Berita
53 Sekolah Di Daerah Nilai Dan Mantin Ditutup Esok
Seremban : Sebanyak 53 sekolah di kawasan Nilai dan Mantin akan ditutup bagi sesi persekolahan esok, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 200. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata setakat 9 malam ini, bacaan IPU di Nilai merekodkan bacaan 205 iaitu sangat tidak sihat dan penutupan sesi persekolahan esok melibatkan seramai 28,073 […]
JPBN Sarawak Bersedia Sekiranya Diumum Darurat Jerebu
KUCHING, 17 Sept (Bernama) — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersedia untuk sebarang kemungkinan pengisytiharaan darurat bencana jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman melebihi 500. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan di kawasan berkenaan dan berhubung dengan pihak jawatankuasa bencana pusat. […]
Tiada Kenaikan Harga Topeng Muka Susulan Jerebu
BATU PAHAT, 17 Sept (Bernama) — Tiada kenaikan dalam harga topeng muka dalam negara susulan jerebu yang melanda negara kini, kerana ia termasuk dalam senarai barang kawalan, dan harganya tidak boleh dinaikkan sesuka hati. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata ada lima jenis topeng muka dalam pasaran ketika ini iaitu […]
”Mungkin Mata Mereka Dihijab,” Netizen Bengang Segelintir Individu Tak Sensitif Golongan Memerlukan
Bagi warga kota, pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan sebagainya menjadi medium pengangkutan pilihan bagi menjimatkan masa daripada berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Namun, kemudahan yang disediakan di dalam pengangkutan awam untuk golongan yang memerlukan kadang-kala disalah-guna oleh pengguna lain dengan sikap mementingkan diri mereka. Terbaru, seperti yang dikongsikan oleh Rapid KL, sekeping gambar […]

Kes Cerai Libatkan Pasangan Islam Di Selangor Membimbangkan
Shah Alam : Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24,063 kes bagi tahun 2017 dan 2018. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata lebih 20 peratus daripada jumlah itu merupakan pasangan muda yang baru berkahwin. “Mahkamah Syariah Negeri Selangor merekodkan pasangan yang bercerai ini bukan sahaja terdiri daripada […]
Rakaman ‘Dash cam’ Budak Melambung Tinggi Dilanggar Kereta Jadi Viral
Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya kepada semua golongan terutamanya kepada kanak-kanak. Perkara ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak tidak tahu akan risiko dan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di atas jalan raya. Seperti kejadian yang dikatakan berlaku di Ketereh, Kelantan ini, rakaman dash cam memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang melintas jalan dilanggar oleh sebuah kereta […]

Jumlah Kes Sakit Mata Di Hospital Kerajaan Meningkat Ketika Musim Jerebu- KKM
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengesahkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus pesakit luar di hospital-hospital kerajaan berikutan dengan situasi jerebu yang melanda negara kini. Menurutnya, peningkatan sebanyak 30 peratus pesakit yang dicatatkan rata-ratanya membabitkan kes mata kering dan alegi konjuktivitis. “Kami ingin tegaskan fasiliti kesihatan khususnya klinik Kementerian Kesihatan […]

“Aku Dah ‘Give-up’, Berniaga Penat-Penat Tapi Sale Sendu Nak Mam***, Tolonglah, Aku Nak Ubah Hidup”
“Aku rasa aku tak boleh buat…” “Aku rasa aku tak yakin… tak konfiden” “Aku rasa aku tak mampu…” “Aku rasa aku nak ubah hidup tapi…” Pernah tak terdetik persoalan-persoalan macam ni dibenak hati korang? Nak buat apa-apa pun jadi tersekat sebab dihantui pertanyaan demi pertanyaan. “Aku dah ‘give-up’, berniaga penat-penat tapi sale sendu nak mam***, […]

Jerebu : Penutupan Sekolah Putrajaya Tidak Perlu Ganti
Putrajaya : Penutupan 25 sekolah di Putrajaya hari ini akibat jerebu setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 tidak perlu diganti, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad. Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan sama ada sekolah dibuka atau sebaliknya, 12 jam sebelum sesi pembelajaran bermula seperti prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan, iaitu pada […]

Tiada Rompakan Kabinet Semasa Pentadbiran Saya – Mahathir
Kuala Lumpur : Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak ada sebarang rombakan kabinet semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri. ”Tidak, tidak ada semasa dalam tempoh pentadbiran saya,” katanya semasa ditemu ramah di stesen radio BFM di sini, bagi menjawab satu soalan sekiranya barisan kabinet samasa perlu dirombak. Menurut Dr Mahathir walaupun barisan menteri ketika ini […]

