Berita

Sharon Stone Hilang Jutaan Wang Simpanan Selepas Strok 2001
Sharon Stone Hilang Jutaan Wang Simpanan Selepas Strok 2001 LONDON, 10 Julai (Bernama-PA Media/dpa) — Pelakon Amerika Syarikat (AS) Sharon Stone mendedahkan bagaimana orang ramai mengambil kesempatan kewangan ke atas dirinya ketika dia sedang pulih daripada strok yang hampir meragut nyawanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Pada 2001, bintang “Basic Instinct” itu mengalami strok yang […]

Wanita Dihempap Kayu Balak Ditidurkan
Wanita Dihempap Kayu Balak Ditidurkan GUA MUSANG, 10 Julai (Bernama) — Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang. Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata adiknya Siti Norelyana, 21, kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira 8 malam semalam dan […]

Didakwa Promosi Judi Atas Talian, Lima Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah
Didakwa Promosi Judi Atas Talian, Lima Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah Lima pempengaruh mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, pada Rabu atas pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di platform media sosial masing-masing, pada Jun lalu, lapor Sinar Harian. Kelima-lima tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin […]

Jiran Telefon Minta Maaf, Anak Letak Racun – Nurain
Ibu Jiran Telefon Minta Maaf, Anak Letak Racun – Nurain KULIM — Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus memaklumkan, jirannya telah melakukan permohonan maaf pada malam Selasa atas kejadian yang berlaku, lapor Sinar Harian. Nurain Hasnorizal, 25, berkata ibu kepada jirannya meminta maaf ketika menghubunginya pada jam 10 […]

Status Larian “Did Not Finish”, Syed Saddiq Beri Penjelasan
Status Larian “Did Not Finish”, Syed Saddiq Beri Penjelasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terdapat kesilapan pada Kejohanan Triattlon lon Antarabangsa Desaru 113 hujung minggu lalu menyebabkan dia dianugerahkan tempat ketiga. Beliau secara terbuka memohon maaf atas isu tersebut dan memaklumkan status tersebut telah ditukar kepada Did Not Finish (DNF) atau […]

Anthony Loke Alami Kesukaran Bernafas Ketika Menjawab Soalan
Anthony Loke Alami Kesukaran Bernafas Ketika Menjawab Soalan KUALA LUMPUR — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilihat mengalami kesukaran bernafas semasa menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Subang Wong Chen ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga yang bersidang di Dewan Rakyat hari ini. Dalam klip itu, Loke kelihat tercungap-cungap ketika berhujah sebelum mengambil sebotol […]

Plaintif Gagal Kemuka Bukti, Mahkamah Rayuan Menyebelahi CTOS
Plaintif Gagal Kemuka Bukti, Mahkamah Rayuan Menyebelahi CTOS KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan menyebelahi CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS) dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini memutuskan syarikat digital itu tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk merumuskan skor kredit. Dalam satu kenyataan, CTOS berkata keputusan itu dibuat selepas rayuan dibenarkan dan mendapati pihak plaintif […]

3.61 Juta Ahli KWSP Lakukan Pindahan Ke Akaun Fleksibel Berjumlah RM11.52 Bilion – MoF
3.61 Juta Ahli KWSP Lakukan Pindahan Ke Akaun Fleksibel Berjumlah RM11.52 Bilion – MoF KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Seramai 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan […]

Seorang Daripada Dua Mangsa Keropok Beracun Meninggal Dunia Hari Ini
Seorang Daripada Dua Mangsa Keropok Beracun Meninggal Dunia Hari Ini KULIM, 10 Julai (Bernama) — Seorang daripada dua beradik lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Ahad lepas meninggal dunia pagi ini. Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata mangsa Muhammad […]

Pencipta Kandungan Mukbang Filipina, Dongz Apatan Meninggal Dunia
Mukbang Ayam Goreng, Lelaki Meninggal Dunia Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina, Dongz Apatan, 38, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok selepas melakukan mukbang, makan ayam goreng dengan nasi, lapor AsiaOne. Perkara itu disahkan oleh Pakar Kardiologi Tony Leachon yang mengatakan kematiannya berpunca daripada strok hemoragik. “Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan […]

