Berita
(Video) Pemandu Lori Berkumpul Buat Mogok, Dipercayai Tak Puas Hati Syarat Baru ”Renew” Lesen
Putrajaya – Ratusan pemandu lori berkumpul di beberapa kawasan seluruh negara termasuk di hadapan kompleks kerajaan di sini bagi melakukan tunjuk perasaan terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini. Dalam demonstrasi berkenaan, mereka mendesak beberapa tuntutan antaranya penghapusan mata demerit dan menolak syarat baru pembaharuan lesen yang didakwa memerlukan pemeriksaan kesihatan. Mereka juga meminta kerajaan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Sehingga 6 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu notis amaran ribut petir yang bakal berlaku melibatkan semua negeri di Malaysia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 8 negeri akan dilanda ribut petir sehingga jam 5 petang. Negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak. #ributpetirmetmalaysia pic.twitter.com/HNLBxId9mg — Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) […]
34 Kes Hina Agama Direkod Tahun Ini
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama setakat tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman. Katanya, daripada jumlah itu, tiga kesalahan telah dijatuhkan hukuman, enam sedang dibicarakan, sembilan dalam tindakan Jabatan Peguam Negara, empat dalam siasatan polis dan 12 kes sebagai ‘Tiada […]
Dua Remaja ‘Kait’ Wang Tabung Masjid Ditahan
KUANTAN, 31 Okt (Bernama) — Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata remaja berkenaan dipercayai masuk ke masjid pada 12.55 tengah malam tadi, bersama seorang lagi rakan yang dapat […]
Bapa Dipenjara 10 Tahun, 10 Sebatan Rogol Anak Tiri OKU
MELAKA, 31 Okt (Bernama) — Seorang bapa warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah merogol anak tiri yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) mental, tahun lepas. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes […]
Pertukaran Lesen Memandu Malaysia Bermula Esok
PUTRAJAYA, 31 Okt (Bernama) – Rakyat Malaysia dan peserta program Malaysia My Second Home (MM2H) yang memiliki lesen memandu luar negara boleh menukar kepada lesen memandu Malaysia bermula esok. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata syarat pertukaran itu memerlukan lesen memandu negara asal yang dimiliki individu berkenaan adalah masih sah dan berkuatkuasa. […]
(Video) Penunggang Nyaris Kemalangan, Plastik Jatuh Dari Lori Masuk & Terbelit Dengan Rantai
Ketika menggunakan jalan raya, setiap dari kita wajib untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Ini kerana, setiap peraturan yang ditetapkan itu bukanlah saja-saja dibuat, ianya bertujuan untuk menyelamatkan nyawa kita juga. Penunggang motorsikal pula adalah yang paling berisiko untuk mendapat kemalangan. Dan yang pastinya jika penunggang motorsikal ini kemalangan, pastinya mereka akan mendapat kecederaan. […]
(Video) Gas Dapur Meletup, Lebih 60 Orang Maut Dalam Tragedi Keretapi Terbakar
Sebuah keretapi dilaporkan telah terbakar dan mengorbankan lebih 60 orang dan mengakibatkan ramai orang cedera di Pakistan sebentar tadi. Difahamkan kebakaran itu berpunca daripada tindakan seorang individu yang menggunakan dapur keretapi untuk membuat sarapan pagi. Malangnya gas yang berada di dalam dapur tersebut tiba-tiba meletup dan mengakibatkan kebakaran. Orang ramai berpusu-pusu dan cuba melompat keluar […]
(Video) Ditonton Lebih 400k, Ini Menu ‘Terakhir’ Grandpa Kitchen Untuk ‘Cucu-Cucunya’ Sebelum Meninggal Dunia
Pemergian Grandpa telah membuatkan ramai bersedih atas kehilangan sosok berhati mulia ini. Youtuber Grandpa Kitchen, Narayana Reddy, 73, sering memasak dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada anak-anak yatim di penempatannya di Telangana, India. Mesra dengan gelaran Grandpa, Narayana sering memulakan video dengan slogan “Loving, caring, sharing. This is my family.” Sesuai dengan kata-kata itu, […]
(Video) “Kawan Macam Ni Kena Hargai,” Sebab Tayar Tersangkut, Kawan Sanggup Riba Motor Sampai Rumah
Tular sebuah video sekumpulan remaja lelaki menunggang motosikal sambil meriba motorsikal yang dipercayai milik rakan mereka yang rosak demi persahabatan yang terjalin. Besar kemungkinan, mereka adalah insan yang mudah memberikan pertolongan saat sahabat mereka dalam kesusahan. Itulah pengajaran yang boleh disimpulkan jika korang menonton video yang tular dimuatnaik ke laman Twitter oleh Erie Muzani sehingga […]
Bomba Kelantan Nasihat Orang Ramai Elak Riadah Kawasan Berisiko Pada Musim Tengkujuh
