang mahu transit di mana-mana Pintu Masuk Antarabangsa. Perkera berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA yang memetik kenyataan dari Menteri Kesihatan, […]
6 Penderma Darah Di Korea Selatan Disahkan Positif Covid-19
Seorang penjawat awam di Korea Selatan yang dijangkiti Covid-19 dilaporkan telah mengambil bahagian dalam kempen menderma darah pada minggu lalu sebelum dia disahkan positif dijangkiti dengan virus itu. Pesakit yang berasal daripada Daegu, bandar di Korea Selatan yang paling teruk dilanda wabak tersebut, mula menunjukkan simptom selepas menderma darah pada 13 Februari, lapor the Global […]
PM Lancar Tabung COVID-19 Bantu Rakyat Tak Dapat Bekerja, Terjejas Kerana Kuarantin
Putrajaya, 11 Mac -Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Tabung COVID-19 bagi membantu pesakit yang terjejas. Dana yang dikutip melalui tabung berkenaan bakal disalurkan kepada pesakit yang tidak dapat bekerja kerana dikuarantin. Turut hadir ke masjlis pelancaran tersebut adalah Menteri Kanan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan, […]
Indonesia Catat Kes Pertama Kematian Disebabkan Oleh COVID-19
Indonesia mencatatkan kes kematian pertama yang disebabkan oleh COVID-19. Menurut seorang jurubicara pemerintah untuk mengendalikan COVID-19 di Istana Presiden di Jakarta, Achmad Yurianto, pesakit merupakan seorang wanita warganegara asing yang berumur 53 tahun. “Pesakit ini dimasukkan ke hospital dengan penyakit yang teruk kerana ada faktor penyakit yang terdahulu termasuk diabetes, hipertensi, hipertiroidisme dan penyakit pulmonari […]
Takde Idea Nak Bawak Anak-Anak Berjalan Di Musim Cuti, Sunway Velocity Mall Bagi Baucer Shopping Pada Kanak-Kanak Yang Sertai Permainan
Cuti sekolah sememangnya merupakan waktu yang paling ditunggu kanak-kanak. Manakan tidak, di waktu cuti sekolah inilah mereka tidak perlu bangun seawal pagi bersiap-siap untuk ke sekolah. Bagi golongan ibubapa pula, dengar je cuti sekolah, pasti kepala akan serabut memikirkan tentang ke mana nak bawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat menarik serta melakukan aktiviti. Jangan risau, senarai ini […]
SIRIM Sahkan Seorang Petugasnya Positif COVID-19
SHAH ALAM, 11 Mac (Bernama) — SIRIM Berhad (SIRIM) mengesahkan seorang daripada petugasnya di ibu pejabat di sini, positif COVID-19, semalam. SIRIM menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko virus itu merebak. “Pekerja yang berhubung rapat dengan petugas yang dijangkiti itu juga telah menjalani ujian pengimbas seperti yang […]
Pelancong Mat Salleh Bertuah, Menteri Tolong Ambilkan Gambar Kenang-Kenangan Depan Masjid
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Baru-baru ini, dua pelancong luar negara telah menerima layanan istimewa seorang menteri ketika melawati Masjid Putra, Putrajaya. Dalam satu gambar dikongsikan TvPAS, Menteri Alam Sekitar, YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sedang mengambil gambar sepasang pelancong ‘mat saleh’ di hadapan masjid berkenaan. […]
Langgar Lubang Tengah Jalan, Penunggang Motosikal Berjaya Buat Tuntutan RM 11 Juta
Gara-gara terlanggar lopak, seorang lelaki di Amerika Syarikat telah menerima pampasan bernilai bernilai USD$2.65 juta (RM11.2 juta) kerana kecederaan dialaminya. Menurut Daily Voice, Roger Gates, 67 telah mengalami kecederaan serius akibat terlanggar beberapa lopak sebelum bergesel dengan sebuah van pada April 2016. Akibatnya, Roger patah beberapa rusuk, tulang belakang, belikat dan pergelangan tangan; kegagalan paru-paru; […]

Penyu Agar Ditemui Mati Di Persisiran Pantai Teluk Kemang
SEREMBAN, 11 Mac — Seekor penyu agar seberat 100 kilogram ditemui mati di persisiran pantai Teluk Kemang, Port Dickson dekat sini, semalam. Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, penyu jantan yang berusia lebih 40 tahun itu ditemui orang awam kira-kira pukul 5.00 petang. “Penyu ini ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada kakitangan kita. Hasil pemeriksaan lanjut […]