Suri Rumah Rugi RM126,490 Terpedaya Tawaran Kerja Palsu
Suri Rumah Rugi RM126,490 Terpedaya Tawaran Kerja Palsu JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) — Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan pada Jumaat lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang […]

Dua Maut, Kementerian Kesihatan Kemboja Larang Makan Ikan Buntal
Dua Maut, Kementerian Kesihatan Kemboja Larang Makan Ikan Buntal Kementerian Kesihatan Kemboja telah menggesa orang ramai supaya tidak memakan ikan buntal setelah dua orang dilaporkan maut akibat memakan ikan tersebut. Dalam satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan bahawa seorang lelaki di wilayah Oddar Meanchey telah meninggal dunia pada 7 Julai, manakala seorang lagi di wilayah Kampong […]

JDT Racing Team Terima Tiket ‘Wild Card’ Ke Perlumbaan WSBK Portugal
JDT Racing Team Terima Tiket ‘Wild Card’ Ke Perlumbaan WSBK Portugal Pasukan JDT Racing Team telah mencipta sejarah baru dalam dunia permotoran Malaysia dengan menerima tiket ‘wild card’ untuk menyertai Kejohanan Superbike World Championship (WSBK), menurut Johor Southern Tigers melalui satu hantaran Facebook. https://www.facebook.com/100044579552835/posts/1049762053186437/?rdid=0YuNSVQXCQelIbyh Perlumbaan ini dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos 2024 di […]

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Rambo Bentong Kerana Membunuh
Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Rambo Bentong Kerana Membunuh PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai ‘Rambo Bentong’, yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong. Suspek, 53, memohon semakan hukuman matinya di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur […]

Pintu Pagar Balai Polis Ditutup 10 Malam – Saifuddin
Pintu Pagar Balai Polis Ditutup 10 Malam – Saifuddin KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini. Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk […]

‘Turn-Table’ Patah Punca Lori Balak Terbalik Hempap Wanita Di Lampu Isyarat
‘Turn-Table’ Patah Punca Lori Balak Terbalik Hempap Wanita Di Lampu Isyarat ‘Turn-table’ patah punca sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik dan melanggar motosikal yang ditunggangi seorang wanita dalam kejadian di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, menyatakan bahawa balak yang dibawa oleh lori […]

Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat
Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat GUA MUSANG, 9 Julai (Bernama) — Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap beberapa kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 11.20 pagi tadi telah dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain. […]

Sindiket Eksploitasi Pengemis OKU Warga Asing Kaut Untung RM8,000 Sebulan
Sindiket Eksploitasi Pengemis OKU Warga Asing Kaut Untung RM8,000 Sebulan Dua pengemis warga asing yang hanya bermodalkan pembesar suara dan menyanyi di medan selera, restoran dan pasar malam di bandar raya ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM8,000 sebulan. Kegiatan pengemis yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi […]

Banjir Bukan Halangan Pengantin Bersanding
Banjir Bukan Halangan Pengantin Bersanding Indonesia — Banjir yang melanda daerah Cirebon di Jakarta tidak menjadi halangan buat pasangan pengantin untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Ahad lalu. Menerusi laporan Tribun News, Desa Jagapura Kulon meriah meraikan kedua pasangan mempelai, Dewi dan Sanjaya biarpun air banjir naik setinggi paras betis. Tidak hanya itu, ahli keluarga […]

Dua Pemain Kelab Maghribi Dilaporkan Hilang Di Laut
Dua Pemain Kelab Maghribi Dilaporkan Hilang Di Laut RABAT — Dua pemain dari kelab bola sepak liga Maghribi, Ittihad Tanger, Salman Harraq dan Abdellatif Akhrif dilaporkan hilang di laut sejak Sabtu lalu dipercayai dihanyutkan oleh arus deras ketika berlayar, lapor TRT Afrika. Timbalan Presiden kelab Anass Mrabet berkata mereka terdiri daripada lima pemain dari kelab […]