KOTA BHARU, 31 Okt – Orang ramai dinasihat agar tidak beriadah di kawasan berisiko terutamanya ketika musim tengkujuh ini bagi mengelakkan kejadian buruk. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, kawasan berisiko seperti jeram perkelahan amat berbahaya kepada orang ramai kerana adakalanya boleh berlaku ‘kepala air’ dan menghanyutkan […]
(Video) Ngeri, Bangunan Hotel Dirakam Hampir Runtuh, Pulau Mindanao Digegar Gempa Bumi Kuat 6.5 Magnitud
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud telah dilaporkan melanda pulau kedua terbesar di Filipina iaitu Mindanao, menurut data yang dikeluarkan Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat. Menurut ahli seismologi, gempa bumi tersebut telah menggegar kira-kira 25 batu di sebelah barat daya bandar Davao pada pukul 9.11 pagi tadi waktu tempatan. Pusat gempa itu dilaporkan terletak […]
Viral Foto Budak Menangis Sebelah Mayat Ibu, Ayah Kritikal, Dipercayai Motosikal Dirempuh Di “Trafic Light”
Semasa menggunakan jalan raya, kita dikehendaki mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Ini kerana, pelbagai risiko kemalangan boleh terjadi sekiranya kita bertindak mengabaikannya. Atas kecuaian serta kelalaian kita semasa menggunakan jalan raya, orang lain yang akan menjadi mangsa. Dan apabila kemalangan itu terjadi, segala kekesalan yang dirasai sudah tidak bermakna lagi. Dalam satu perkongsian yang […]
(Video) “Hati-hati, Khinzir Pun Jadi ‘Halal’”, Pemuda Dedah Trik Peniaga ”Streetfood” Di Korea Tarik Pembeli Muslim
Bagi pelancong Muslim, pemilihan makanan pasti menjadi aspek utama dalam perancangan perjalanan. Nak bungkus stok makanan dari Malaysia banyak-banyak, terlebih muatan pula nanti. Nak berjalan pun rasa terbeban dengan barang yang banyak. Jadi, kalau jumpa lubuk makanan halal di negara dilawati pastinya buat kita gembira. Tapi, tak semua makanan ‘halal’ betul-betul halal di luar negara. […]
(Video) Artis India Ini Mengaku, Selalu Dodoikan Anak Dengan Zikir Hasbi Rabbi
Sebuah video yang dimuatnaik oleh Rahman tular malam tadi di laman twitter. Rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan beberapa individu dalam sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen Tamil di India. Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah ‘nyanyian’ yang dialunkan oleh individu yang dipercayai sebagai seorang penyanyi latar dan komposer di India, Sithara […]
(Video) Istana Paling Popular Di Okinawa Musnah Dijilat Api
Sebuah bangunan utama yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke negara Jepun, Istana Shuri musnah dijilat api pada pagi tadi hari ini. Menurut pihak berkuasa, punca kebakaran masih belum dikenalpasti. Tiada laporan yang mengenai kecederaan dan penduduk yang tinggal berhampiran diminta untuk berpindah. Sehingga pukul 9 pagi tadi (waktu Jepun), 10 jabatan di hantar untuk […]
Dipercayai Brek Tak Berfungsi, Pemandu Treler Bawa Konkrit Ditahan Polis
Susulan kemangan maut yang melibatkan sebuah treler dan lima buah kenderaan di Km 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora malam tadi yang mengakibatkan dua lelaki maut, pihak polis telah menahan seorang pemandu treler untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata pemandu treler berusia 41 tahun yang beralamat […]
(Video) “Orang Akan Rindu Dia Cakap Mix Well,” Netizen Sedih, Tiada Lagi Masakan Dari Grandpa Kitchen
Malam tadi kita menerima perkhabaran duka, apabila seorang ‘Youtuber’ popular, Narayana Reddy yang mengendalikan laman Youtube ‘Grandpa Kitchen’ dilaporkan telah meninggal dunia. Dengan jumlah pengikut lebih dari 6 juta orang, laman Youtube ‘Grandpa Kitchen’ sentiasa menarik perhatian ramai dengan pelbagai resepinya yang dimasak dengan cara tradisional menggunakan kayu api dan kuali ‘gergasi’. Lebih mengujakan apabila […]
Analisis Bongkar Isu Vape, Pakar Sangkal Dakwaan Vape Membantu, Penonton Turut Berdebat
Rancangan Analisis di Tv Alhijrah sekali lagi bersiaran dengan topik yang menjadi perdebatan ramai iaitu Vape: Selamat atau Sekat yang diulas oleh tiga orang panel jemputan terdiri daripada Dr. Noryana sebagai Pakar Perunding Kesihatan Awam dan NCD Epidemiologi, seorang aktivis/pengguna vape, dan Norman Naim, Ketua Pengarah Program Kempen Ayah Jangan Merokok. Intipati bagi topik ini […]

Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Susulan Konkrit Jatuh Dari Treler
Ipoh : Dua lelaki maut manakala dua lagi wanita tersepit selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terlibat kemalangan susulan tiang konkrit terjatuh dari treler di Km 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora dekat sini malam ini. Difahamkan beberapa tiang konkrit yang dibawa treler itu terjatuh ke atas jalan dan terpelanting memasuki laluan bertentangan […]