Berita

‘Road Bike’ Pertama Malaysia Lakukan Ujikaji Aerodinamik Di UK
‘Road Bike’ Pertama Malaysia Lakukan Ujikaji Aerodinamik Di UK Bozetta Bike, sebuah syarikat rintisan (startup) Malaysia yang berfokus pada pengeluaran basikal, khususnya basikal jalan raya (road bike) dipercayai melakukan ujian aerodinamik ke atas model pertama keluarannya, “Bozetta FZ8”, di Silverstone, United Kingdom (UK). Ditubuhkan oleh anak watan Malaysia, syarikat ini bertujuan untuk mencipta basikal berkualiti […]

Juruaudit Korbankan Kerjaya Demi Dua Anak Autisme
Juruaudit Korbankan Kerjaya Demi Dua Anak Autisme Memiliki kerjaya pada usia muda adalah impian ramai orang, namun bagi Arni Juliana, 49, dia terpaksa melepaskan jawatan sebagai juruaudit di sebuah syarikat teknologi antarabangsa demi menjaga dua anaknya yang menghidap autisme. Arni menyatakan bahawa setelah lebih lima tahun memegang jawatan penting dalam syarikat, dia mengakui bahawa dirinya […]

Faisal Perlu Dapatkan Sokongan Psikologi, Perubatan Untuk Pulih – Pakar
Faisal Perlu Dapatkan Sokongan Psikologi, Perubatan Untuk Pulih – Pakar KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memerlukan masa untuk kembali beraksi, dan beliau perlu mendapatkan bantuan psikologi serta perubatan bagi membantu proses pemulihan sepenuhnya. Perunding Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court Urmilah Dass berkata Faisal mempamerkan tanda-tanda trauma yang teruk dan […]

Rumah Kediaman Tujuh Sekeluarga Terbakar, Tiga Kenderaan Musnah
Rumah Kediaman Tujuh Sekeluarga Terbakar, Tiga Kenderaan Musnah Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka berhampiran Taman Desa Penaga, Jelutong, terbakar pada jam 8.55 pagi Ahad. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba I A’azelan Hassan, memaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku, namun dua mangsa mengalami tekanan darah tinggi dan […]

Harga Telur Ayam Gred A, B, C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini – PM Anwar
Harga Telur Ayam Gred A, B, C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini – PM Anwar KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

Sempat Berwukuf, Seorang Lagi Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci
Sempat Berwukuf, Seorang Lagi Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Selepas berwukuf, seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini sebanyak lapan orang. Jemaah kelapan yang meninggal dunia ialah Sapiah Jalil, 66, dari Sungai Buloh, Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), […]

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng
Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng JAKARTA — Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila terkena minyak panas di sebuah gerai makanan goreng berhampiran Pasar Legi Kotagede, Bandaraya Yogyakarta pada Mei lalu, lapor CNN Indonesia. Menurut Ketua Bidang Undang-Undang dan Humas Hospital Dr Sardjito Banu Hermawan, mangsa meninggal dunia pada jam 11.30 […]

Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan
Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan LIPIS — Hasrat seorang lelaki untuk pulang beraya menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya tidak kesampaian apabila motosikalnya dirempuh sebuah lori di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta hari ini, Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, Mohamad […]

Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro
Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro Pemain Albania, Nedim Bajrami, menjaringkan gol selepas hanya 23 saat pada perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang Itali pada Sabtu, secara tidak langsung mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah Kejohanan Eropah. Bajrami memecahkan rekod gol terpantas sebelum ini yang dicatat oleh pemain Russia, […]

Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa “Homework” Ke Euro 2024
Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa “Homework” Ke Euro 2024 Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, berkongsi bahawa fokusnya di Euro 2024 bukan sahaja pada kejohanan bola sepak, tetapi juga pada kerja sekolah (homework) yang dibawanya ke Jerman. Berbeza dengan kebanyakan remaja 16 tahun yang sedang menikmati percutian musim panas, Yamal dijangka menjadi pemain utama pasukan […]