Elakkan Kerap Diluar Rumah, Ini 6 Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan Manusia
Jerebu yang melanda negara pada hari ini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ini kerana setiap tahun pasti akan ada kes yang sama sehinggakan ianya boleh dikategorikan sebagai musim yang harus dilalui oleh penduduk terutamanya di rantau Asia Tenggara ini. Kesan pembakaran terbuka dan musim kering adalah antara punca kepada masalah jerebu ini. Hasil daripada itu, […]

(Video)”Legend Has Fallen”, Netizen Kecoh, Kancil Viral Nak Roboh Akhirnya Kena Tunda?
Boleh jadi duta Perodua. Seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau tua yang hampir roboh. Kelibat lelaki bersama ‘Kancil misteri’nya itu sebelum ini pernah dilihat di sekitar Jalan Kuching, Selayang, Templer dan Rawang, Selangor. Tak terhenti di situ, lelaki itu juga pernah dirakam di Prai, Pulau Pinang. Dahsyat! […]
Darurat Jerebu Bila IPU Lebih 500 – NADMA
PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) — Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat di Sarawak pada atau selepas 19 September tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca dan awan, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). NADMA yang memantau keadaan jerebu di Sarawak dan negeri-negeri lain juga dalam kenyataan hari ini berkata Darurat Bencana Jerebu hanya dibuat apabila bacaan Indeks […]

TERKINI JEREBU: 201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini
SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama) — Sebanyak 201 buah sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana ditutup setakat pukul 12 tengah hari tadi akibat keadaan jerebu yang semakin serius di Selangor. Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sekolah itu melibatkan 52 buah sekolah di Sepang, Hulu Langat (62), […]

(Video) Tular Rakaman Tangan Budak Tersepit Di Eskalator, Situasi Cemas Sangat Ketika Orang Ramai Hulur Bantuan
Malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 hingga empat tahun apabila tangannya tersepit di bahagian bawah tempat pemegang eskalator. Dalam video yang ditularkan di Whatsapp dan dikongsikan ke Facebook, orang ramai berusaha keras untuk menyelamatkan tangan kanak-kanak tersebut yang sedang mengerang kesakitan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah pasaraya borong terkenal di Klang, […]

“Atok Sakit, Tapi Aqil Pergi Dulu” Keluarga Hiba Ziarah Atok Bertukar Tragedi, Cucu Kesayangan Mati Lemas Dalam Kolam Hotel
Ajal tak mengenal usia dan datangnya selalu tiba-tiba. Sebagai ahli keluarga, pemergian seseorang tanpa dijangka pastinya amat menyakitkan. Seorang pengguna Facebook, Siti Azlina Lynn berkongsi kisah anak saudaranya, Aqil, 5 tahun, yang terkorban akibat lemas ketika menginap di sebuah hotel berhampiran hospital tempat datuknya dirawat baru-baru ini. Perginya takkan kembali, perjalanan Aqil anak syurga Acik […]

Aktivis Alam Sekitar Indonesia Kritik Pemerintah Tidak Serius Tangani Kebakaran Hutan- BERNAMA
JAKARTA, 17 Sept (Bernama) — Aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius dalam menangani kebakaran, sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan keselamatan awam. Memetik laporan media tempatan, jerebu itu bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan, malah kini merentasi sempadan dan menjejaskan negara jiran. Ketua Sumber Daya Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) Khalisah Khalid […]

Doktor Dedah Cerita Pemuda Aktif, Tak Merokok Tapi Hidap Sakit Jantung, Troponin Lagi Tinggi Dari Pesakit Di ICU
Berdasarkan kajian pada 2014 yang dilaporkan oleh American Heart Association, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian secara global dengan lebih 17.6 juta kematian setahun pada 2016 dan dijangka akan meningkat melebihi 23.6 juta pada tahun 2030. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, purata umur pesakit jantung di Malaysia adalah 59 […]

Rakyat Malaysia Mati Ditikam Dalam Pergaduhan Di Sadao
BANGKOK (Bernama) — Seorang lelaki warga Malaysia maut selepas ditikam oleh seorang pengawal keselamatan dalam pergaduhan di Sadao, Songkhla, selatan Thailand awal pagi tadi. Kejadian berlaku pukul 2 pagi (waktu tempatan) apabila lelaki berusia 46 tahun dari Pulau Pinang bergaduh dengan pengawal keselamatan tersebut di sebuah apartmen. Penyiasat Polis Sadao, Kapten Pairote Wongtawin berkata suspek […]

(Gambar)Tular Foto-Foto Haiwan Menyayat Hati, Tak Sempat Larikan Diri Dari Kebakaran Hutan
Ketika ini, beberapa negara di Asia Tenggara terutamanya Indonesia dan Malaysia sedang berhadapan dengan bencana jerebu, dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan. Bukan setakat manusia sahaja yang menderita, bahkan yang paling merasai penderitaan tersebut adalah haiwan liar yang hidup di dalam hutan. Seperti yang kita ketahui, hutan belantara adalah tempat tinggal pelbagai spesis hidupan liar. Dengan […]