Pelantikan Dr Zulkifli Mohamad Perkasa Gandingan Umara-Ulama
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — “Gembira dan syukur”. Dua perkataan yang mungkin paling tepat untuk menggambarkan perasaan sebahagian besar masyarakat Islam negara ini sebaik sahaja Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan Zulkifli, 51, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri […]

(Video)Zirafah Betina Putih Terakhir Di Dunia Ditemui Mati Dibunuh Di Kenya
Dua ekor zirafah putih yang sangat jarang ditemui dibunuh oleh pemburu liar di Kenya. Menurut renjer di Ishaqbini Hirola Conservancy, mereka telah menemui bangkai betina dan anakya di sebuah kampung di Garissa County timur laut Kenya. Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya dipanggil untuk simpanan setelah dilaporkan bahawa zirafah tidak dilihat dalam beberapa ketika. Setelah memeriksa tulang […]
PDRM Minta Pengguna Internet Hati-Hati Dengan Taktik Baru Paradise Ransomware Ini
ANCAMAN jenayah siber, Paradise Ransomware telah kembali dengan satu taktik baharu untuk memperdayakan pengguna dengan menyambungkan rangkaian (internet) mereka dengan malware fail sulit, dan ia akan menyerang kebanyakan perisian Windows serta tidak dapat dikesan sebagai satu tindakan jahat yang berpotensi. Variasi terbaharu malware yang telah aktif sejak 2017 itu disebarkan melalui phishing email, tetapi ia […]
SKMM Sahkan Seorang Kakitangannya Positif Covid-19
Cyberjaya, 11 Mac – Seorang staf Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah disahkan positif COVID-19, lapor SKMM di laman Facebook mereka. Kakitangan berkenaan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil. SKMM sebelum ini telah mengarahkan kakitangan tersebut dikuarantin 14 hari selepas suaminya didapati mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pesakit COVID-19. […]

(Video) Penduduk Kongsi ‘Kemusnahan’ Di Sukabumi Lepas Gempa Bumi ‘Goncang’ Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkongsi video detik-detik selepas gempa bumi magnitud 4.9 menggoncang Sukabumi, Jawa Barat pada Selasa semalam. Berdasarkan rekod BMKG, gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.18 petang waktu Indonesia Barat dengan pusat gempa berada di darat, 13 km timur laut Sukabumi dengan kedalaman 10km. Dalam video amatur itu, individu yang merakam […]

Bukan Semua Boleh Terbang, Kenali Jenis Lipas Boleh Dan Tak Boleh Terbang
Lipas sememangnya akan mencetuskan rasa panik pada segelintir orang yang fobia sekiranya ternampak serangga ini. Jika terjumpa dengan lipas yang biasa pun boleh mencetuskan rasa takut, apatah lagi dengan lipas yang berkebolehan terbang. Untuk mengurangkan fobia anda dengan serangga ini, anda perlu kenali terlebih dahulu jenis-jenis lipas yang boleh terbang dan tidak boleh terbang. Berikut […]

Saintis Dakwa Bau Durian Boleh Ditukar Menjadi Simpanan Tenaga
Durian menjadi buah tropika yang terkenal dan sangat dikenali dengan bau yang agresif. Pun begitu, menurut pakar, bau busuk buah sebenarnya boleh digunakan secara ekologi. Diharamkan dalam banyak sistem pengangkutan kerana bau busuknya. Tetapi bagi mereka yang dapat mengatasi bau tersebut, durian ternyata menjadi salah satu buah yang paling lazat yang pernah mereka rasakan dengan […]
Salun Terkenal Dalam Melawati Mall Ditutup, Terdapat Pelanggan Positif Covid-19
Pusat beli-belah Melawati Mall dalam satu kenyataan berkata, mereka akan mensanitasikan sebuah tapak perniagaan yang terdapat di dalam premisnya kerana terdapat pengunjung yang disahkan positif Covid-19 pernah berkunjung ke situ. Menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook, pihak Melawati Mall menyatakan bahawa pengunjung yang disahkan positif itu telah mengunjungi pusat beli-belah tersebut pada 2 […]
Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif COVID-19
United Kingdom (UK), 11 Mac – Menteri Kesihatan, Nadine Dorries menjadi Ahli Parlimen pertama disahkan positif COVID-19 di negara itu. Menurut The Guardian, Nadine telah menghadiri beberapa acara pada minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri UK, Boris Johnson. Beliau dilaporkan tidak sihat pada Jumaat lepas ketika menandatangani dokumen pengisytiharan koronavirus […]