Ibu Fadhlina Sidek Meninggal Dunia
Ibu Fadhlina Sidek Meninggal Dunia Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, iaitu Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi, Ahad. Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat. […]

Warga Emas Hilang Dipercayai Naik Motosikal Pergi Memancing
Warga Emas Hilang Dipercayai Naik Motosikal Pergi Memancing Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Parit Haji Tahir, Bagan Datuk pada petang Sabtu. Menurut anaknya, Muhammad Fitri Abdullah, 39, bapanya, Abdullah Ismail, 75, keluar rumah untuk pergi memancing tetapi belum pulang sehingga kini. Bapanya keluar bersendirian dengan menaiki motosikal jenis […]

Tragedi Aidiladha: Kemalangan Ragut Nyawa Dua Beradik
Tragedi Aidiladha: Kemalangan Ragut Nyawa Dua Beradik Dua beradik maut dalam kemalangan malam semalam selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan. Mangsa kemalangan itu ialah Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas, 11, dari Kampung Charuk Tala, Sik. Dalam kejadian itu, kedua mangsa meninggal […]

Anak Ada Masalah Mental Dipercayai Bunuh Ibu Kandung Guna Gunting
Anak Ada Masalah Mental Dipercayai Bunuh Ibu Kandung Guna Gunting Seorang wanita warga emas ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya dengan menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, George Town. Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental telah menghubungi abangnya sendiri untuk memberitahu tentang kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab […]

Euro 2024: Menang 3-1 Ke Atas Hungary, Switzerland Ekori Rapat Jerman
Euro 2024: Menang 3-1 Ke Atas Hungary, Switzerland Ekori Rapat Jerman Switzerland memulakan kempen Kumpulan A Euro Jerman 2024 dengan langkah kanan setelah menewaskan Hungary, 3-1, di Rhein Energie Stadion pada Sabtu. Kemenangan ini adalah kemenangan keempat bagi pasukan bimbingan Murat Yakin dalam 19 penampilan di pusingan akhir Euro (lapan seri, tujuh tewas). Ini juga […]

Kerajaan Setuju Lulus Peruntukan Projek Penyaluran Air Ke Empangan Bukit Merah – PM
Kerajaan Setuju Lulus Peruntukan Projek Penyaluran Air Ke Empangan Bukit Merah – PM BAGAN SERAI, 15 Jun (Bernama) — Kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk meluluskan peruntukan pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah. Ia bagi menyediakan bekalan air terawat ke utara Perak dan Pulau Pinang yang dianggarkan menelan kos RM4 […]

Power Ranking: Ini Empat Pasukan Terkuat Di Euro 2024
Power Ranking: Ini Empat Pasukan Terkuat Di Euro 2024 Euro 2024 membuka tirai saingannya pagi tadi dengan perlawanan pertama mempertemukan tuan rumah, Jerman menentang Scotland. Anak buah Julian Nagelsmann tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas lawan yang hanya beraksi 10 orang untuk separuh perlawanan. Begitupun, kali ini SK hendak berkongsi berkenaan […]

PM Akan Umum Berita Gembira Berkenaan Barangan Makanan Esok – Fahmi
PM Akan Umum Berita Gembira Berkenaan Barangan Makanan Esok – Fahmi KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu […]

Dua Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor
Dua Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) — Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, kira-kira 5 petang, semalam. Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata seorang suspek berusia 42 tahun, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya kerana […]

Ini 20 Lokasi Pengaktifan “Smartlane” Di PLUS Sempena Aidiladha 2024
Ini 20 Lokasi Pengaktifan “Smartlane” Di PLUS Sempena Aidiladha 2024 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pengaktifan smartlane di 20 lokasi strategik sempena Hari Raya Aidiladha 2024. Menurut LLM, Smartlane yang menggunakan lorong kecemasan di tempat-tempat tertentu ini bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan. “Smart lane akan diaktifkan mengikut jadual dan keadaan trafik dari semasa […]