Berita

Jenazah Muhammad Nidza Afham Selamat Dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza Afham Selamat Dikebumikan KUALA SELANGOR, 15 Ogos (Bernama) — Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di sini pada 6.45 petang tadi. Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan sebelum dibawa semula menaiki van jenazah dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada […]

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun
Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun KUCHING, 15 Ogos (Bernama) — Atlet wushu Walid Lachkar mengukir sejarah tersendiri apabila muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen Brunei di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2014 di Perlis. Pada SUKMA 2014, Brunei membuat kejutan apabila memenangi pingat emas menerusi Md […]

Kes Nidza Afham: Siasatan Diteruskan Sebagai Mati Mengejut – Ketua Polis Selangor
Kes Nidza Afham: Siasatan Diteruskan Sebagai Mati Mengejut – Ketua Polis Selangor Pada 15 Ogos 2024 lebih kurang 1100-1500 hrs, bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham bin Mokhtar. Punca kematian “Pending Laboratory Investigation” dan lain-lain kecederaan fizikal tiada. Siasatan diteruskan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta […]

Murid SK Gong Badak Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi Daripada Botol Terpakai
Murid SK Gong Badak Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi Daripada Botol Terpakai KUALA NERUS, 15 Ogos (Bernama) — Seramai 1,100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak di sini mengambil inisiatif menghasilkan Jalur Gemilang daripada botol minuman terpakai, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024. Pengarah Program Hari Kebangsaan di SK Gong Badak Mohamad Azrani Daud berkata Jalur Gemilang […]

Portal Tak Dapat Diakses, PERKESO Mohon Maaf, Beri Pengecualian FCLB
Portal Tak Dapat Diakses, PERKESO Mohon Maaf, Beri Pengecualian FCLB Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memutuskan untuk membuat pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan yang lewat membuat bayaran caruman berikutan masalah aliran trafik yang tinggi di portalnya. Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, PERKESO juga memohon maaf kepada majikan yang menghadapi kesulitan disebabkan tidak […]

Pemenang Emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah Ditawar Kerja Kerajaan
Pemenang Emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah Ditawar Kerja Kerajaan SERANG (Indonesia), 15 Ogos (Bernama-ANTARA) — Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia. Pengumuman ini dibuat pada Rabu, menandakan pengiktirafan besar terhadap pencapaiannya, lapor agensi berita ANTARA. “Alhamdulillah, […]

Ibu Dan Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Ibu Dan Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah IPOH, 15 Ogos (Bernama) — Seorang wanita dan anak perempuannya maut dalam perjalanan ke sekolah selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV di Jalan Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata kejadian […]

Dilapor Hilang Sejak Rabu, Suri Rumah Dijumpai Maut Dengan Kesan Jerutan Pada Leher
Dilapor Hilang Sejak Rabu, Suri Rumah Dijumpai Maut Dengan Kesan Jerutan Pada Leher Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang telah ditemukan maut dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota, pada petang Rabu, dipercayai dibunuh. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, memaklumkan bahawa mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui […]

Dilapor Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Raisya Rasyiqah
Dilapor Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Raisya Rasyiqah Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, menyatakan bahawa Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan, 15, kali terakhir dilihat di Pekan Beranang. “Remaja itu balik sekolah lewat pada jam 1.40 tengah […]

Polis Sahkan Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Sebagai Suspek Kes Baling Bom Petrol
Polis Sahkan Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Sebagai Suspek Kes Baling Bom Petrol PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) — Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak amatur yang ditahan pada 8 Ogos lepas kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lepas. Ketua […]

One Piece Pecah Rekod Dunia, Siri Anime Paling Banyak Keluar Set DVD
Menurut Rekod Dunia Guinness, One Piece kini menjadi anime paling banyak mengeluarkan set DVD selepas melancarkan set DVD k3-300 baru-baru ini. Berita gembira tersebut diumumkan semasa acara ONE PIECE DAY’24 yang menghimpunkan segala macam kandungan One Piece dan berlangsung pada 10 dan 11 Ogos lepas. Satu dokumen pengesahan rasmi rekod berkenaan turut disampaikan dalam acara […]

Ibu Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia
Ibu Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim, melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita. “Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan […]

Korea Utara Bakal Buka Negara Untuk Pelancong Melawat Bermula Disember Ini
Korea Utara Bakal Buka Negara Untuk Pelancong Melawat Bermula Disember Ini Korea Utara dilapor akan membuka semula sempadan antarabangsanya dan bersedia menerima kedatangan pelancong secara terhad bermula Disember ini. Dua pengendali agensi pelancongan memaklumkan perkara itu selepas hampir lima tahun Korea Utara menutup pintu masuk ke negaranya akibat pandemik. Koryo Tours dan KTG Tours yang […]

Founder Jenama ‘Cookies’ Terkenal Famous Amos, Wally Amos Meninggal Dunia
Founder Jenama ‘Cookies’ Terkenal Famous Amos, Wally Amos Meninggal Dunia Wally Amos, founder (pengasas) kepada jenama biskut terkenal, Famous Amos, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun. Berita ini dikongsikan sendiri oleh anak-anak beliau, menyatakan bahawa punca kematian adalah komplikasi akibat demensia. “Beliau adalah seorang wira asli Amerika yang sejati. “Dengan topi Panama, kazoo, dan […]

Bapa Bintang Muda Euro 2024, Lamine Yamal Cedera Parah Akibat Ditikam
Bapa Bintang Muda Euro 2024, Lamine Yamal Cedera Parah Akibat Ditikam Bapa kepada bintang muda Euro 2024, Lamine Yamal mengalami kecederaan parah selepas ditikam di tempat letak kereta, menurut laporan di Sepanyol. Kejadian malang menimpa Mounir Nasraoui, 35, itu dilaporkan berlaku di sebuah tempat letak kereta di Mataró, Catalonia, pada Rabu. Nasraoui kemudiannya dikejarkan ke […]

Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor
Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor Klang — Penemuan satu mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang petang tadi disahkan sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar, lapor Sinar Harian. Mangsa yang berusia 23 tahun sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar rumah untuk berjoging pada Selasa. Ketua Polis Selangor, Datuk […]

Dua Pesawat TUDM Ke Mesir, Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia
Dua Pesawat TUDM Ke Mesir, Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara […]

Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi
Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi Sandakan — Dua minggu selepas isteri meninggal dunia, seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir pada Selasa di Kampung Seaview, lapor Sinar Harian. Safry Roslan, 35, disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.50 pagi di Hospital Duchess of Kent (HDOK). Menurut Sinar Harian, arwah isterinya, Airyn Darwisa Rudy, […]

Maimunah Wanita Pertama Dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur Berkuat Kuasa Esok
Maimunah Wanita Pertama Dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur Berkuat Kuasa Esok PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa mulai esok (15 Ogos) bagi menggantikan Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang bersara wajib. Pelantikan itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan […]

Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham
Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang telah keluar rumah pada 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian […]